Sunday, February 28, 2016

My Pregnancy: Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Aku start berpantang selepas melahirkan pada 22 Disember 2015 (ceritanya di SINI). Maternity leave yang dibenarkan oleh Company tempat aku kerja cuma 8 minggu (56 hari), boleh menambah seminggu tetapi unpaid (cuti tanpa gaji). Oleh kerana aku bersalin secara pembedahan aku ditahan di wad selama 4 hari. Sebenarnya aku sudah warded sejak 17hb Disember maknanya aku ditahan sehinggalah bersalin, jadi aku berada di wad selama 9 hari in total. Kemudian aku discharged pada 25 Disember namun cutiku tetap dikira bermula 22hb iaitu tarikh bersalin hmmmm.
 
Sebelum bercerita panjang tentang berpantang aku story dulu tentang pengalaman di wad selepas pembedahan bersalin tu. Seksanya hanya Tuhan yang tahu. 3 jam selepas pembedahan kesan ubat biuspun hilang. Sakitnya sangat menyakitkan. Aku tidak dapat bergerak langsung. Sakit yang kurasakan sampai membuat aku menangis. Mengurus baby pun tak dapat waktu itu. Hanya pada keesokan hari aku dapat memegang baby itupun dengan susah payah. Bayangkan aku disuruh paksa diri untuk bangun dari katil dan berjalan sendiri ke toilet. Kata nurse memang harus dipaksa kerana kalau tidak luka akan lambat sembuh. Lagipun berjalan dapat melancarkan peredaran darah. Ini akan membantu proses penyembuhan. Namun kesakitan yang kurasa sukar untuk digambarkan. Kalau diberi pilihan aku sama sekali tidak akan memilih untuk bersalin secara pembedahan. Aku tiada pilihan lain kerana waktu itu baby dalam keadaan melintang dan tidak mungkin dapat bersalin normal.

Ini adalah kehamilan pertamaku jadi sudah tentu aku tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mengendalikan situasi ketika berpantang dan menjaga baby. Ditambah lagi dengan kesakitan akibat pembedahan. Semuanya sangat mengganggu fikiran dan emosiku. Wajarlah jika selepas bersalin ada sesetengah ibu yang sakit meroyan. Sememangnya tekanan semasa mengandung, ketika bersalin, selepas bersalin dan ketika berpantang sangat mencabar. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku terpaksa berpantang sendiri kerana emak tidak dapat datang disebabkan faktor kesihatan. Emak perlu ke hospital untuk temujanji dan pemeriksaan rutin. Manakala kakak sulungku pula menyambut kelahiran cucunya. 2 orang anaknya dan seorang menantunya juga mengandung. Malahan anaknya melahirkan hanya selang 2 hari selepas aku. Kakak-kakakku yang lain bekerja jadi tiada yang dapat datang untuk menjagaku di sini. Nasib baiklah ada encik suami. Dialah yang bertungkus-lumus menjaga aku dan baby ketika dalam pantang. Dia mengambil cuti sebulan untuk menjaga kami. Terima kasih sayang.

Encik suamilah yang memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan menolong menjaga baby. Cuma dia tidak berani memandikan baby dan menggantikan pampersnya. Aku dapat melakukannya dengan perlahan walaupun waktu itu masih dalam kesakitan yang teramat sakit.  Alhamdulillah juga baby tidak banyak karenah. Boleh dikatakan for the first two weeks aku makan sup ikan haruan sahaja dengan sayur lobak putih. Aku tak dapat makan nasi dalam kuantiti yang banyak waktu ini, satu senduk nasipun sukar kuhabiskan. Mungkin kerana sistem penghadaman terganggu disebabkan pembedahan itu. Aku juga mengamalkan minum pati ikan haruan mcm dalam gambar ni.

Pati Ikan Haruan Gamat Plus

Disebabkan aku berpantang sendiri, hubby mengambil pakej rawatan selepas pantang selama 2 minggu untuk aku. Harga pakej untuk 2 minggu ialah B$420 (lebih kurang RM1,260). Terima kasih sekali lagi suamiku yang tercinta. Rawatan bermula seminggu selepas pembedahan. Rawatan termasuk lulur, mandi herba, berurut, bertangas, bertungku, pilis dan bengkung. Nama orang yang merawat aku tu Bu Siti. Cantik orangnya walaupun usianya sudah pertengahan 50-an. Dia ni memang sangat berpengalaman dalam rawatan urut dan berpantang. Malahan dia juga sering dipanggil ke Istana untuk mengurut dan membuat rawatan selepas bersalin. Sebelum aku mengandungpun dialah yang mengurut aku dan membetulkan kedudukan peranakan yang teranjak ke tepi abdomen. Mungkin kerana aku terlalu over berurut ke sana ke mari sampaikan rahim terkeluar dari kedudukan yang sepatutnya.

