Sunday, February 28, 2016

My Pregnancy: Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Aku start berpantang selepas melahirkan pada 22 Disember 2015 (ceritanya di SINI). Maternity leave yang dibenarkan oleh Company tempat aku kerja cuma 8 minggu (56 hari), boleh menambah seminggu tetapi unpaid (cuti tanpa gaji). Oleh kerana aku bersalin secara pembedahan aku ditahan di wad selama 4 hari. Sebenarnya aku sudah warded sejak 17hb Disember maknanya aku ditahan sehinggalah bersalin, jadi aku berada di wad selama 9 hari in total. Kemudian aku discharged pada 25 Disember namun cutiku tetap dikira bermula 22hb iaitu tarikh bersalin hmmmm.
 
Sebelum bercerita panjang tentang berpantang aku story dulu tentang pengalaman di wad selepas pembedahan bersalin tu. Seksanya hanya Tuhan yang tahu. 3 jam selepas pembedahan kesan ubat biuspun hilang. Sakitnya sangat menyakitkan. Aku tidak dapat bergerak langsung. Sakit yang kurasakan sampai membuat aku menangis. Mengurus baby pun tak dapat waktu itu. Hanya pada keesokan hari aku dapat memegang baby itupun dengan susah payah. Bayangkan aku disuruh paksa diri untuk bangun dari katil dan berjalan sendiri ke toilet. Kata nurse memang harus dipaksa kerana kalau tidak luka akan lambat sembuh. Lagipun berjalan dapat melancarkan peredaran darah. Ini akan membantu proses penyembuhan. Namun kesakitan yang kurasa sukar untuk digambarkan. Kalau diberi pilihan aku sama sekali tidak akan memilih untuk bersalin secara pembedahan. Aku tiada pilihan lain kerana waktu itu baby dalam keadaan melintang dan tidak mungkin dapat bersalin normal.

Ini adalah kehamilan pertamaku jadi sudah tentu aku tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mengendalikan situasi ketika berpantang dan menjaga baby. Ditambah lagi dengan kesakitan akibat pembedahan. Semuanya sangat mengganggu fikiran dan emosiku. Wajarlah jika selepas bersalin ada sesetengah ibu yang sakit meroyan. Sememangnya tekanan semasa mengandung, ketika bersalin, selepas bersalin dan ketika berpantang sangat mencabar. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku terpaksa berpantang sendiri kerana emak tidak dapat datang disebabkan faktor kesihatan. Emak perlu ke hospital untuk temujanji dan pemeriksaan rutin. Manakala kakak sulungku pula menyambut kelahiran cucunya. 2 orang anaknya dan seorang menantunya juga mengandung. Malahan anaknya melahirkan hanya selang 2 hari selepas aku. Kakak-kakakku yang lain bekerja jadi tiada yang dapat datang untuk menjagaku di sini. Nasib baiklah ada encik suami. Dialah yang bertungkus-lumus menjaga aku dan baby ketika dalam pantang. Dia mengambil cuti sebulan untuk menjaga kami. Terima kasih sayang.

Encik suamilah yang memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan menolong menjaga baby. Cuma dia tidak berani memandikan baby dan menggantikan pampersnya. Aku dapat melakukannya dengan perlahan walaupun waktu itu masih dalam kesakitan yang teramat sakit.  Alhamdulillah juga baby tidak banyak karenah. Boleh dikatakan for the first two weeks aku makan sup ikan haruan sahaja dengan sayur lobak putih. Aku tak dapat makan nasi dalam kuantiti yang banyak waktu ini, satu senduk nasipun sukar kuhabiskan. Mungkin kerana sistem penghadaman terganggu disebabkan pembedahan itu. Aku juga mengamalkan minum pati ikan haruan mcm dalam gambar ni.

Pati Ikan Haruan Gamat Plus

Disebabkan aku berpantang sendiri, hubby mengambil pakej rawatan selepas pantang selama 2 minggu untuk aku. Harga pakej untuk 2 minggu ialah B$420 (lebih kurang RM1,260). Terima kasih sekali lagi suamiku yang tercinta. Rawatan bermula seminggu selepas pembedahan. Rawatan termasuk lulur, mandi herba, berurut, bertangas, bertungku, pilis dan bengkung. Nama orang yang merawat aku tu Bu Siti. Cantik orangnya walaupun usianya sudah pertengahan 50-an. Dia ni memang sangat berpengalaman dalam rawatan urut dan berpantang. Malahan dia juga sering dipanggil ke Istana untuk mengurut dan membuat rawatan selepas bersalin. Sebelum aku mengandungpun dialah yang mengurut aku dan membetulkan kedudukan peranakan yang teranjak ke tepi abdomen. Mungkin kerana aku terlalu over berurut ke sana ke mari sampaikan rahim terkeluar dari kedudukan yang sepatutnya.

Bu Siti datang setiap hari selama 2 minggu itu. Cuma waktunya tidak tetap kadang-kadang pagi kadang-kadang petang. Alhamdulillah selepas 2 hari dirawat badanku semakin bertenaga. Sakit-sakit badan berkurangan dan aku sudah dapat bangun dari katil tanpa perlu dipegang suami. Padahal sebelum itu hendak bangun dari katilpun tak dapat mesti hubby bantu. Akupun sudah agak selesa untuk bergerak dan menguruskan baby. Bu Siti langsung tidak mengurut di bahagian perut. Katanya tak boleh diurut untuk beberapa bulan. Dia hanya mengurut bahagian badan yang lain untuk buang angin dan relaxing massage. Bertungku, bertangas dan mandi herba sangat membantu dalam proses penyembuhan. Bukan sahaja mengeluarkan peluh/toksin dan menyegarkan badan malah ia juga membuatku merasa lebih tenang. Begitu juga pilis yang dioleskan didahi. Ia dapat menghilangkan sakit kepalaku. Proses rawatan lebih kurang macam gambar-gambar di bawah ni (copy dari google).

Berbengkung

Bertangas

Lulur


Bertungku
Pilis (ini bukan saya) gambar copy dari google hehehe
Selain rawatan berpantang ni, Bu Siti juga banyak memberikan tips tentang penjagaan kesihatan dan penjagaan bayi. Dia juga menyarankan agar aku mengambil pil Nona Roguy yang dirumus khas untuk wanita selepas bersalin. Harganya B$47 sebotol untuk dimakan selama 45 hari. Katanya ini bukan jamu biasa tetapi ubat yang dirumus khas diformulasikan oleh seorang doktor untuk phytonatal. So selama berpantang aku cuma mengambil pakej rawatan 2 minggu ni dan makan pil Nona Roguy. Aku tidak mengambil supplement lain. Kata Bu Siti bagus untuk mengambil Vitamin C ketika berpantang untuk kesihatan kulit tetapi aku tak ambilpun. Selain itu aku amalkan menyapu perut dengan minyak kelapa dara Dherbs.

PhytoNatal Nona Roguy
 
Minyak Kelapa Dara DHerbs
Selepas selesai rawatan 2 minggu, aku meneruskan mandi air rebusan daun sehingga habis pantang, hubby yang sediakan. Nasib baik ada dijual di pasar borong cuma B$2 hanya tinggal rebus sahaja.

Air rebusan daun herba

Kemudian pada hari yang ke-40, Bu Siti datang semula untuk memandikan baby sekaligus aku mandi nifas. Bu Siti juga ada mengurut baby. Seronok baby Kahfi. Tengok gambar ni dan video pun ada.





