Monday, May 16, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kota Kinabalu Part 5

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Hari ini hari minggu, hari ke-4 cuti-cuti cinta kami. Program hari ini cuma jalan-jalan ke Tamu Tuaran dan as usual, makan-makan. Kami ke Tamu bersama-sama dengan Mak; katanya nak membeli 'Sigup' untuk dijual. Sigup ni boleh dikatakan makanan tradisi orang Dusun/Kadazan Sabah (lebih sesuai dipanggil 'pencuci mulut'). Dimakan bersama dengan daun sirih, kapur, pinang dan gambir; tetapi bukan ditelan cuma kepedasan yang diambil ibarat macam hisap rokok asap sahaja yang disedut.

BTW entri ni aku combine sekali dengan aktiviti kami pada hari ke-5 dan hari ke-6 iaitu hari Isnin dan Selasa yaa.



Di Tamu Tuaran....gendong baby pakai Baby Carrier
Aku membeli sayur cangkuk manis, daun bawang dan tuhau. Nanti nak masak untuk makan malam. Dah lama tak makan tuhau craving! Dari tamu Tuaran kami ke Alam Mesra pula untuk brunch tapi restoran yang kami nak pergi tu tutuplah pula. Sudahnya kami makan di restoran mamak sahaja. Tak ada gambar time ni cos frust kedai Putri Kichen tu tak buka hehehe.

The next day, kami membawa baby Kahfi berjalan-jalan ke Pantai Tanjung Lipat/Teluk Likas.


 

Sukanya dia kena angin pantai

My cute baby Kahfi muaahhh sayang anak mama



Tengok tu tong sampahpun comel hehehe




Kami tak betah lama-lama di pantai kerana cuaca sangat panas. Walaupun berangin tetapi tahap kepanasan memang melampau. Kami beredar menuju ke Azie Café & Bakery; tujuannya nak makan ketam hohoooo. Sebenarnya kami nak ke Putri Kitchen. Dah pergi semalam tapi tutup; then hari inipun masih tutup....hmmm tutup sokmo dah tak bisnes kot wallahualam. Luckily ada Azie Café ni dapat juga aku makan ketam cili nyum nyum sangat-sangat sedap tau! Harga pun murah saja untuk personal set. Nak ambil pakej tapi petang baru available. Lagipun hubby nak makan nasi campur katanya.

Yang ini untuk makan berkumpulan


Antara menu yang Meletop

Unik...makanan disajikan didalam kuali

Haaa ni lah harga personal set murahkan siap dengan minuman dan dessert

Ohhh ini memang tersangatlah sedap (aku tak ambil nasi dietlah katakan)

Ada ketam,sotong, udang, hinava, sambal manga, jagung dan cicahnya tu sambal kicap dan belacan paling mantap!!!

Ini mcm puding keladi...sedap

Aku ambil gambar cos nampak sedap hehehe

Memang berbaloi-baloi makan di Azie Café & Bakery ni; harganya berpatutan dan rasa makanan sangat-sangat sedap beribu bintang aku bagi hehehe. Kalau nak cuba makan di sini pergilah ke Alam Mesra, senang nak cari tempat ni opposite to 1Borneo Hypermall tak jauh dari Maybank; confirm gerenti tak menyesal makan sini.

The next day pula (Selasa), last day kami di Kota Kinabalu. Kami akan bertolak balik ke Brunei pada hari ini. Sedih rasanya cos masih belum puas berada di kampung, masih belum puas bersama-sama mak dan adik beradik serta ahli keluarga yang lain. Tapi cuti dah habis aku kena masuk kerja hari Rabu. Dalam perjalanan balik tu sempat lagi kami singgah ke Brunei Satay House, Beaufort branch. Alhamdulillah kali ni hajat hubby nak makan sate kambing tercapai; senyum sampai ke telinga si cinta ehehee.

On the way balik Brunei


Muka ada senyum
Tu dia sate kambing yang lazat...craving satisfied
And so.....that's the end of our Cuti-Cuti Cinta in Kota Kinabalu. Penat tetapi seronok. Gembira rasanya dapat berjumpa dengan mak dan keluargaku di kampung. Juga sangat-sangat bahagia kerana percutian kali ini kami bukan berdua sahaja seperti sebelum-sebelum ini. Kali ini kami membawa bersama buah hati kami, anakanda tersayang baby Kahfi. Semoga ada umur panjang, ada rezeki lagi untuk bercuti bersama dalam episod Cuti-Cuti Cinta yang akan datang. Our next target for CCC is Surabaya Indonesia. Semoga ada izin Allah dan dipermudahkan Aamiin.  


