Monday, May 2, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kundasang Part 6 - Kundasang Memorial Park

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Keesokan harinya setelah bersarapan di hotel dan check-out awal sekitar jam 10 pagi, kami pun menuju ke destinasi terakhir untuk Cuti-Cuti Cinta Kundasang ini iaitu di Kundasang Memorial Park. Boleh baca maklumat lebih lanjut tentang KMP di LINK INI.

Harga tiket masuk cuma RM2 bagi pemegang MyKad manakala bagi pelancong asing pula RM10. Memang tragis kisah di sebalik taman peringatan ini. Bayangkan didalamnya terdapat tugu peringatan dan terhimpun kisah tentang kematian tahanan perang (askar Australia, British, New Zealand dan Borneo) termasuk kisah tentang penduduk tempatan yang bergadai nyawa membantu mereka semasa perang dunia ke-2. Diceritakan bahawa kematian mereka adalah disebabkan kawat maut dari Sandakan ke Ranau pada tahun 1945 ketika Borneo Utara dibawah jajahan Jepun.

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942. Menjelang pertengahan tahun 1943, lebih dari 1,800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan tempat kerja yang sangat teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa bersikap sangat kejam terhadap tawanan perang. Maka bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan pula cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang itu tanpa menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh tentera Jepun.

Suweeeeeettt Gitue hehehe
KMP ini dibina oleh New Zealand pada tahun 1962 yang menyerupai sebuah kubu di atas bukit. Walau bagaimanapun, ianya dibiarkan begitu sahaja sehingga tahun 2005. Kemudian, kerja-kerja pemuliharaan telah dibuat semula. Terdapat tiga taman bersambung yang dijadikan seni taman dengan tema tiga negara yang berbeza untuk mengingati wira mereka sama ada yang hidup atau terkorban semasa tragedi 'Sandakan Death March'. Taman-taman ini dinamakan Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo.

Inggeris Garden
Taman Inggeris ini hampir menyerupai sebuah taman classic style British dengan gabungan variasi bunga ros pelbagai warna yang kembang mekar dan indah.

Australian Garden
Dalam Taman Australia, paku pakis dan rumput turf akan menyambut kedatangan pengunjung.

Borneo Garden
Manakala di Taman Borneo, pelbagai tumbuhan asli Sabah termasuk orkid liar dan spesis yang jarang ditemui boleh dilihat di sini. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat orkid selipar Rothschild mekar di sini. Di bawah ni gambar bunga-bunga yang ada di sekitar taman-taman ni; cantik sangat-sangat tau! I fall in love with the flowers macam nak bawa balik hehehe.






Nice pic right? Tengoklah siapa yang ambil gambar (ME)

Gunting Lagadan - Orang pertama sampai ke puncak Gunung Kinabalu



Senarai nama yang terkorban



Nampak tak apa yang aku Nampak??? huuuuuu seram!!!








Kesian katak tu kaki patah


YES thank you for restoring this place and maintain it




Oh my beloved hubby

Beraninya budak ni kan

Ini view yang paling menarik.....serius CANTIK!!!

Begitulah serba sedikit tentang Kundasang Memorial Park. Sesungguhnya kisah ini sangat menyentuh hati dan memberikan kita sedikit sebanyak gambaran betapa buruknya kesan dan akibat peperangan. Betapa susahnya nenek moyang kita hidup di waktu itu God bless them all. Bersyukurlah kita generasi yang lahir setelah tamatnya peperangan YES Alhamdulillah syukur. How I wish that there will be no more war in this world and people only cherish love and peace. Peace Yo! Chaooo....Adios Amigos!

BTW selepas selesai melawat KMP ni kami pun bertolak balik ke Kota Kinabalu. Kami Cuti-Cuti Cinta ni cuma 1 malam 2 hari. Program kami seterusnya adalah BERAYA SAKAN hehehe.














































No comments:

Post a Comment