Friday, April 24, 2015

ThrowBack: Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal story balik kampung bulan lepas, 27 Mac 2015. Sepatutnya kitorang balik kampung bulan April ni tapi dipercepatkan kerana masalah cuti hubby yang tak dapat bercuti pada bulan ni. Lagipun kitorang dah rindu nak balik kampung plus tak sabar nak bagi ole-ole yang kitorang beli dari Bandung untuk keluarga di KK. Dah lebih sebulan kitorang perap ole-ole tu di sini eheheee. Tambahan pula aku nak menziarahi kubur arwah bapa. Sudah 2 kali aku bermimpi arwah bapa selang 2 minggu berturut-turut, malam Jumaat pula tu huaarrghhhh rindunya pada arwah, Al-Fatihah. Jadi sambil balik ziarah kami plan nak buat tahlil juga.
 
Cuaca di KK sangat panas. Kepanasan yang melampau sampaikan rasa nak pitam. Sepanjang di KK kami tak betah di luar kerana tak tahan dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan berjerebu yang disebabkan kebakaran hutan. Hmmm ini baru panas di dunia bayangkan macam mana kita berdepan dengan kepanasan api neraka yang berjuta kali lebih panas wallahualam. Semoga kita semua dijauhkan dari seksa api neraka aamiin ya rabbal alamin. Well sambung cerita, kalau kitorang balik KK agenda utama kitorang ialah Jalan-Jalan Cari Makan ahahaaa memanglah kami laki-bini ni kuat makan tengok badanlah huhuuuu. Yang paling kitorang suka makan di KK ialah SOTO. Ini memang favourite aku. Restoran Sri Keningau di Putatan, Restoran Yusuf di Segama, Restoran Taufik di Inanam dan Restoran Surabaya di Tuaran antara restoran pilihan kami. Sebut pasal soto ni alahai terliurlah pula hmmm.....
 
Soto Sri Keningau


Soto Surabaya
Kitorang buat tahlil pada hari Sabtu 28 Mac 2015 macam biasa selepas Isyak. Tapi pada waktu siangnya kami menyambut harijadi anak-anak buah. Sebenarnya tiada siapapun yang harijadi hari tu tetapi anak-anak buah aku yang kecil-kecil nak sambut harijadi siap minta belikan kek hahaha. Kasihan pula lagipun birthday dorangpun tak lama lagi ada yang birthday bulan April. Jadi aku pun beli sebiji kek biar dorang share. Tapi seronok pula tengok anak-anak buah happy tersangatlah comel, ni tengok gambar-gambar dorang very the cutest. Video pun ada my bro tolong rakam.

Birthday Cake-Sharing
   
Haaa inilah 3 orang anak buah aku yang minta belikan kek...nak sambut birthday katanya padahal belum sampai harijadi hehehe so cute
 

Anak-anak buah yang excited mau sambut birthday

Aminor Aiman

Hadira

Nurizman Hadi

Aminor Haiqal
Amboi bersemangatnya tiup lilin


Eheheee comeeeel adik Haiqal blow candle dari jauh jak
 
Ohhh COMELnya

My Lovely Sis with her boys

Love you all deep2 my baby fruit muaaahhhh
 
 
Haaaa yang dibawah ni pula gambar-gambar wefie kitorang waktu sambut birthday tu.
 




 
Biasanya kalau kitorang buat tahlil atau kenduri kitorang akan masak sendiri. Maklumlah di kampung tradisi masak gotong-royong tu masih diamalkan walaupun banyak pilihan catering. Lagipun dengan memasak bergotong-royong ni akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan merapatkan silaturrahim. Seronok bila berkumpul ramai-ramai di dapur dengan adik beradik, anak-anak buah dan saudara mara yang datang membantu. Yang muda-muda tu bolehlah berguru dengan otai handalan memasak ehehee. Selalunya di kampung yang menjadi Chef ialah Kak Suita. Dia ni memang rajin dan pro memasak. Aku dan yang lain-lain cuma tolong potong-potong apa yang patut hiiyyyy. Tapi kadang-kadang kalau rajin aku pun masuk dapur masak sejenis dua lauk dan buat dessert. Dalam kitorang adik beradik semuanya boleh memasak tapi yang paling champion ialah Kak Sitia, Kak Aidah dan Kak Suita. Aku bolehlah masak sikit-sikit lebih kurang yang boleh dimakan (lebih baik merendah diri) huhuhu padahal memang tak pandai sangatpun hahahaa.
 
Ni antara gambar lauk-pauk yang dimasak oleh my sis Chef Kak Suita, look so inviting right??? 
 
Udang Masak Lada Hijau (yang ni aku masak)...inspired by My Mom-in-Law's Cooking


Yang ni makanan asli orang Dusun namanya TUHAU (Paling sedap) hmmm terliur tengok - Kak Suita masak
Acar Timun & Nanas

Sambal Terung - By Kak Suita

Ayam Poloko (Masakan Kaum Bugis) - By Kak Suita
Ayam Masak Merah (nyum nyum sedaaap) - Kak Suita juga
Daging Masak Manis - another one by Kak Suita


Gulai Nangka Dengan Ikan Masin - By Kak Aidah


Ikan Kerapu Sweet & Sour - By Kak Aidah
Sup Tulang (yummilicious) - By Kak Aidah & Kak Sitia
Cukup puas hati dengan masakan chef ni ehehee Thanks kakakku yang sangat rajin dan pandai masak. Memang kakak jaklah harapan dunia muaahhhh sayaaaaang Kak Suita, Kak Aidah dan Kak Sitia yang pakar memasak. Tak lupa juga kakak iparku Kak Mia yang paling rajin dan adik ipar Ani yang juga selalu membantu di dapur. Jangan jera ahh lain kali masak lagi sedap-sedap hehehe.
 

1 comment:

  1. Maaf bu hajah saya numpang promosi hehe
    Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete