Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ke-3 kami di Kota Kinabalu. Dari kelmarin kami
stay di kampung aku, Kg. Kebayau, Telipok. Hari ini kami akan mengadakan Kenduri Kesyukuran dan Tahlil pada sebelah malam.
So, siangnya kami keluar jalan-jalan makan-makan lagi hehehe. Kan
hubby cakap nak
repeat makan sate. Lagipun kami nak tukar duit dan beli kek
birthday untuk adik aku. Harijadi dia 12hb Mei tapi kami ada di KK cuma sampai 10hb jadi
just sambut
in advance.
|
Like Mother Like Son??? |
|
@Brunei Satay House, Indah Permai Kota Kinabalu |
Kali ni cukup puas hati makan sate di Restoran Brunei Satay House ni. Kami memilih set Famili dengan 20 cucuk sate ayam, nasi impit dan kentang goreng. Malangnya sate kambing belum
ready. Kasihan hubby
frust lagi.
Like I said in the previous entry, tak rugi makan sate di sini sangat berbaloi.
Order sate saja pun dah cukup mengenyangkan tak perlu
side dishes atau
other heavy menu. Aku makan 5-6 cucuk sate pun dah rasa kenyang
serious you hehehe.
|
Family Set RM20....berbaloi-baloi |
Selepas makan, kami membeli kek di IP saja,
American Chocolate Cake. Orang-orang di rumah kata kek ni sedap tak berapa manis, licin hehehe. Ni dia gambar
my sis sambut
birthday....
Happy Advance Birthday adikku. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam apa jua urusan dan semoga beroleh kebahagiaan yang hakiki Aamiin.
|
American Chocolate Cake |
|
Happy Birthday Adikku |
Pada sebelah malam pula kami mengadakan tahlil untuk arwah bapa dan ahli keluarga yang telah tiada. Semoga roh arwah sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T diampunkan dosa-dosanya dan dipermudahkan di alam barzakh Aamiin ya Rabb.
|
Imam memberikan sedikit tazkirah sebelum memulakan bacaan Yasin & Tahlil |
Menu makanan malam tu sedap-sedap belaka. Tukang masaknya tak lain tak bukan kakak-kakak aku; Kak Suita yang masak
most of the food dan Kak Aidah yang masak Bakso.
Nyum nyum yummilicious.
No comments:
Post a Comment