Baby Kahfi mandi 40 hari (babypun berpantang) hehehe
Hari ini 22/2/2016 genap 60 hari (2 bulan) aku melahirkan baby Kahfi. Parut tempat dibedah masih terasa ngilu. Kadang-kala rasa sakit menyucuk. Tapi pada 15 Febuari yang lalu aku review hospital, kata doktor luka pembedahan aku ok dan tidak ada sebarang masalah. Cuma proses penyembuhan yang sepenuhnya memang akan memakan masa. Aku juga dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan selama 2 tahun. Kata doktor uterus needs a lot of time to heal and ready for next pregnancy. Sampaikan aku ditanya jika aku ingin pil perancang atau suntikan untuk mencegah kehamilan. No no no doctor aku tak mahu. Kalau ikutkan hati aku nak terus mengandung lagi sebab usiaku sudah menginjak hujung 30-an 2 tahun lagi masuk 40. Kalau ada rezeki aku nak menambah satu lagi adik untuk baby Kahfi, biarlah secepat yang mungkin dengan izin Allah Aamiin.

Satu hal yang majoriti ibu-ibu bersalin melalui pembedahan akan alami ialah sakit belakang/pinggang kesan daripada suntikan bius epidural. Kesakitan ini akan berlarutan malahan mungkin akan kekal. Aku berani menulis begini kerana aku sendiri mengalaminya. Agak tough juga sesi berpantang sendiri ni tapi harus kuatkan semangat demi kesihatan diri dan kebaikan jangka panjang. Tak semestinya berpantang sendiri memudaratkan atau tidak terjaga sepenuhnya. Ia bergantung pada diri kita sendiri. Yang penting harus ada kerjasama diantara suami isteri. Kita juga mestilah bertekad untuk sihat dan tidak mengharapkan perhatian yang berlebihan daripada ramai orang. Memadailah sokongan dari suami disamping banyakkan berselawat dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan dalam urusan berpantang. Ingat harus berselawat dan berdoa setiap hari bila-bila masa. Jangan malas berdoa. Dan jangan melambat-lambatkan mandi Nifas supaya kita dapat menunaikan solat. Badan akan lebih cepat sihat, fikiran tenang dan hatipun senang in shaa Allah.

Setakat ini sajalah entri tentang pengalamanku mengandung, bersalin dan berpantang. Mudah-mudahan ada manfaat walau sedikit kepada yang membaca Aamiin.


 
 
 

Thursday, February 18, 2016

Pindah Rumah Lagi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Ya pindah rumah lagi hehehe. 1 Febuari 2016 kami start menyewa di tempat baru. Alaaa rumah sebelah jak dengan rumah yang kami sewa hari tu. Lebih kurang 9 bulan kami tinggal di rumah yang lama. Kebetulan orang yang menyewa di rumah sebelah ni mendapat bantuan perumahan. Since rumah sebelah ni lebih murah, lebih selesa dan lebih terurus maka kami pun berminat untuk berpindah ke sini. Time ni aku tengah berpantang setelah bersalin pada 22 Disember. Jadi encik suamilah yang terpaksa menguruskan semuanya (packing) sorang-sorang kesian dia. Mujur tuan rumah tu bersetuju untuk bagi kunci rumah pada pertengahan bulan Januari supaya kami dapat menghantar barang sikit-sikit.
 
Barang-barang yang kecil dan ringan hubby hantar sendiri saja. Cuma barang-barang berat seperti kusyen, meja dan almari kami menyewa lori. Walaupun cuma sebelah rumah tetapi memerlukan tenaga untuk mengangkat kalau nak harapkan hubby seorang memang tak boleh. Awalnya deal dengan tuan punya lori, sewa cuma $40 tapi last-last kena bayar $60 sebab 2 kali trip katanya hmmm ada sedikit rasa tak puas hati sebab jaraknya sangat dekat dan barang-barang beratpun tak banyak. Tapi tak apalah anggap saja sebagai sedekah.  29hb Januari tu kami sudah start tinggal di rumah baru sebab semua barang dah habis angkut, Astro pun sudah dipasang.
 
Kemudian pada 31 Januari kami menjemput keluarga datang ke rumah. Hubby bagitahu nak minta tolong angkat barang tapi semua barang dah angkatpun. Hubby just main-main. Sebenarnya untuk lepak-lepak saja tapi adik beradik hubby ingatkan betul-betul jadi dorangpun datang dengan baju T dan seluar pendek ready untuk angkat barang hehehe.
 
