Tuesday, April 21, 2015

Pantai Tungku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Hmmm boringnya aku....
 
Nak update blog tapi tak ada modal cerita terbaru yang nak dikongsikan. Kebetulan buka FB ternampak gambar-gambar lama di Pantai Tungku tercetus pula ilham untuk menulis tentang tempat ni. Seperti pantai-pantai yang lain Pantai Tungku ni ditepi laut hahahaa memanglah tepi laut kalau lereng bukit tak kan panggil pantai juga huhuuu. Well bolehlah dikatakan Pantai Tungku ni tempat biasa bagi aku dan hubby lepak sebabnya ini saja pantai yang paling dekat dengan rumah kitorang convenience to go dan agak happening juga. Klik link ini Pantai Tungku untuk info selanjutnya.

ThrowBack....Last kitorang sefamily picnic di Pantai Tungku ni bulan Oktober, tahun 2013. Sambil picnic sambil memancing (the guys). Kitorang bbq dan bawa makanan masing-masing. Lepas tu kumpulkan makanan dan makan sama-sama (sharing is caring). Memang seronok berkumpul ramai-ramai macam ni. Kalau di KK jarang kami sekeluarga dapat berkumpul kerana masing-masing tinggal di kawasan yang berlainan. Kami cuma berjumpa dan berkumpul ketika Hari Raya AidilFitri itupun tidak semua ahli keluarga akan ada terutama adik lelaki aku yang menetap di Johor. Berlainan dengan keluarga mertua sudah menjadi kebiasaan mereka berkumpul melakukan aktiviti hujung minggu bersama-sama. Malahan mereka juga setiap hari akan berkumpul di rumah nenek (bedudun dalam bahasa Kedayan), (mongoi rumo dalam bahasa Dusun) tak mahu ketinggalan ahahaaa. Kebiasaan sebegini sangat bagus untuk memupuk hubungan kekeluargaan dan merapatkan lagi silaturrahim. Terutama pada anak-anak kecil agar mereka mengenali saudara mara dan membina hubungan yang baik daripada kecil lagi.

Jom layan gambar-gambar kitorang waktu picnic tu....jangan jealous ohohoooo....

Enjoying BBQ

ketua rombongan dan timbalannya ehehee

Ini mandurkah???ahahaaa

Chaaakkk main sorok2lah pula

Yummy banyaknya makanan....sedaaaappp

Tu dia hubby  yang hujung sebelah kiri....santainya dia yg sebelah tu pun apa kurangnya hehehee

Gotong-royong cuci pinggan...yang berdiri cekak pinggang tu ketua ehehee

Aikhh sempat lagi posing nun jauh di sana hahahaa
 
Amboiii bukan main seronok dia membuta

Woiii teropong apa tu hahh? huahuahuaa

Gambar-gambar riding ATV
Back to NOW...Aku dan hubby pula, selalunya kalau kitorang ke sini tak ada lain memang beli air kelapa dan jeruk mangga then lepak sekejap tepi pantai. Di sini ramai pengunjung bermain ATV, swimming dan ada juga yang surfing, tak kurang juga yang memancing. Best juga cuci mata tengok orang bermandi-manda dan main surf board tu walaupun ombak tak berapa nak ada (ombak kecil jak) hehehe.

Terdapat juga puluhan gerai jualan di sekitar Pantai Tungku ni. Ada yang menjual pelbagai variasi makanan termasuk kuih muih, makanan ringan dan macam-macam lagi, minuman, jeruk, barang-barang mainan, pakaian dan perkhidmatan sewa ATV. Berbanding dengan pantai-pantai berdekatan yang lain rasanya Pantai Tungku ni memang tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga kerana persekitarannya agak redup dan terdapat juga kemudahan-kemudahan awam seperti tandas dan surau.
 