Bu Siti datang setiap hari selama 2 minggu itu. Cuma waktunya tidak tetap kadang-kadang pagi kadang-kadang petang. Alhamdulillah selepas 2 hari dirawat badanku semakin bertenaga. Sakit-sakit badan berkurangan dan aku sudah dapat bangun dari katil tanpa perlu dipegang suami. Padahal sebelum itu hendak bangun dari katilpun tak dapat mesti hubby bantu. Akupun sudah agak selesa untuk bergerak dan menguruskan baby. Bu Siti langsung tidak mengurut di bahagian perut. Katanya tak boleh diurut untuk beberapa bulan. Dia hanya mengurut bahagian badan yang lain untuk buang angin dan relaxing massage. Bertungku, bertangas dan mandi herba sangat membantu dalam proses penyembuhan. Bukan sahaja mengeluarkan peluh/toksin dan menyegarkan badan malah ia juga membuatku merasa lebih tenang. Begitu juga pilis yang dioleskan didahi. Ia dapat menghilangkan sakit kepalaku. Proses rawatan lebih kurang macam gambar-gambar di bawah ni (copy dari google).

Berbengkung

Bertangas

Lulur


Bertungku
Pilis (ini bukan saya) gambar copy dari google hehehe
Selain rawatan berpantang ni, Bu Siti juga banyak memberikan tips tentang penjagaan kesihatan dan penjagaan bayi. Dia juga menyarankan agar aku mengambil pil Nona Roguy yang dirumus khas untuk wanita selepas bersalin. Harganya B$47 sebotol untuk dimakan selama 45 hari. Katanya ini bukan jamu biasa tetapi ubat yang dirumus khas diformulasikan oleh seorang doktor untuk phytonatal. So selama berpantang aku cuma mengambil pakej rawatan 2 minggu ni dan makan pil Nona Roguy. Aku tidak mengambil supplement lain. Kata Bu Siti bagus untuk mengambil Vitamin C ketika berpantang untuk kesihatan kulit tetapi aku tak ambilpun. Selain itu aku amalkan menyapu perut dengan minyak kelapa dara Dherbs.

PhytoNatal Nona Roguy
 
Minyak Kelapa Dara DHerbs
Selepas selesai rawatan 2 minggu, aku meneruskan mandi air rebusan daun sehingga habis pantang, hubby yang sediakan. Nasib baik ada dijual di pasar borong cuma B$2 hanya tinggal rebus sahaja.

Air rebusan daun herba

Kemudian pada hari yang ke-40, Bu Siti datang semula untuk memandikan baby sekaligus aku mandi nifas. Bu Siti juga ada mengurut baby. Seronok baby Kahfi. Tengok gambar ni dan video pun ada.





Baby Kahfi mandi 40 hari (babypun berpantang) hehehe
Hari ini 22/2/2016 genap 60 hari (2 bulan) aku melahirkan baby Kahfi. Parut tempat dibedah masih terasa ngilu. Kadang-kala rasa sakit menyucuk. Tapi pada 15 Febuari yang lalu aku review hospital, kata doktor luka pembedahan aku ok dan tidak ada sebarang masalah. Cuma proses penyembuhan yang sepenuhnya memang akan memakan masa. Aku juga dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan selama 2 tahun. Kata doktor uterus needs a lot of time to heal and ready for next pregnancy. Sampaikan aku ditanya jika aku ingin pil perancang atau suntikan untuk mencegah kehamilan. No no no doctor aku tak mahu. Kalau ikutkan hati aku nak terus mengandung lagi sebab usiaku sudah menginjak hujung 30-an 2 tahun lagi masuk 40. Kalau ada rezeki aku nak menambah satu lagi adik untuk baby Kahfi, biarlah secepat yang mungkin dengan izin Allah Aamiin.

Satu hal yang majoriti ibu-ibu bersalin melalui pembedahan akan alami ialah sakit belakang/pinggang kesan daripada suntikan bius epidural. Kesakitan ini akan berlarutan malahan mungkin akan kekal. Aku berani menulis begini kerana aku sendiri mengalaminya. Agak tough juga sesi berpantang sendiri ni tapi harus kuatkan semangat demi kesihatan diri dan kebaikan jangka panjang. Tak semestinya berpantang sendiri memudaratkan atau tidak terjaga sepenuhnya. Ia bergantung pada diri kita sendiri. Yang penting harus ada kerjasama diantara suami isteri. Kita juga mestilah bertekad untuk sihat dan tidak mengharapkan perhatian yang berlebihan daripada ramai orang. Memadailah sokongan dari suami disamping banyakkan berselawat dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan dalam urusan berpantang. Ingat harus berselawat dan berdoa setiap hari bila-bila masa. Jangan malas berdoa. Dan jangan melambat-lambatkan mandi Nifas supaya kita dapat menunaikan solat. Badan akan lebih cepat sihat, fikiran tenang dan hatipun senang in shaa Allah.

Setakat ini sajalah entri tentang pengalamanku mengandung, bersalin dan berpantang. Mudah-mudahan ada manfaat walau sedikit kepada yang membaca Aamiin.


 
 
 

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. kita ada nombor telefon bu siti ani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sorry baru teliat komen kita. nombornya 8835041

      Delete
  2. Salam sis.. puas hati servis Bu siti ani?��kan try hire kedia.. dapat info pun dari blog kita saja.. arah FB apa nada apa info

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awu sis puashati ia mengurutpun nyaman inda sakit. Sorry lambat reply baru notice komen kita.

      Delete