 
Sedikit juadah untuk minum petang






Roti John pun ada
 


 
 
Kami menyediakan sedikit hidangan untuk santapan petang. Seronok bersantai ramai-ramai, makan-makan tapi aku tengok jak lah makanpun mesti pilih yang boleh saja sebab masih dalam pantang.
 
Kiranya berbaloi menyewa di rumah baru ni sebab sewanya lebih murah dari rumah sebelah padahal lebih besar, bilikpun lebih banyak, dapur dan ruang utama lebih luas dan yang paling penting tempat parking luas, berbumbung, bersimen dan berpagar. Mungkin rezeki baby Kahfi sebab kitorang memang tengah mencari-cari rumah sewa baru since Oktober. Selepas baby lahir hujung bulan Disember tu terus dapat tahu pasal rumah sebelah ni Alhamdulillah. 

Wednesday, February 17, 2016

My Birthday: 2/01/2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Ini throwback my birthday last January 2nd. Tak ada sambutanpun just celebrate with hubby and our precious buah cinta kami our beloved new born son Muhammad Quranizam Kahfi. Tahun ni sangat special kerana kehadiran baby dalam hidup kami. Rasanya seperti mimpi. Selama 4 tahun kami menunggu akhirnya penantian kami berakhir pada 22 Disember 2015 dengan kelahiran putera sulung kami ini. Kebetulan ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada 25 Disember dan seterusnya harijadiku pada 2 Januari. Jadi triple happiness for me....baby, wed anniversary and my birthday syukur Alhamdulillah.
 
Hubby belikan bunga ros, kek black forest dan my favourite menus from Excapade sushi, Salmon Asparagus, Tori Katsu Maki dan Tori Karage. Ada juga Garlic Rice. Sebenarnya waktu ni aku sedang berpantang, baru 10 hari lepas bersalin. Jadi kami tidak membuat sebarang sambutan seperti biasa hanya menyambut bertiga sahaja di rumah. Kiranya kami terus meraikan ulangtahun perkahwinan juga.
  



 
 













 
 
 
Terima kasih hubby untuk semuanya....Love you and baby to the moon and back! muaahhh!
 

Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
 
Syukur Alhamdulillah aku telahpun selamat melahirkan seorang putera pada 22 Disember 2015 jam 4.06 petang melalui pembedahan (ceritanya di SINI). Berat baby 3.44kg yang kami namakan Muhammad Quranizam Kahfi. Erti nama ini lebih kurang bermaksud 'lelaki yang menang berpandukan aturan Al-Quran' Sebenarnya nama ini sudah lama aku fikirkan sebelum mengandung lagi. Maklum sajalah lama menunggu untuk memiliki zuriat jadi aku banyak berangan-angan. Memang kedengaran so desperate long ago aku sudah mulai memasang angan-angan untuk nama-nama bayi lelaki dan perempuan hehehee. Nama Muhammad diambil sempena nama Rasullulah S.A.W, Quran aku maksudkan Al-Quran, Nizam bermaksud Peraturan manakala Kahfi bermaksud lelaki yang menang yang juga merupakan surah ke-18 dalam Al-Quran yang mempunyai 110 ayat.  Surah ini mengisahkan tentang orang-orang soleh. Terdapat 4 kisah yang diceritakan didalam Surah Al-Kahfi seperti berikut: 
 
