Friday, March 31, 2017

Cuti-Cuti Brunei Family

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Yaiii we went for  a holiday again from 16/03/2017 until 21/03/2017. This time where??? alaaa balik kampung jak pun di Kota Kinabalu Sabah hahaha. Actually balik ni sebab nak attend my niece wedding. Kebetulan pula time ni cuti sekolah dan family (hubby side) turun KK juga so sambil holiday dengan dorang. Nak kami jadi 'tour guide' katanya hehehe. Planning nak bawa dorang ni jenjalan ke Rumah Terbalik Borneo, Pusat Rekreasi Tagal Poturidong Kiulu dan Cowboy Town Tuaran selain shopping dan makan-makan. As you know KK ni memang syurga untuk kaki shopping dan kaki makan especially the seafood yang jauh lebih murah berbanding di Brunei. Hmmm murah sebab duit Brunei nilainya tinggi; masa kitorang cuti-cuti KK tu exchange rate is 3.145 wowww!!! tinggi tu. Aku malas nak splitkan entry temat-tempat yang kami lawati so I just combine everything in this entry yaa jangan pula you all pening or mual membacanya cos very the panjang; but don't worry I try to simplify as simple as possible.

This time kami menginap di Likas Apartment Hotel juga (same as our previous holiday baca di link INI ). Since kali ni considered as a group vacation, awal-awal lagi kami dah settlekan booking hotel (done by hubby's cousin's wife); 3 apartment dan 2 bilik standard. For us kami share 1 apartment 3 bilik dengan pakcik & makcik hubby, seorang RM165 (B$53) untuk 4 malam sangat murahkan dan dapat jimat duit hehehe. All and all kami semua ada 24 orang termasuk baby Kahfi. Cuma kami 3 beranak bertolak balik lebih awal pada 16 Mac kerana perlu menghadiri majlis pernikahan anak buahku pada 17 Mac. Manakala family hubby yang lain gerak pada 17hb. Nak tahu cerita tentang majlis perkahwinan anak buahku??? OK boleh....but I think I better write about it in a separate entry....nantikan yaa...tungguuuuu...

Usai majlis pernikahan anak buahku pada 17hb tu kami terus join my hubby's family di hotel (dorang dah check-in awal). Program pertama bersama mereka ialah makan malam di Puteri Kitchen Alam Mesra. Restoran ni terletak di seberang 1Borneo HyperMall. Famous restoran ni viral dengan shell out nya di FB (especially amongst Bruneian). So tak afdal kalau tak mencuba makan sini ngeehhh! Boleh tahan juga rasa masakannya. Kami 3 beranak mengambil set hidangan untuk 2-3 orang dengan harga RM40. Harga ini sudah termasuk nasi dan minuman. Memang boleh dikategorikan murah. Portion pun agak banyak lebih dari cukup untuk 2 orang dewasa. Baby Kahfi pula makan nasi dengan sup ayam.  

With hubby's family (Bruneian)

With hubby's cousin's wife and aunty (babu)


Sabtu 18/03/2017 adalah hari persandingan anak buahku. Keluarga dari Brunei ni pun turut datang memeriahkan majlis but as I said I will write about it in a separate entry so tungguuuuu........

Pada hari Minggu 19/03/2017 adalah acara bebas, ada yang ke Tamu KK dan ada yang ke Mall juga Pasar Filipina. Kami 3 beranak ke Wisma Merdeka tapi later after that join the family di Centre Point, lunch di sana sebelum balik ke hotel berehat. Kami ni susah sikit nak berjalan di kawasan luar cos ada anak kecil. Lagipun baby Kahfi ada eczema tak boleh kena panas yang melampau. Sebelah malam pula kami dinner di kawasan Pasar Malam, makan seafood yang fresh....nyum nyummm sedaaaap sehingga menjilat jari. Betapa sedapnya makan di sini sampaikan kami repeat makan lagi the next day ahahahaa.

Di Wisma Merdeka...hubby reflexology

bumped into them...hubby's aunties & cousin
Thanks hubby belikan Pandora yang cute ni...me like it so much (senyum sampai ke telinga)

Di Centre Point.....JJCM
Food Court CP

Amboi semangatnya makan nasi...diet mana? mana? mana?

Yang dibawah ni gambar-gambar dinner di Pasar Malam KK, gerai Seri 3 Rasa. Seronok makan di sini kerana pilihan sea food yang pelbagai dan segar. Masakannya juga sangat-sangat sedap (highly recommended) dan hargapun murah; apa lagi bagi orang-orang Brunei kerana menggunakan tukaran wang yang tinggi lebih 3 kali ganda. Itu yang boleh repeat sampai 2 kali makan sini. Kata makcik hubby kalau masih lama di KK dia nak repeat lagi for the third or fouth time and so on hahaha.



  



Baby Kahfi mengusut nasib baik ada jual mainan barulah dia calm down sikit

Happy dapat mainan baru



Semua sedap....cukup puas hati


Udang Galah Dry Chilli

lobster....tak pasti masak apa ni (not our menu)

Kangkung belacan.....extremely recommended sedap sangat2

Kerapu 3 rasa

Ikan Bakar

Our destination on Monday 20/03/2017 adalah Rumah Terbalik Borneo, Tagal Poturidong dan Cowboy Town Tuaran. Ketiga-tiga tempat ni kami sampai tapi yang Cowboy Town ni cuma kami 3 beranak yang pergi. The familia tak jadi pergi cos masing-masing nak shopping lagi (belum settle shopping). Sebelum bertolak, kami berkumpul dahulu di lobi hotel selepas sarapan.




