Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Sambungan dari SINI
Selepas selesai urusan rasmi, kami singgah ke 1Borneo Hypermall, bawa baby Kahfi jalan-jalan. Hajat di hati nak bawa dia bermain tapi baby Kahfi baru 4 bulan lebih belum pandai main lagi hehehe. So kami just introduce tempat permainan manalah tahu dapat stimulate IQ baby cheewahhh! Dan selebihnya memang tak ada kerja lain selain bergambar....that's ME ohohoo....
Kami juga sempat shopping baju baby di Parkson 1B ni. Ada sale diskaun 20% tapi for me still mahal hmmmm.
Setelah penat cuci mata di 1B perut pun sudah mula berkeroncong. Kami singgah ke Indah Permai untuk lunch, di Brunei Satay House yang viral di FB tapi rupanya ia hanya sebuah kios/gerai kecil. Disebabkan kami sudah terlanjur sampai kami teruskan juga makan di sana (open space) dengan hujan yang berderaian dan baby yang sedang tidur. Sampai kebas tangan aku gendong baby hehehe. Pelayan gerai tu bagitahu restoran pun ada juga tapi di blok lain. Hubby kata nanti esok-esok nak cuba makan di restoran pula.
Cukup puas hati makan sate Brunei ni. Biasanya makan sate susah nak kenyang tapi yang ini memang cepat kenyang sebab saiz satenya besar ditambah lagi dengan nasi impit. Malahan mereka juga ada pilihan menu dalam bentuk set iaitu set perseorangan dan set family. Tak rugi makan di sini memang BERBALOI!!!
Selepas makan kami round IP mencari restoran Brunei Satay House sebab hubby nak repeat makan sate lagi esoknya huhuhu. Nak makan sate kambing katanya. Tak jauhpun dari kios tu cuma di blok paling hadapan saja huhhh kalau tahu awal better makan di restoran tadi huhuuu. Kemudian kami bergegas balik kerana haripun sudah petang. Tapi sebelum tu kami singgah di Pekan Telipok ke Pasar untuk bertemu dengan Mak. Mak aku berniaga kecil-kecilan di Pasar ni.
Haa yang inilah Mak aku comelkan???
Baca Sambungan di SINI
Tu nampak tak aku gendong baby; kasihan dia tertidur kepenatan |
Big portion....puas hati |
Selepas makan kami round IP mencari restoran Brunei Satay House sebab hubby nak repeat makan sate lagi esoknya huhuhu. Nak makan sate kambing katanya. Tak jauhpun dari kios tu cuma di blok paling hadapan saja huhhh kalau tahu awal better makan di restoran tadi huhuuu. Kemudian kami bergegas balik kerana haripun sudah petang. Tapi sebelum tu kami singgah di Pekan Telipok ke Pasar untuk bertemu dengan Mak. Mak aku berniaga kecil-kecilan di Pasar ni.
Haa yang inilah Mak aku comelkan???
Baca Sambungan di SINI
No comments:
Post a Comment