Sunday, March 5, 2017

HFMD...Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Aku nak tulis pasal penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ni cos my baby got infected this disease recently. Poor my baby Kahfi lepas satu...satu; malar sakit-sakit. Kalau bukan demam, selesma kalau bukan selesma, demam. Mana lagi dengan ekzemanya habis gatal-gatal satu badan, tiap hari tak selesa. Tidur malam tak lena. Hati ibu mana yang tak sedih melihat keadaan anak macam ni tapi apakan daya ini sudah bahagian kami. Aku tetap bersyukur walaupun setiap hari berdepan dengan masalah kesihatan anak namun sekurang-kurangnya aku memiliki zuriat (ini anugerah). Aku kuatkan hati dan semangat untuk menjaga dan meneruskan rutin hari-hari kami laki bini, anak beranak. Memang bukan mudah, fikiran selalu kacau, susah hati, risau, tidur tak lena dan macam-macam perasaan. Kadang-kadang tekanan, stress yang berlebihan sampai aku jadi marah-marah dan moody. Astaghfirullahalazim!!! tak mampu melawan emosi dan tak sanggup bertahan dengan keadaan especially bila aku rasa sangat-sangat penat dan tak sihat. Memaksa badan kita untuk bergerak dan bekerja lebih dari biasa memang akan mengundang konflik dalaman. Allahuakbar semoga aku terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui fasa kehidupan yang mencabar ini.

FYI, penyakit HFMD adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit atau virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung (nauzubillahminzalikh minta dijauhkan Allah).

At first aku fikir baby Kahfi cuma demam biasa. Days before we discovered the rashes on some parts of his body I noticed baby Kahfi asyik main air liur dan air liurnya meleleh-leleh all the time. Mulanya ingatkan ada gigi baru nak keluar. Then 24 Febuari tu time ambil dari Day Care aku perasan suhu badannya agak panas dan dia tak begitu ceria nampak lemah. Tak macam selalu bila nampak aku dan babahnya dia akan melonjak-lonjak gembira minta dukung. Balik rumah start malam tu panasnya melonjak naik then aku bagi Panadol (syrup). Malam tu juga dah ada rashes sekitar punggung (ingatkan ruam lampin). Aku membebel-bebel salahkan Day Care sebab dah selalu sangat ruam teruk di bahagian tu (I bet dorang selalu lambat tukar pampers) cos bila aku yang jaga di rumah tak ada pula timbul ruam. Hmmmm....nak marah salah tak marahpun salah; sebenarnya memang ada rasa nak tegur penjaga di Day Care tu tapi my hubby said sabar saja takut nanti kalau ditegur dorang lagi tak pedulikan baby...hmmm betul juga cakap hubby tu. So....kes ruam ni memang tak usah cakap on off on off since hantar baby ke sana.

The next day hubby yang notice rashes dah timbul di tapak kaki dan tangan baby. And dia pun dah start tak mahu menyusu dan makan. Di bibir dan dalam mulutpun ada bintik-bintik kecil. Kasihannya baby mesti dia rasa sakit menelan. Bila aku bagi susu atau makanan dia memang nak makan tapi bila dah masuk mulut dia keluarkan balik dan merengek-rengek. Itu tandanya dia tak selesa dan rasa sakit. Ya Allah kalau boleh biarlah aku saja yang sakit. Tak sanggup rasanya melihat anak dalam keadaan macam tu. Mulalah aku rasa down dan cepat panic. Sayu betul rasa di hati ini airmata aku pun nak menitis keluar. Dah lah aku ni memang jenis mudah menangis. Hubby pula memang tak suka kalau aku "weak" macam tu. Tapi nak buat macam mana aku memang begitu; that's me please accept me as what I am...so vulnerable jiwa rapuh hmmm yeah that's me!






And so kamipun bawa baby ke klinik. Not much information from Doctor dia just bagi ubat Panadol dan calamine lotion; suruh kuarantin dalam rumah dan review lepas 4 hari. Jadi I have to baby sit him at home for at least a week cos tak boleh hantar ke Day Care. Aku ni dah lah tak ada cuti tahunan dan cuti sakit, both dah fully utilized cos baby kerap sakit dan dah 2 kali warded. Nasib baiklah my boss consider my situation dan bagi permission to work from home, Alhamdulillah thank you so much boss.

Dipendekkan cerita kakak iparku Kak Mia memberikan petua untuk memandikan baby dengan air rebusan daun peria. Katanya anak buahku di kampungpun pernah terkena HFMD ni dan ubat yang diberikan hospital tidak serasi padanya. Tetapi selepas memandikan air rebusan daun peria anak buah tu sembuh dengan cepat. Luckily ada jual daun peria ni di Pasar Selayun. Hari pertama aku mandikan baby panas badannya berkurangan dan keesokan harinya tidak naik panas lagi. Walaupun dimandikan dengan air peria tu, aku still bagi Panadol setiap 4-6 jam untuk membantu menurunkan suhu badan. Hari kedua tu aku perasan bintik-bintik di punggung baby sudah kering dan ada yang telah hilang. Aku memandikan baby sebanyak 3 kali menggunakan air rebusan daun peria tu. Errr btw kalau merebus daun peria tu kena rebus sekali dengan batangnya tau (macam dalam gambar ni).



Alhamdulillah memang berkesan. Selepas 3 kali mandikan baby dengan air ni bintik-bintikpun semakin hilang tanpa kesan parut. Selain tu, aku pun ada sapukan krim H-Cort untuk melegakan gatal-gatal dan sebagai ubat sapuan untuk menghilangkan kesan hitam. Terima kasih lah pada my BFF Ms. Eyna yang memberikan ubat krim ni; highly recommended. Hospital ada bagi lotion Calamine. Pada awalnya aku ada juga sapukan lotion ni tapi macam tak sesuai dengan baby. Sambil-sambil tu babypun ambil supplement TF 4life untuk meningkatkan immune system dan antibody. Yang ini pun my BFF yang rekomenkan; thank you again dear. Oh yaa hampir terlupa aku juga gunakan madu kelulut sapukan sedikit dalam mulut baby. Begitu juga dengan larutan air garam untuk membersihkan sekitar mulut baby as advised by doctor. Sebenarnya air garam ni untuk kumur-kumur tapi since baby belum pandai berkumur aku just lap sekitar mulutnya. Madu dan larutan air garam ni pun agak berkesan.



1 Mac 2017 baby review hospital. Alhamdulillah doctor said his progress is very fast and good; the rashes seem gone just ada sikit di bahagian kaki. Tapi doctor still suruh kuarantin sampai 4 Mac. He is only allowed to be sent to Day Care on Monday 6th March. Alhamdulillah syukur the rashes is completely vanished on weekends. Hopefully it won't come back "tuk tuk tuk"(touch wood). Pagi ni dah start hantar baby ke Day Care. Rupanya baby terjangkit dari Day Care cos ada staff bagitahu yang ada kes HFMD di sana dan mereka tutup selama 3 hari untuk kerja-kerja pembersihan. I hope lepas ni they will be more alert on cleanliness and hygiene. Mudah-mudahan baby Kahfi dan semuanya baik-baik saja Aamiin.

BTW, langkah-langkah untuk mencegah penularan penyakit HFMD ni antaranya adalah memastikan kebersihan diri dan persekitaran kerana ia mudah berjangkit terutama di tempat yang sesak dan mutu kebersihannya rendah. Selain itu biasanya pesakit akan diarahkan untuk kuarantin di rumah selama seminggu atau lebih bagi mengelakkan penyakit merebak.
  
  



No comments:

Post a Comment