|
8 bulan |
|
8 bulan ++ (selfie dlm toiletpun boleh) hahaha |
Hmmm….waktu ini sama seperti
trimester ke2 aku semakin sakit pinggang, belakang dan kadang-kadang sakit di
bahagian abdomen juga ari-ari. Kesakitan yang teramat sangat terutama ketika
tidur malam dan bangun pagi. Rasanya seperti tulang pinggang retak dan patah
sampai begitu sekali huhuhuu. Dan ketika ini juga aku semakin tak larat ke
pejabat. Mood pun swing kejap ok kejap ko eheheee. Yang jadi mangsa encik suamilah kesian dia cik isteri kerap moody. Satu hal yang tak berubah adalah selera makanku. Ya ampun kuatnya makan hahahaa. Kalau boleh macam-macam aku nak makan tapi disebabkan paras gula dalam darahku sangat tinggi aku harus berusaha mengawal pemakanan. Dos insulin pun dinaikkan lagi sehingga aku harus menambah satu dos insulin sebelum tidur. The highest dose 24,20,20,10 maksudnya pagi sebelum sarapan 24, sebelum lunch 20, sebelum dinner 20 dan sebelum tidur 10....ini memang sangat tinggi tau!!! sebab aku bermula dengan dos 6 sahaja sampai 4 kali ganda naik huhhh!
|
inilah alat & ubat untuk suntik insulin |
Mula-mula suntik memang seram....takut silap cucuk tapi lama-lama dah biasa macam kacang. Ini mesti disuntik di kawasan perut bahagian tepi dan atas 2 inci daripada pusat. Bayangkan betapa lecehnya kena suntik benda alah ni tiap-tiap hari 4 kali sehari. Lepas tu 2 minggu sekali kena buat Destrostix check gula dalam darah 4 kali, puasa, 1 jam selepas breakfast, 1 jam selepas lunch dan 1 jam selepas dinner. Nasib baiklah hanya check menggunakan jari kalau ambil darah macam biasa entah berapa banyak darah aku hilang huhuuuu. Jaripun naik kematu banyak sangat kena cucuk jarum.
Aku ditahan kali ke2 pada 17 Disember 2015 sehinggalah melahirkan. Seperti yang dijangka aku bersalin secara pembedahan kerana kedudukan
baby yang
transverse (melintang). Memang tidak ada pilihan lain, aku tidak dapat bersalin secara
normal. Pada mulanya aku berharap dapat bersalin (dibedah) pada 24 Disember 2015 (12 Rabiulawal) sempena Maulidurrasul tetapi dinasihatkan untuk bersalin pada 22 Disember 2015 kerana doktor tidak mahu menanggung risiko, sudah ada
contraction, baby besar dan melintang. Disebabkan kedudukan baby aku sering merasa sakit dibahagian rusuk. Lagipun kata doktor biasanya tidak ada pembedahan ketika cuti kecuali kes-kes kecemasan.
So aku terpaksa akur dengan keputusan doktor hmmm
frust jugalah sedikit hehehee. Kali ini pun sama setiap hari akan dipasangkan CTG dan pemantauan paras gula dalam darah.
|
CTG |
|
Result gula dalam darah |
|
Menunggu dipanggil ke labour room. Semangat mak buyung 90kg |
Dalam gambar nampak
relax dan ceria kan tapi sebenarnya waktu ni aku sangat-sangat takut kerana aku belum bersedia fizikal dan mental. Aku sangat berharap dapat bersalin secara
normal sebab tu bila doktor memutuskan untuk
operate hari itu juga (diberitahu hari yang sama (pagi) bahawa akan dibedah hari itu juga (petang)...siapa yang tak terkejut dan cuak kan??? Cepat-cepat aku
inform hubby, dia pun kena datang ke hospital untuk tandatangan borang kebenaran pembedahan.
Hubbylah yang memujuk dan menenangkan aku memintaku supaya tidak takut dan fikir yang baik-baik untuk anak kami yang bakal lahir.