Perkhidmatan Sewa ATV

 

Nampak tak orang swimming & surfing....tu yang cinonet tu
 
Dalam sebulan confirm ada 2-3 kali kitorang ke sini. Kalau tak lepakpun just drop by beli air kelapa dan jeruk lepas tu pusing seround dua dengan kereta then blah hahaha nampak sangat tak ada aktiviti nak buat kan. Sebenarnya kitorangpun tak tahu nak buat apa lama-lama kat sini lagipun kualiti udara kurang menyenangkan kerana habuk yang disebabkan oleh aktiviti permainan ATV. Tapi baru-baru ni kami ada mencuba permainan ATV tu. Aku pujuk hubby sambil merengek macam baby (konon jak) nak cuba permainan tu. At last hubby surrender dan setuju yeahhh. Rupanya tuan punya ATV tu ex-colleague hubby masa kat Army dulu. Bodek-bodek dapatlah harga special sikit untuk ATV yang ada bendera Brunei macam dalam gambar ni.
 

 
 
Mula-mula tu hubby pun teragak-agak juga, I think hubby pun first time kot main benda alah ni hehehe. Tengoklah keadaan sekeliling berpasir kalau drive laju-laju confirm lencun mandi pasir hahaha. Tak adalah seronok sangat main ATV ni. Aku tengok orang lain bukan main excited lagi sampai terjerit-jerit. Ada yang bawa macam pelesit, yang buat aksi stunt sampai nak terbang ATV tu pun ada. Mungkin sebab dorang bawa laju kot sebab tu adrenalin pun melonjak naik dan nampak macam enjoy sakan tapi hubby relax saja drive pun gemalai bersopan santun ehehee. Mana tidaknya tekan pedal sikit habis pasir berterbangan sampai masuk ke mata. Kaca mata aku pun jadi dual layer dengan habuk.
 
sempat lagi posing sambil mengelak debu pasir

Tu dia hubby pemandu yang berhemat ehehehe

Thank you hubby


Harga sewa ATV ni $10 untuk setengah jam (harga special untuk kitorang). Normal price $15 kalau tak salah. Ada juga yang $10 dan $5 bergantung pada saiz ATV. Begitu juga dengan masa yang ditetapkan. Lebih besar ATV lebih mahal harganya dan lebih panjang masa bermain lebih mahallah sewanya. Dah puas bermain ATV kami membeli minuman dan jeruk sebelum balik. Memang terbaiklah jeruk mangga yang dijual di sini cicahnya da boom pekat, ada rasa belacan sikit, tak terlalu pedas dan yang penting bila makan dengan mangga muda yang masam fuhhhh malatop hilang telinga sekejap hahahaaa maksudnya tu super sedaplah ehehee.
 
Fuhhh sampai 2 plastik aku beli...menggugat iman (tengok gambar ni terliur) huarggghh


Gambar dgn anak buah bawa dia jenjalan di Pantai Tungku ni

Rasanya itu sajalah yang dapat aku kongsikan tentang Pantai Tungku ni. Oh yaa hampir terlupa selain daripada permainan ATV ada juga sekumpulan orang bermain kriket di sini. Mereka ni orang-orang India yang bermastautin dan bekerja di sini. Ada juga yang bermain bola sementelah yang lain berkumpul bersama keluarga mereka, melayan karenah anak-anak, makan-makan atau bbq. Apa pun aktiviti yang dilakukan dan apa jua bangsa, agama atau kerakyatan mereka yang saban hujung minggu ke sini, tujuan mereka semuanya sama, tidak lain tidak bukan hanya untuk meluangkan masa bersama keluarga, beriadah dan berhibur bersama rakan-rakan. Janganlah kita menjadikan perbezaan bangsa, agama dan kerakyatan sebagai satu isu untuk berbalah. Kita semuanya sama manusia ciptaan Allah yang berjiwa, punya hati dan perasaan semuanya layak untuk dihormati seadanya. Seperti kata pepatah: Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah itu Saga, Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa. Bahasa Melambangkan Bangsa......let's be kind to each other and everyone...cheers!!!
 

No comments:

Post a Comment