 
Pertama
Kisah Ashabul Kahfi.
Kisah ini diawali dari ayat ke-9 sampai ayat ke-26. Kisah tentang sekumpulan pemuda muslim yang hidup di negeri kafir. Mereka bertekad berhijrah untuk mempertahankan agama. Ini dilakukan setelah mereka berdakwah pada kaumnya tetapi mendapat penolakan, tekanan, dan ugutan. Mereka menghadapi fitnah dalam dakwah dan perjuangan dari kaumnya. Lalu Allah melindungi dan menjaga mereka melalui gua dan sinar matahari. Mereka tidur didalam gua bertahun-tahun lamanya. Saat mereka terbangun dari tidur, mereka mendapati kaumnya telah berubah. Negeri tempat tinggal mereka dahulu menjadi negeri yang penduduknya beriman kepada Allah.
Pengajaran daripada kisah ini ialah pada orang-orang yang beriman dan bertakwa yang berdakwah pada jalan Allah dan bersabar menghadapi tentangan dan fitnah sudah pasti Allah akan memelihara, melindungi dan memberkati mereka. Hingga akhirnya Allah memberikan rahmat dan nikmat sebagai balasan baik kepada keimanan dan ketakwaan itu.
 
Kedua
Kisah Pemilik dua kebun.
Tertera pada ayat 32 - 44. Ini kisah tentang seseorang yang Allah kurniakan kebun. Dia lupa dengan pemberi nikmat yakni Allah sehingga dirinya melampaui batas. Ia tinggalkan prinsip-prinsip keimanan dengan celaan, keraguan dan tidak bersyukur kepada nikmat Allah. Disebabkan dari kekufuran dan kesyirikannya itu, hancurlah tanaman dan buah-buahan di kebunnya. Dia diselubungi penyesalan yang mendalam hanya pada saat penyesalannya itu sudah tidak berguna lagi. Kisah ini menerangkan tentang bahaya fitnah dunia berupa harta dan anak. Sehingga membuatnya berbangga diri dan terus mengejar dunia untuk memperbanyak kekayaan dan keturunan.
 
Pengajaran dari kisah ini adalah dengan memahami hakikat dunia yang diterangkan diawal surah, “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (QS. Al-Kahfi: 7)
 
Ketiga
Kisah Nabi Musa dan Khidzir.
Di awali dari ayat 60 hingga 82. Ini berkisar tentang fitnah ilmu. Yakni saat Musa ditanya, “Siapa penduduk bumi yang paling ‘alim (pandai)?' Lalu ia jawab, “Saya”. Kemudian Allah mengkhabarkan kepadanya, di sana ada manusia yang lebih 'alim' dari dirinya.
Kemudian Musa pergi untuk belajar kepadanya. Dan ternyata Nabi Musa benar-benar faham ada hikmah Illahiyah yang Allah berikan kepada selainnya. Sehingga dirinya kemudian tersedar. Ini merupakan penyakit orang yang berilmu, terlalu bangga dengan ilmunya dan merasa paling 'alim' di dunia. Pengajarannya, kita hendaklah menanam sikap tawadhu' (rendah diri) dalam diri.  
 
Keempat
Kisah Dzulqarnain.
Kisah tentang raja mulia yang menguasai ilmu dan kekuatan ini bermula dari ayat ke-83 hingga 101. Dia mengelilingi dunia ini dan menyebarkan kebaikan di muka bumi. Dia menolong manusia. Mampu membendung kejahatan Ya'juj dan Ma'juj dengan mendirikan tembok raksasa (benteng) yang mengurung makhluk perosak tersebut. Kemampuan istimewanya yang lain, Dzulqarnain dapat berkomunikasi dan menyusun kekuatan kaum yang hampir-hampir mereka tak mampu memahami perkataan manusia lain dan tak dapat membuat mereka faham dengan tutur katanya. Kisah ini menceritakan tentang ujian kekuasaan. Sehingga tidak sewenang-wenangnya, berbuat aniaya, dan membuat kerosakan di muka bumi. Dzulqarnain seorang pemerintah yang tidak terfitnah dengan kekuasaan dan kekuatannya. Ia gunakan kurnia Allah tersebut dijalan yang betul untuk mencari akhirat dengan membuat kebaikan di muka bumi dan menolong manusia-manusia lemah di bawahnya. Pengajaran daripada kisah ini adalah untuk menjadi pemerintah maka hendaklah menanam sikap  ikhlas dalam diri dan sentiasa mengingati akhirat. Wallahu A’lam.
 
 
Begitulah serba sedikit secara ringkas kisah-kisah yang dipaparkan didalam Surah Al-Kahfi. Aku mengharapkan keberkatan daripada nama ini dengan izin Allah agar buah hati kami Muhammad Quranizam Kahfi akan menjadi seorang mukmin yang berjiwa Al-Quran, membesar menjadi seorang lelaki yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup dan landasan untuk membina kehidupan dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, February 16, 2016

My Pregnancy: The Third Trimester (Alhamdulillah)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah trimester kedua sudahpun dilalui dengan jayanya (refer to my last entry HERE). So this entry is all about my third trimester, minggu ke 28 hingga minggu ke….melahirkan eheheee. Trimester ke3 ni sememangnya lebih mencabar dari trimester ke2 sebabnya perut dah makin memboyot, kaki bengkak teruk membesar bagai johan huhuuuu (macam kaki gajah). Nak berjalan membawa badanpun rasa tak larat sangat. Selain itu masalah kencing manis aku makin teruk bacaan gula dalam darah tak menentu dan most of the time bila checkup gula memang bacaan akan lebih tinggi. For the record trimester ke3 ni aku ditahan di wad sebanyak 2 kali pheeww semangatkan! Aku ditahan sebab baby kurang pergerakan dan of course pasal kandungan gula dalam darah yang tinggi.

Mula-mula aku kena tahan tu pada 3 Disember 2015 selama 8 hari. Aku diberikan suntikan Dexa untuk mematangkan paru-paru baby. Waktu itu aku sangkakan aku akan dipaksa bersalin. Perasaanku bercampur baur risau sangat sebab aku baru masuk 36 minggu. Kalau mengikut perancangan awal aku akan dipaksa bersalin (induce) pada minggu ke 38 disebabkan aku GDM on insulin. Tetapi yang menjadi masalah kedudukan baby masih transverse so peluang untuk aku bersalin normal sangat tipis. Aku mengharapkan baby akan berpusing ke kedudukan yang sepatutnya menjelang minggu ke38 nanti. Semasa dalam wad aku akan dipasangkan CTG untuk memeriksa keadaan baby 4 kali sehari, dipantau paras gula dalam darah, tekanan darah dan suhu badan.

CTG Report

CTG Monitor

Kandungan juga discan pada 10 Disember dan Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.

It's a boy (tu nampak bebird hehehe)

SubhanAllah tembamnya pipi (muaahhh)


Discharge slip
Aku juga diminta untuk memantau pergerakan baby selepas discharge dari wad.



Trimester ke3 ni memang sangat mencabar. Emosiku tak tentu arah. Macam-macam yang aku fikirkan dan gambarkan. Semuanya menjadi bayang-bayang yang membuatkan aku dihimpit ketakutan. Jujur aku memikirkan tentang kematian. Kebarangkalian untuk mati dan tidak selamat ketika melahirkan entah sama ada secara normal atau pembedahan….aku tertanya-tanya bagaimana jika aku tidak selamat? Bagaimana jika baby tidak selamat? Bagaimana jika aku dan baby tidak selamat? Ya Allah ketakutan ini memburuku siang dan malam. Entah kenapa sampai begitu sekali fikiranku menerawang jauh. Aku asyik memikirkan kemungkinan aku akan mati. Tak henti-henti aku berdoa pada Allah agar diberi kesempatan umur panjang untuk melahirkan dan membesarkan zuriat ini. Iya terasa betapa kerdilnya susuk tubuh yang 90kg beratnya (oh gemuknya hohoho) ketika ini….sangat kerdil dan tidak berdaya.

