Tuesday, October 11, 2016

Resipi Sup Jagung (Corn Soup)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Di sini aku nak share resipi Sup Jagung yang aku buat sendiri. Aku dapat ilham resipi ni sewaktu Raya AidilFitri yang lalu tiba-tiba sahaja idea muncul dan last minute aku masak sup jagung. Then baru-baru ni Doa Selamat pun buat lagi hehehe.


RESIPI SUP JAGUNG (CORN SOUP)

BAHAN-BAHAN
1. 4 tin jagung (biji)
2. 2 tin jagung (hancur)
3. 4 kotak isi ketam - dipotong bulat atau memanjang
4. Sedikit isi ayam - dihiris nipis dan dipotong dadu
5. Sedikit lobak merah - dihiris nipis dan dipotong dadu 
5. Sedikit lada hitam - ditumbuk hancur
6. 4 ketul kiub ayam
7. 1 biji bawang merah besar - dihiris nipis dan dicincang halus
8. Sedikit kanji/tepung jagung
9. 8 biji telur
10. Serbuk perasa (garam dan gula)

OPTIONAL
1. Sos tiram - jika suka 
2. Lada sulah - jika suka
3. Daun sup/daun bawang - jika suka

(Bahan-bahan diatas adalah seperiuk besar - cukup untuk 60 orang makan)

CARA MEMASAK

1. Panaskan periuk tumiskan bawang besar yang dicincang halus
2. Tambahkan lada hitam yang ditumbuk hancur tadi
3. Masukkan isi ayam dan masak sebentar
4. Tambahkan air sehingga separuh daripada periuk dan biarkan mendidih
5. Masukkan kiub ayam
6. Masukkan jagung biji dan jagung hancur....kacau rata
7. Masukkan lobak merah
8. Biarkan mendidih dan tambah air lagi sehingga hampir memenuhi periuk
9. Masukkan isi ketam dan kacau rata
10. Perasakan dengan garam dan gula
11. Kecilkan api; adukkan 8 biji telur tadi dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau
12. Bancuh sedikit kanji/tepung jagung dengan air dan masukkan untuk memekatkan kuah
13. Reneh sebentar sehinga sebati
14. Tutup api dan sedia untuk dihidang 


Untuk bahan-bahan OPTIONAL:

Sos tiram dan lada sulah boleh ditambah selepas memasukkan ayam manakala daun sup/daun bawang bolehlah ditabur ketika menghidang.

Aku lebih suka tanpa bahan-bahan optional tu eheheee. Kalau nak ada rasa pedas boleh simpan lada hitam tu banyak-banyak ataupun tambah serbuk cili tapi nanti budak-budak susah nak makan. Kalau nak meriah lagi boleh juga tambah sosej (potong kecil-kecil) dan kalau yang kreatif tu boleh tambah apa-apa herba yang difikirkan sesuai. Aku rasa kalau simpan sedikit seledri pun (sikit saja jangan banyak2) sedap juga ni hehehe.

tadhaaaa....corn soup is ready


No comments:

Post a Comment