Part yang paling sedih bila aku nak minta maaf pada
hubby. Dia tak mahu aku minta maaf macam nak menangis dia tengok aku hehehe. Memanglah macam tu kan kita tak tahu apa yang akan terjadi. Semuanya ditangan Allah S.W.T kalau ditakdirkan umur aku tak panjang tentu sesal separuh nyawa tak sempat minta maaf dengan suami. Waktu nak berpisah tu (aku dibawa ke labour room) memang sangat emosi...rasa macam tak akan jumpa lagi huaarrghhhh sedih!!!
OK dipendekkan cerita sampai di
labour room lagilah bertambah takut dan nervous. Dalam tu sangat sejuk dan pemandangan sekeliling memang tak menceriakan dengan bermacam peralatan untuk pembedahan,
really make me panic jantungpun berdegup kencang dup dap dup dap hahahaa.
Seriously memang menakutkan!!! Tak putus-putus aku berdoa membaca apa saja doa dan surah yang terlintas difikiran. Sebenarnya tak banyak yang dapat diceritakan tentang bersalin melalui pembedahan ni. Kisahnya sangat rutin dan
straight forward. Macam biasa kita akan disuntik dengan epidural (bius separuh badan) tak adalah rasa sakit sangat. Yang membuatkan sakit tu sebenarnya perasaan kita. Apabila kita takut dan fikir tentang sakit maka memang kita akan rasa sakit. Tapi Alhamdulillah aku langsung tidak merasa sakit ketika disuntik ubat bius. Tahu-tahu badan dah rasa kebas dari pinggang ke bawah. Uniknya kerana aku masih sedar ketika perutku ditoreh dan yang paling meninggalkan kesan adalah bau ketika proses pembedahan tu sampai sekarang aku tak boleh lupa masih tercium bau seperti besi hangus mungkin laser agaknya untuk memateri luka torehan grhhhh seram sejuk
creepy!
Tak lamapun proses mengeluarkan
baby ketika pembedahan tu. Tak sampai 10 minitpun. Yang agak lama waktu dijahit kalau tak salah lebih kurang 30-45 minit. Dan walaaahh maka lahirlah putera kesayangan kami
Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri melalui pembedahan pada hari
Selasa 22 Disember 2015 jam 4.06 petang dengan beratnya 3.44kg.
|
Fresh from Oven @Labour Room |
Aku seperti mamai ketika
baby dikeluarkan kerana agak mengantuk.
Nurse membangunkan aku dan memaklumkan
baby dah keluar
it's a boy kedengaran suaranya menangis. Bila melihat
baby hilang segala kesakitan dan ketakutan. Airmataku bergenang kegembiraan dan bersyukur kerana
baby selamat, sihat dan sempurna sifat. Aku terus bertanya pada
nurse "mana
my husband sudahkah dia melihat
baby?"
excited sangat. Kata
nurse dorang akan bersihkan
baby dulu lepas tu baru bawa keluar tunjuk kat suami. Ok aku dalam keadaan separa sedar tak berapa stabil. Tak lama selepas itu badanku menggeletar dengan kuat. Walaupun sudah diselimuti dengan pemanas tapi aku masih kedinginan dan terketar-ketar. Waktu itu aku ingatkan aku akan mati sebab aku menggelupur seperti ikan yang tak jumpa air. Aku diberi suntikan untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah (entah berapa banyak
drug yang masuk dalam badan). Lama juga aku dipantau di kawasan menunggu dalam
labour room tu. Bila denyutan jantung dan tekanan darahku semakin stabil aku diusung keluar untuk dihantar ke wad. Waktu ni lah
hubby dipanggil untuk melihat aku dan
baby. Gembiranya
hubby melihat aku dan
baby selamat.
Hubbypun sempat mendukung
baby dan membawanya keluar untuk dilihatkan kepada mertuaku dan ipar duai yang menunggu di luar.
Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Maha Suci Allah yang memberikan rahmat kepada kami rezeki
baby ini dengan kasih sayang dan perlindungan-Nya. Semoga Baby Kahfi dapat membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan, sempurna akal dan sifatnya, menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa dan taat pada ibu bapa Aamiin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment