Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ini hari minggu, hari ke-4 cuti-cuti cinta kami. Program hari ini cuma jalan-jalan ke Tamu Tuaran dan
as usual, makan-makan. Kami ke Tamu bersama-sama dengan Mak; katanya nak membeli 'Sigup' untuk dijual. Sigup ni boleh dikatakan makanan tradisi orang Dusun/Kadazan Sabah (lebih sesuai dipanggil 'pencuci mulut'). Dimakan bersama dengan daun sirih, kapur, pinang dan gambir; tetapi bukan ditelan cuma kepedasan yang diambil ibarat macam hisap rokok asap sahaja yang disedut.
BTW entri ni aku
combine sekali dengan aktiviti kami pada hari ke-5 dan hari ke-6 iaitu hari Isnin dan Selasa yaa.
|
Di Tamu Tuaran....gendong baby pakai Baby Carrier |
Aku membeli sayur cangkuk manis, daun bawang dan tuhau. Nanti nak masak untuk makan malam. Dah lama tak makan tuhau c
raving! Dari tamu Tuaran kami ke Alam Mesra pula untuk
brunch tapi restoran yang kami nak pergi tu tutuplah pula. Sudahnya kami makan di restoran mamak sahaja. Tak ada gambar
time ni
cos frust kedai Putri Kichen tu tak buka hehehe.
The next day, kami membawa baby Kahfi berjalan-jalan ke Pantai Tanjung Lipat/Teluk Likas.
|
Sukanya dia kena angin pantai |
|
My cute baby Kahfi muaahhh sayang anak mama |
|
Tengok tu tong sampahpun comel hehehe |
Kami tak betah lama-lama di pantai kerana cuaca sangat panas. Walaupun berangin tetapi tahap kepanasan memang melampau. Kami beredar menuju ke Azie Café & Bakery; tujuannya nak makan ketam hohoooo. Sebenarnya kami nak ke Putri Kitchen. Dah pergi semalam tapi tutup;
then hari inipun masih tutup....hmmm tutup sokmo dah tak bisnes kot wallahualam.
Luckily ada Azie Café ni dapat juga aku makan ketam cili nyum nyum sangat-sangat sedap tau! Harga pun murah saja untuk
personal set. Nak ambil pakej tapi petang baru
available. Lagipun
hubby nak makan nasi campur katanya.
|
Yang ini untuk makan berkumpulan |
|
Antara menu yang Meletop |
|
Unik...makanan disajikan didalam kuali |
|
Haaa ni lah harga personal set murahkan siap dengan minuman dan dessert |
|
Ohhh ini memang tersangatlah sedap (aku tak ambil nasi dietlah katakan) |
|
Ada ketam,sotong, udang, hinava, sambal manga, jagung dan cicahnya tu sambal kicap dan belacan paling mantap!!! |
|
Ini mcm puding keladi...sedap |
|
Aku ambil gambar cos nampak sedap hehehe |
Memang berbaloi-baloi makan di Azie Café & Bakery ni; harganya berpatutan dan rasa makanan sangat-sangat sedap beribu bintang aku bagi hehehe. Kalau nak cuba makan di sini pergilah ke Alam Mesra, senang nak cari tempat ni
opposite to 1Borneo Hypermall tak jauh dari Maybank;
confirm gerenti tak menyesal makan sini.
The next day pula (Selasa),
last day kami di Kota Kinabalu. Kami akan bertolak balik ke Brunei pada hari ini. Sedih rasanya
cos masih belum puas berada di kampung, masih belum puas bersama-sama mak dan adik beradik serta ahli keluarga yang lain. Tapi cuti dah habis aku kena masuk kerja hari Rabu. Dalam perjalanan balik tu sempat lagi kami singgah ke Brunei Satay House, Beaufort
branch. Alhamdulillah kali ni hajat hubby nak makan sate kambing tercapai; senyum sampai ke telinga si cinta ehehee.
|
On the way balik Brunei |
|
Muka ada senyum |
|
Tu dia sate kambing yang lazat...craving satisfied |
And so.....that's the end of our Cuti-Cuti Cinta
in Kota Kinabalu. Penat tetapi seronok. Gembira rasanya dapat berjumpa dengan mak dan keluargaku di kampung. Juga sangat-sangat bahagia kerana percutian kali ini kami bukan berdua sahaja seperti sebelum-sebelum ini. Kali ini kami membawa bersama buah hati kami, anakanda tersayang
baby Kahfi. Semoga ada umur panjang, ada rezeki lagi untuk bercuti bersama dalam episod Cuti-Cuti Cinta yang akan datang.
Our next target for CCC is Surabaya Indonesia. Semoga ada izin Allah dan dipermudahkan Aamiin.
No comments:
Post a Comment