Sunday, April 12, 2015

ThrowBack: Kimchi'ing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
Kali ni aku nak tulis pasal makan lagi. Tak adalah special sangat tapi disebabkan ini adalah kali pertama aku mencuba makanan Korea jadi rasanya bolehlah diwajibkan untuk ditulis dalam blog aku ni ehehee.
 
Sebenarnya tak ada plan pun nak makan makanan Korea ni (Kimchiíng). Adik ipar aku yang ajak itupun ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (sebelah suami) sebabnya dorang memang pandai makan makanan Korea ni. Aku dan hubby pun setuju join dorang untuk mencuba. Tak kenal maka tak cinta jadi kalau tak mencuba macam mana nak tahu rasanya kan kan kan.
 
Nak tahu lokasi restoran Korea ni boleh klik link ini: KIMCHI RESTAURANT
 
Tak banyak yang dapat aku ceritakan tentang makanan Korea ni sebab sangat tidak menepati citarasa aku. Hubby pun sama. I think this is the first and the last huhuuu bukanlah memilih sangat tapi mungkin tekak kami ni tak dapat menerima makanan Korea. Buat masa ini memang kami tak akan datang kembali ke restoran ini tapi tak tahulah pula di masa-masa hadapan. Macam makanan Jepun dulu-dulu kami tak suka juga tapi last-last kami jadi addicted. Some of the menus really captured our appetite, oh no suddenly craving for sushi oh nooooo ngeehhh!!!
 
Inilah makanan yang aku makan waktu tu....Chicken Bulgogi Ricebox
 
The only thing I like in this menu is the spinach, nampak tu yang sayur warna hijau haa itulah sayur bayam. Rasanya boleh tahan sedap macam sayur jeruk. Yang lain-lain tu memang tak masuk tekak tapi disebabkan lapar aku bedal juga sampai habis hahahaa. Hubby pula mencuba menu kuey tiaw goreng, ada nama Korea makanan ni tapi tak ingat. Yang penting dalam bahasa Korea.

Ni dia kuey tiaw sea food tapi ala Korean style
Selain makanan ini, kami juga mencuba bbq daging, sampai 2 jenis perapan kami ambil. Harganya fuhhh malatop mahal sungguh dah tu cebisan dagingnya sangat sedikit dan nipis yang amat hmmmm kalau ikutkan logik memang tak berbaloi. Tapi kenalah redha dan bersyukur itukan rezeki dan habis juga kami bedal hahahaa.

Inilah BBQ daging yang kami order tu
Antara menu yang diorder
OKlah jom cuci mata, tengok gambar-gambar kitorang ni:






Tengok tu berselera dorang makankan
Sejujurnya aku mengaku bahawa aku tidak menyukai makanan Korea (not my taste). Jadi dapatlah disimpulkan bahawa tidak akan ada lagi lain kali untuk makan di restoran ini. Maafkan aku, I'm sorry, joesonghamnida.....

No comments:

Post a Comment