Rumah Terbalik Borneo ni; aku dan hubby dah pernah ke sini pada tahun 2013 (baca ceritanya di Link INI). So ini kali ke2 pergi tetapi kali ni dengan si baby Kahfi. Dulu cuma ada rumah terbalik tetapi sekarang dah ada Muzium 3D. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Bayaran Masuk Rumah Terbalik (Entrance Fee)
MyCard (Malaysia) = RM10.60
Pelancong Asing = RM19.10
Kanak-Kanak (4 - 12 Tahun) = RM5.30
Kanak-Kanak dibawah 4 Tahun = Percuma

Bayaran Masuk Muzium 3D (Entrance Fee)
MyCard (Malaysia) = RM24.40
Pelancong Asing = RM35.00
Kanak-Kanak (4 - 12 Tahun) = RM15.90
Kanak-Kanak dibawah 4 Tahun = Percuma

Ada juga Pakej Combo yang boleh masuk kedua-dua tempat ni (Rumah Terbalik dan Muzium 3D). Untuk Malaysian RM31.80 dan untuk pelancong asing RM47.70.

The Ladies

The Gentlemen





 

Seterusnya Tagal Poturidong Kiulu. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM5 dan kanak-kanak RM3. Manakala untuk makanan ikan ada dijual mengikut saiz RM2, RM5 dan RM10. Kemudahan asas seperti tandas ada disediakan. Selain itu boleh juga mengadakan aktiviti camping dan BBQ. Tetapi ikan-ikan yang terdapat di sungai ini tidak 'mengurut' seperti di Tagal Luanti Ranau. Cuma ikan-ikannya sangat jinak dan tidak akan beralih ke tempat lain bila didekati.


Yang ni aku geli dan nak lari keluar dari sungai khakhakhaaa

Sila abaikan lemak2 aku yang sedang giat membiak hahahaha

Dari Tagal Poturidong ni, kami singgah di Indah Permai untuk lunch di Brunei Satay House. Restoran ni favourite encik suami sebab sate nya sedap especially sate kambing tapi tak ada rezeki cos hari tu tak ada sate kambing.


Aku yang telah mengkhianati dietku...hahahahaa (soto daging + urat dan ABC) nyum nyummm

Teh Tarik Ping si hubby

Sate daging & sate ayam
Seterusnya Cowboy Town; but only 3 of US. Untuk masuk di CT ni tak ada bayaran dikenakan tetapi kalau nak menunggang kuda bayarannya RM15 seorang, membeli rumput untuk memberi makan kuda RM2 dan menaiki kereta kuda mengelilingi sekitar kawasan dan ke pantai dikenakan caj RM25 seorang. Namun satu kereta kuda hendaklah dinaiki 6 orang. Kalau tak cukup 6 orang maka tunggulah sehingga ada orang lain yang nak naik kereta kuda tu....tunggulah sampai berjanggut hahahaa (kes geram sebab kami nak naik tapi time tu tak cukup 6 orang so tak dapat naik kereta kuda) benci I tau!!!


Berani baby Kahfi pegang kuda ni. Ada video juga aku sempat rakam. Boleh tengok di IG at below link:

https://www.instagram.com/p/BR2tnKiBOKKq6zVdN-Hg6fNs-FieUwN8R0V8P40/?taken-by=krisyayusmira&hl=en











Malamnya pula, kami repeat lagi makan di Pasar Malam KK join group babu (makcik) hubby yang nak cuba makan di sini cos yang hari tu dorang tak ikut sekali. Cukup puas hati makan di gerai ni, sedap dan murah berbanding gerai pertama yang kami cuba dulu waktu cuti-cuti KK awal tahun 2017.


Coconut shake pun ada....not bad sedap


Keesokan harinya adalah aktiviti bebas sebelum check-out dan bertolak balik ke Brunei. Ada yang swimming dan ada juga yang keluar awal menyambung shopping. Kami 3 beranak bersiap awal kerana hendak ke Wisma Merdeka mengambil gelang tangan dan rantai yang kuhantar untuk repair, dah janji nak ambil jam 11 pagi. Sebenarnya taukeh kedai emas tu janji siap hari Isnin jam 3 petang tapi kami ke sana hari Isnin tu dia kata tak siap lagi....janji k***** betullah! Sebelum tu kami siap-siap packing dan hantar barang ke kereta then sarapan di cafƩ lobi hotel. Seronok betul baby Kahfi makan mee goreng favourite dia tu macam-macam style dia makan hahaha.














Semasa kami di Wisma tu terserempak dengan pakcik, makcik dan sepupu hubby; rupa-rupanya dorangpun ke Wisma juga. Hubby sempat lagi reflexology sementara menunggu kedai emas tu buka. Sampai 3 kali repeat reflexology sepanjang berada di KK.


Baby Kahfi dengan Ekin (anak sepupu hubby)

Nah dia dah berkenan lah tu hehehe

Tu dia sampai 2 kali repeat reflexology di sini

Daripada Wisma ni kami sepakat bertolak balik ke Brunei berjanji dengan geng-geng yang lain menunggu di tepi jalan Kinarut untuk konvoi ramai-ramai. Jam pun dah melepasi waktu tengahari. And that's the end of our Cuti-Cuti KK. Alhamdulillah kami semua selamat crossed the border dan sampai di Brunei sekitar 9 Malam.

Dalam kereta....OTW balik Brunei


Amboi santainya dia...good boy anak mama


No comments:

Post a Comment