Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Nak story sikit pasal cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni (28/01/2017). Mulanya planning nak ke Miri, Sarawak tetapi dibatalkan kerana baby masih kurang sihat (still diarrhea). Lagipun confirm panjang queue cos ramai yang pulang kampung plus the Bruneian yang turun bercuti ke sana. Dengar cerita panjang queue hampir 8km huhuuuu. Ada juga terlintas dihati to cross the border through the ocean; nak ke Labuan katanya tapi takut pula baby mabuk laut plus mamanya ni pun jenis yang mabuk laut juga hmmm masalah dunia kan??? At last, kitorang decided cuti-cuti dalam negara saja hehehe.
So pagi 1st day CNY tu kitorang bangun awal bersiap-siap. Nak tau ke mana??? Hmm bukannya tempat special sangatpun pergi pantai jak ahahahaa. For me and hubby memanglah tak special tapi for baby Kahfi definitely special for him cos ini pertama kali dia akan pijak pasir dan air laut. Kami ke Pantai Muara. Agak jauh pantai ni dari rumah. Perjalanan lebih kurang 30 ke 40 minit. Masa kami sampai di sana dah ramai orang. Pondok-pondok sekitarpun sudah penuh. Matahari pula dah meninggi; agak panas tetapi kami dapat tempat yang redup. Kami menghamparkan tikar di bawah pokok dan duduk bersantai sambal menikmati sarapan. Since this is last minute plan, kami just beli makanan dari gerai jualan di Kg Selayun. Sedap juga mee goreng, nasi lemak dan kuih muih termasuk minuman panas nescafe dan teh tarik.
Ini FIRST TIME baby Kahfi pijak pasir...and you know what??? dia geli hahahaa. So funny boleh pula dia jerit-jerit dan nak menangis. Tak percaya tengok gambar dan video ni hehehe.
Tapi yang peliknya pasir basah tepi pantai yang kena air laut tu mahu pula dia pijak sambil senyum ketawa 'iski' (seronok). Oleh kerana video tak dapat direct upload di sini, aku share link dari Ig saja yaa.
Yang tak bestnya dia nak makan pasir tu. Konon-konon aku nak biar dia main pasir sekali terus dia masukkan dalam mulut aduiii anakku itu bukan makanan sayang. Hubby dah muka merah (marah sedikit) sebab aku biarkan baby pegang pasir. Aku ni pun lurus bendul sangat tak terfikir pula baby nak makan benda alah tu (first time mom cetek pengetahuan huhuhuu) jangan marah haaa-------> ditujukan untuk diri sendiri hehehe. Cepat-cepat aku tepis tangan baby, lap mulut dan tangannya dan terus angkat dia daripada pasir tepi pantai tu. Jenuhlah juga aku bersihkan pasir-pasir yang melekat di seluar dan bajunya tapi tak ada halpun terus ganti seluar baby yang basah dan lencun dengan pasir. Lepas tu babah dia lah yang dukung, bagi makan, sorong baby dengan kereta dan bawa dia bermain.
Suka sangat makan tembikai |
Sempat juga bergambar dengan baby dan bermain-main dengan dia. I can't believe he is 1 year old already; cepatnya masa berlalu. This boy is really precious to us. Not only he is a miracle to us but more than that he is our strength to move on and feel blessed to be alive. Dialah satu-satunya harta yang paling berharga di dunia ini buat kami (feel so touched) huarggghhh (emosi sekejap).
Ohhhhoiii dah ngantuk anak bujang mama ni |
Aku tiba-tiba pula pening macam nak pitam. Orang jarang kena panas dan jarang bermain di pantai kena panas sikit terus sakit kepala hmmm 'puteri lilin' sangat baru kena panas sikit dah longlai ahakksss! So aku baring rehatkan kepala dan badan sekejap sementara hubby dan baby bonding time together. Main baik-baik yaa my boyfriends!; Love you both to the moon and back Muahhhh!!! Aku...pening-peningpun sempat juga snap gambar-gambar father and son ni.
Hahahaa ni pose kepanasan |
Last but not least I share again below link from my Ig....ini video gambar-gambar dipantai yang dihimpun dalam satu video using apps (PhotoGrid) . Orang baru belajar guna apps ni jadi agak jakun sedikit hahaha.
No comments:
Post a Comment