Friday, May 13, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kota Kinabalu Part 4

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Hari ke-3 kami di Kota Kinabalu. Dari kelmarin kami stay di kampung aku, Kg. Kebayau, Telipok. Hari ini kami akan mengadakan Kenduri Kesyukuran dan Tahlil pada sebelah malam. So, siangnya kami keluar jalan-jalan makan-makan lagi hehehe. Kan hubby cakap nak repeat makan sate. Lagipun kami nak tukar duit dan beli kek birthday untuk adik aku. Harijadi dia 12hb Mei tapi kami ada di KK cuma sampai 10hb jadi just sambut in advance.

Like Mother Like Son???

@Brunei Satay House, Indah Permai Kota Kinabalu
Kali ni cukup puas hati makan sate di Restoran Brunei Satay House ni. Kami memilih set Famili dengan 20 cucuk sate ayam, nasi impit dan kentang goreng. Malangnya sate kambing belum ready. Kasihan hubby frust lagi. Like I said in the previous entry, tak rugi makan sate di sini sangat berbaloi. Order sate saja pun dah cukup mengenyangkan tak perlu side dishes atau other heavy menu. Aku makan 5-6 cucuk sate pun dah rasa kenyang serious you hehehe.

Family Set RM20....berbaloi-baloi
Selepas makan, kami membeli kek di IP saja, American Chocolate Cake. Orang-orang di rumah kata kek ni sedap tak berapa manis, licin hehehe. Ni dia gambar my sis sambut birthday....Happy Advance Birthday adikku. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam apa jua urusan dan semoga beroleh kebahagiaan yang hakiki Aamiin.

American Chocolate Cake
Happy Birthday Adikku

Pada sebelah malam pula kami mengadakan tahlil untuk arwah bapa dan ahli keluarga yang telah tiada. Semoga roh arwah sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T diampunkan dosa-dosanya dan dipermudahkan di alam barzakh Aamiin ya Rabb.

Imam memberikan sedikit tazkirah sebelum memulakan bacaan Yasin & Tahlil
Menu makanan malam tu sedap-sedap belaka. Tukang masaknya tak lain tak bukan kakak-kakak aku; Kak Suita yang masak most of the food dan Kak Aidah yang masak Bakso. Nyum nyum yummilicious.

Ayam Goreng Berempah

Daging Masak Manis

Ayam Masak Kurma (Kering)

Ayam Masak Oren

Ayam Tua Masak Kicap Lada Hitam

Sup Bakso

Mihun untuk Bakso

Gulai Nangka

Baca Sambungan di SINI

Cuti-Cuti Cinta: Kota Kinabalu Part 3

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Selepas selesai urusan rasmi, kami singgah ke 1Borneo Hypermall, bawa baby Kahfi jalan-jalan. Hajat di hati nak bawa dia bermain tapi baby Kahfi baru 4 bulan lebih belum pandai main lagi hehehe. So kami just introduce tempat permainan manalah tahu dapat stimulate IQ baby cheewahhh! Dan selebihnya memang tak ada kerja lain selain bergambar....that's ME ohohoo....














Kami juga sempat shopping baju baby di Parkson 1B ni. Ada sale diskaun 20% tapi for me still mahal hmmmm.

Setelah penat cuci mata di 1B perut pun sudah mula berkeroncong. Kami singgah ke Indah Permai untuk lunch, di Brunei Satay House yang viral di FB tapi rupanya ia hanya sebuah kios/gerai kecil. Disebabkan kami sudah terlanjur sampai kami teruskan juga makan di sana (open space) dengan hujan yang berderaian dan baby yang sedang tidur. Sampai kebas tangan aku gendong baby hehehe. Pelayan gerai tu bagitahu restoran pun ada juga tapi di blok lain. Hubby kata nanti esok-esok nak cuba makan di restoran pula.

Tu nampak tak aku gendong baby; kasihan dia tertidur kepenatan

Big portion....puas hati
Cukup puas hati makan sate Brunei ni. Biasanya makan sate susah nak kenyang tapi yang ini memang cepat kenyang sebab saiz satenya besar ditambah lagi dengan nasi impit. Malahan mereka juga ada pilihan menu dalam bentuk set iaitu set perseorangan dan set family. Tak rugi makan di sini memang BERBALOI!!!

Selepas makan kami round IP mencari restoran Brunei Satay House sebab hubby nak repeat makan sate lagi esoknya huhuhu. Nak makan sate kambing katanya. Tak jauhpun dari kios tu cuma di blok paling hadapan saja huhhh kalau tahu awal better makan di restoran tadi huhuuu. Kemudian kami bergegas balik kerana haripun sudah petang. Tapi sebelum tu kami singgah di Pekan Telipok ke Pasar untuk bertemu dengan Mak. Mak aku berniaga kecil-kecilan di Pasar ni.



Haa yang inilah Mak aku comelkan???


Baca Sambungan di SINI