Wednesday, March 8, 2017

Situ Sana Sini...With my BFF

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Entry ni pasal my BFF Ms. Eyna yang datang bercuti ke Brunei baru-baru ni. She is currently staying in KL. To be honest aku ni jenis yang tak ramai kawan, sangat pendiam dan tak suka bersosial. Kadang-kadang aku rasa macam 'katak dibawah tempurung' pun ada hahahaa; well bukanlah aku nak bangga dengan sifat yang "so called 'anti social' ni" tapi pendapat aku ada baiknya juga (at least for me). Biarlah apa orang nak kata terpulang pada judgement masing-masing....nak kata aku anti social, nak kata aku sombong nak kata aku tak pandai bergaul, nak kata aku apa-apalah suka hati korang yang penting korang bahagia...boleh??? ok??? hahahaa.....tapi sebenarnya bagi yang betul-betul mengenali aku...I am really a friendly person. I can tag along with you no matter what as long as you know your boundaries. Asal jangan melebihi batas...apa-apa batasanlah batas-batas pergaulan, batas-batas pakaian, batas-batas percakapan, batas-batas pandangan atau batas untuk tanam sayur tu pun boleh huahuahua....emmm just kidding! Tapi memang betul aku ni jenis yang mudah dibuat kawan sebenarnya kalau kena pada tempatnya. Tapi orang-orang sekeliling yang mudah salah faham tentang sikap aku...tak apalah let them be...or let it be...or just let it go ngeehhh hehehehe.

My BFF ni... I adore her so much cos dia sentiasa happy go lucky, sentiasa dengan energy positif dan sentiasa dengan aura cantik, aura seksi. Yang paling penting persamaan kami berdua ialah KUAT MAKAN. Tapi yang tak bestnya aku makin lama makin berisi, makin kembang, makin gendut, makin gemuk sedangkan my BFF ni tetap maintain seksi dan macam anak dara walaupun sekarang dah anak satu. And kisahnya kami sama-sama ibu beranak satu....dari single mingle sampailah kahwin dan beranak fuhhh panjang ceritanya macam novel macam telenovela tapi jauh beza dengan drama bersiri Korea tak adalah sweet sangatpun hohoho. Jangan kecam aku...drama Melayu kan memang macam ni typical tapi kisah kamipun tak kurang hebatnya; kalau difilemkan agak-agak boleh kot menang anugerah khakhakhaaa.

Masih segar dalam ingatan few years back sebelum kami jadi bini orang dan jadi mak budak ni...dialah my partner in crime, geng vacuum (tukang habiskan makanan), geng escape kerja (mengulat, mengular, mencacing hahahaa lepak di kedai makan mengantam roti canai adoooiii buruk perangai), geng karaoke (sampai pecah speaker), geng mengetuk (pengalaman yang tragis dan sadis....hmmm biarlah rahsia hahaha), geng lumba haram (what???) bukan lumba haram betul2 lah acah-acah lumba atas jalan jak (hmmm klu fikir balik menyesal pula buang tebiat 'belaju' atas jalan raya tu nasib baiklah tak ada kemalangan, umur panjang Alhamdulillah) teringat kereta kena himpit oleh dua buah kereta lain yang 'bengang' dengan kami all the way from KB to Bandar. Tapi bila tengok kami perempuan2 cantik dalam kereta terus cool down dorang yang menghimpit kereta kami tu hahahaaa (dasar lelaki tak boleh tengok dahi licin???) huhuuuu perasan cantik??? Uhh I missed the Good Old Days with her bangun tengah malam masak indomie, jadi spy (ada bakat jadi Mata-Mata/CID) hahahaa. Macam-macam kes, macam-macam ragam, macam-macam suka duka, cerita lucu....she is the only true friend who understands me well. With her...I always feel myself...jadi diri aku sendiri.

Wahhh panjangnya intro....actually nak cerita pasal percutian my BFF ni. Lama betul kami tak jumpa I think ada 2/3 tahun macam tu since she got married sampailah jumpa baru-baru ni both of us dah ada anak satu. Tak jauh beza umur anak kami, mine 1 year 2 months hers is 1 year. Mine is boy hers is girl...abang dan adik. Lama juga my BFF ni bercuti almost a month so we did spent a few quality times together termasuk makan-makan di rumah kakaknya (her sister married to Bruneian; same as me) dan sing along (karaoke), bawa anak-anak bermain and she celebrated her daughter's 1st birthday here in Brunei. Sadly aku tak dapat datang meraikan cos kebetulan my baby boy kena HFMD....so sad. BTW aku just combine all the activities we went through sepanjang percutian my BFF ni in this entry; so this will be a bit long dan meleret-leret with tonnes of pictures....well you know...aku ni memang kaki bergambar hehehe.

17/02/2017 - Our date yang pertama adalah Makan Malam at our favourite place, Bob Ume Kitchen di Taman Selera Bandar. Dulu time bujang di sinilah tempat kami selalu nongkrong makan-makan. The food are all fresh sea food dan chefnya memang tip top especially Mango Fish dan Masakan Sambalnya; and my favourite Kangkung Belacan. Can you imagine dah jadi mama-mama ni we still havoc, bising (hingar@berisik kata orang Brunei) makan sambil menceceh dan paling tak boleh buang tabiat gila bergambar ni hahahaa. Habis riuh satu kedai dibuatnya. Nasiblah anak-anak masih kecil kalau dah umur 4-5 tahun agaknya habis tunggang langgang kerusi meja khakhakhaaa (cos yang mak-mak ni sibuk bergambar).

Baby Kahfi tidurlah pula



Ohh baby Zahraa kenapakah?








 

Kangkung belacan tapi lain macam sikit...hmmm dah tukar chefkah???