8 bulan

8 bulan ++ (selfie dlm toiletpun boleh) hahaha
Hmmm….waktu ini sama seperti trimester ke2 aku semakin sakit pinggang, belakang dan kadang-kadang sakit di bahagian abdomen juga ari-ari. Kesakitan yang teramat sangat terutama ketika tidur malam dan bangun pagi. Rasanya seperti tulang pinggang retak dan patah sampai begitu sekali huhuhuu. Dan ketika ini juga aku semakin tak larat ke pejabat. Mood pun swing kejap ok kejap ko eheheee. Yang jadi mangsa encik suamilah kesian dia cik isteri kerap moody. Satu hal yang tak berubah adalah selera makanku. Ya ampun kuatnya makan hahahaa. Kalau boleh macam-macam aku nak makan tapi disebabkan paras gula dalam darahku sangat tinggi aku harus berusaha mengawal pemakanan. Dos insulin pun dinaikkan lagi sehingga aku harus menambah satu dos insulin sebelum tidur. The highest dose 24,20,20,10 maksudnya pagi sebelum sarapan 24, sebelum lunch 20, sebelum dinner 20 dan sebelum tidur 10....ini memang sangat tinggi tau!!! sebab aku bermula dengan dos 6 sahaja sampai 4 kali ganda naik huhhh!

inilah alat & ubat untuk suntik insulin
Mula-mula suntik memang seram....takut silap cucuk tapi lama-lama dah biasa macam kacang. Ini mesti disuntik di kawasan perut bahagian tepi dan atas 2 inci daripada pusat. Bayangkan betapa lecehnya kena suntik benda alah ni tiap-tiap hari 4 kali sehari. Lepas tu 2 minggu sekali kena buat Destrostix check gula dalam darah 4 kali, puasa, 1 jam selepas breakfast, 1 jam selepas lunch dan 1 jam selepas dinner. Nasib baiklah hanya check menggunakan jari kalau ambil darah macam biasa entah berapa banyak darah aku hilang huhuuuu. Jaripun naik kematu banyak sangat kena cucuk jarum.

Aku ditahan kali ke2 pada 17 Disember 2015 sehinggalah melahirkan. Seperti yang dijangka aku bersalin secara pembedahan kerana kedudukan baby yang transverse (melintang). Memang tidak ada pilihan lain, aku tidak dapat bersalin secara normal. Pada mulanya aku berharap dapat bersalin (dibedah) pada 24 Disember 2015 (12 Rabiulawal) sempena Maulidurrasul tetapi dinasihatkan untuk bersalin pada 22 Disember 2015 kerana doktor tidak mahu menanggung risiko, sudah ada contraction, baby besar dan melintang. Disebabkan kedudukan baby aku sering merasa sakit dibahagian rusuk. Lagipun kata doktor biasanya tidak ada pembedahan ketika cuti kecuali kes-kes kecemasan. So aku terpaksa akur dengan keputusan doktor hmmm frust jugalah sedikit hehehee. Kali ini pun sama setiap hari akan dipasangkan CTG dan pemantauan paras gula dalam darah.

CTG

Result gula dalam darah


Menunggu dipanggil ke labour room. Semangat mak buyung 90kg
Dalam gambar nampak relax dan ceria kan tapi sebenarnya waktu ni aku sangat-sangat takut kerana aku belum bersedia fizikal dan mental. Aku sangat berharap dapat bersalin secara normal sebab tu bila doktor memutuskan untuk operate hari itu juga (diberitahu hari yang sama (pagi) bahawa akan dibedah hari itu juga (petang)...siapa yang tak terkejut dan cuak kan??? Cepat-cepat aku inform hubby, dia pun kena datang ke hospital untuk tandatangan borang kebenaran pembedahan. Hubbylah yang memujuk dan menenangkan aku memintaku supaya tidak takut dan fikir yang baik-baik untuk anak kami yang bakal lahir. Part yang paling sedih bila aku nak minta maaf pada hubby. Dia tak mahu aku minta maaf macam nak menangis dia tengok aku hehehe. Memanglah macam tu kan kita tak tahu apa yang akan terjadi. Semuanya ditangan Allah S.W.T kalau ditakdirkan umur aku tak panjang tentu sesal separuh nyawa tak sempat minta maaf dengan suami. Waktu nak berpisah tu (aku dibawa ke labour room) memang sangat emosi...rasa macam tak akan jumpa lagi huaarrghhhh sedih!!!