Kailan ikan masin....pun lain macam hahaha

Kerang sambal....dah tak macam dulu2; hubby said "nada rasa"

Mango fish...sedap tapi ikan overcooked goreng lama sangat agaknya

Butter Prawn....yummy

Ayam Masak Merah....salty a bit

Telur dadar

Sotong Goreng Tepung....the winner of the night (sangat2 sedap)

Alhamdulillah overloaded kenyang sangat-sangat. Best makan tempat ni sedap walaupun ada beberapa menu yang tak macam dulu lagi. Maybe chefnya dah tukar orang lain kot.

wrap up!

*************************************************************************************************************************************

Then the next day, 18/02/2017 - Kami membawa our babies ke KiddieLand The Mall. Tapi sebelum tu sempat lagi pekena roti canai di C.A Mohamad Gadong (inipun port kami dulu-dulu juga) hehehe. Look at these pictures of US having fun with the babies. Nampak gaya kami pula (mama2) ni yang OVER hahaha.

On the way
Sarapan dulu @ CA Mohamad Restaurant




Hahaha tengoklah mama-mama yang super excited ni




mommies playing together


Kali ni baby Kahfi Berjaya naik sampai ke atas...yeahh bravo my boy



 

Look at this video how excited the mommies are LOL.


Yang ni pula video baby talk dan video babies ni main bouncing (trampoline). Ok the video cannot be uploaded due to over size....baiklah so I just share the link from my IG here (tapi video dah tak full cuma 60 seconds).

https://www.instagram.com/p/BQsofAfByM_soS8DO2xjRRTe5ZQm4vSiKz9HcY0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en

https://www.instagram.com/p/BQsnsIyh6M_rxnrWsquG7ZVDqgpfwg-WIX7Kus0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en


Kesian tertidur kepenatan main

Wrap Up!


Dari Mall, kami makan tengahari di Restoran Tindulang Mulaut pekena ayam penyet. Sambal dia memang sedap marvellous, boleh request dua jenis sambal pedas dan biasa. Aku pula yang sedang berdiet Atkins ni telah mengkhianati dietku dengan makan nasi huaarggghhh tak mampu den nak resist the temptation, lillah memang sedap ayam penyet di sini lebih-lebih lagi time lapar cos kepenatan mak budak ni pun ikut bermain sakan ahahaha.




Buttermilk Prawn
 

Ayam Penyet Tindulang

 *************************************************************************************************************************************

Kemudian pada 23/02/2017 (FYI hari ni cuti umum sempena Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke 33 Tahun) adalah acara makan-makan, karaoke dan lepak di rumah kakak my BFF ni. Fuhhh dah bertahun aku rindukan masakannya dan dah bertahun juga aku tak menyanyi. Dulu-dulu di zaman kegemilangan, aku ni lah ratu karaoke ahaakkks!! walaupun pitching ke laut tapi setakat menyanyi 2-3 jam non-stop tak ada hal nya weeikksss kalau aku ada confirm orang lain susah nak dapat mikrofon ngeeeheehee.


Orang kemaruk menyanyi dah bertahun-tahun tak karaoke hahaha






Tadhaaaa makan time (lapar pula lepas balun karaoke sampai 3 kali tukar CD lagu) orang balas dendam lama tak menyanyi hahahaa pitchingpun caca marba suara sarut ngeekkk ada ku kisah? ahahaaa.  Thanks for having us dear BFF dan masak makanan yang sedap-sedap ni. Aku sampai 2 kali tambah nasi, means makan nasi 3 pinggan OMG hahahaa ya Allah Ya Ampun Yaaaaaa Yaaaa Yaaaaa dietku ke laut lagi untuk kesekian kalinya.

Butter prawn...yummilicious

Ikan goreng

Sawi tumis

Peria tumis telur....favourite ni sedaaaaap

Sambal Sardin

cicah air asam

Sambal lada belacan masak


nyum nyum sedapnya

*************************************************************************************************************************************
28/02/2017 - Happy birthday baby Zahraa. Feel a bit sad cos tak dapat datang birthday party Zahraa due to baby Kahfi yang tak sihat. Hanya doa dan hadiah harijadi dikirimkan. Semoga baby Zahraa membesar dengan sihat, panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang solehah, bijak, taat dan berbakti pada ibu bapa Aamiin.

Comelnya Zahraa....Happy Birthday baby

wahhh pandai buat expression surprised!

Like Mother Like Daughter

Gift for baby Zahraa from Aunty Ain, Uncle Yus & Abg Kahfi

Sesi buka hadiah?

And finally hari untuk berpisah 4/03/2017 menghantar my BFF ni ke Airport. Uhhh sedihlah pula lepas ni tak tahu bila dapat jumpa lagi. Entah-entah bila anak kami dah besar atau bila dorang dapat adik baru yaiiii I want Aamiin mudahan ada rezeki both of us darl Eyna. Macam tak percayakan both of us dah jadi ibu. Feel like dreaming. Kehidupan kami betul-betul berubah 360 darjah especially my BFF ni. At first masa awal jumpa balik tu terkejut juga aku cos she really changed a lot. Kalau dulu agak 'boyish' sekarang lebih feminine dan terserlah sifat keibuannya. Mukapun berseri-seri especially bila dengan anak. Memang betul anak ni is a MIRACLE mampu mengubah seorang wanita sekelip mata. Sekarang ni apa-apa hal pun dahulukan anak dulu no more 'ME' as a priority. Anyway bye bye my BFF darling Eyna and bye bye si comel si cute si cantik Zahraa; see you both again soon love yaa!








Aikhhh berjanji ke ni baju sama warna lah...ehem ehemmm
















*************************************************************************************************************************************

No comments:

Post a Comment