OK dipendekkan cerita sampai di labour room lagilah bertambah takut dan nervous. Dalam tu sangat sejuk dan pemandangan sekeliling memang tak menceriakan dengan bermacam peralatan untuk pembedahan, really make me panic jantungpun berdegup kencang dup dap dup dap hahahaa. Seriously memang menakutkan!!! Tak putus-putus aku berdoa membaca apa saja doa dan surah yang terlintas difikiran. Sebenarnya tak banyak yang dapat diceritakan tentang bersalin melalui pembedahan ni. Kisahnya sangat rutin dan straight forward. Macam biasa kita akan disuntik dengan epidural (bius separuh badan) tak adalah rasa sakit sangat. Yang membuatkan sakit tu sebenarnya perasaan kita. Apabila kita takut dan fikir tentang sakit maka memang kita akan rasa sakit. Tapi Alhamdulillah aku langsung tidak merasa sakit ketika disuntik ubat bius. Tahu-tahu badan dah rasa kebas dari pinggang ke bawah. Uniknya kerana aku masih sedar ketika perutku ditoreh dan yang paling meninggalkan kesan adalah bau ketika proses pembedahan tu sampai sekarang aku tak boleh lupa masih tercium bau seperti besi hangus mungkin laser agaknya untuk memateri luka torehan grhhhh seram sejuk creepy!

Tak lamapun proses mengeluarkan baby ketika pembedahan tu. Tak sampai 10 minitpun. Yang agak lama waktu dijahit kalau tak salah lebih kurang 30-45 minit. Dan walaaahh maka lahirlah putera kesayangan kami Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri melalui pembedahan pada hari Selasa 22 Disember 2015 jam 4.06 petang dengan beratnya 3.44kg.

Fresh from Oven @Labour Room
Aku seperti mamai ketika baby dikeluarkan kerana agak mengantuk. Nurse membangunkan aku dan memaklumkan baby dah keluar it's a boy kedengaran suaranya menangis. Bila melihat baby hilang segala kesakitan dan ketakutan. Airmataku bergenang kegembiraan dan bersyukur kerana baby selamat, sihat dan sempurna sifat. Aku terus bertanya pada nurse "mana my husband sudahkah dia melihat baby?" excited sangat. Kata nurse dorang akan bersihkan baby dulu lepas tu baru bawa keluar tunjuk kat suami. Ok aku dalam keadaan separa sedar tak berapa stabil. Tak lama selepas itu badanku menggeletar dengan kuat. Walaupun sudah diselimuti dengan pemanas tapi aku masih kedinginan dan terketar-ketar.  Waktu itu aku ingatkan aku akan mati sebab aku menggelupur seperti ikan yang tak jumpa air. Aku diberi suntikan untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah (entah berapa banyak drug yang masuk dalam badan). Lama juga aku dipantau di kawasan menunggu dalam labour room tu. Bila denyutan jantung dan tekanan darahku semakin stabil aku diusung keluar untuk dihantar ke wad. Waktu ni lah hubby dipanggil untuk melihat aku dan baby. Gembiranya hubby melihat aku dan baby selamat. Hubbypun sempat mendukung baby dan membawanya keluar untuk dilihatkan kepada mertuaku dan ipar duai yang menunggu di luar.

Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Maha Suci Allah yang memberikan rahmat kepada kami rezeki baby ini dengan kasih sayang dan perlindungan-Nya. Semoga Baby Kahfi dapat membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan, sempurna akal dan sifatnya, menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa dan taat pada ibu bapa Aamiin Ya Allah.
 
Nanti sambung cerita pasal berpantang pula yaa....ok byeee!


Boleh klik disini My Pregnancy: BERPANTANG