Wednesday, May 20, 2015

Pindah Rumah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
1 Mei 2015 yang lalu, aku dan hubby start tinggal menyewa. Sebelum ni kitorang tinggal dengan mertua. Kitorang suka dan happy tinggal bersama mertua tetapi kitorang rasa dah sampai masanya kitorang berdikari. Lagipun keluargaku dari KK, emak dan adik beradikku nak datang kononnya nak beraya di Brunei tahun ni. Mudah-mudahan umur panjang, ada rezeki untuk berkumpul bersama-sama keluarga. Sebenarnya tahun ni giliran kitorang beraya di Brunei. Jadi kalau keluarga dari KK datang tentulah lebih meriah dan seronok Raya kami tahun ni. Hmmm puasa pun belum dah sibuk cakap pasal raya no good ehhh! Alhamdulillah aku tak ada hutang puasa. Puasa tahun lepas dah siap ganti pun. Ramadhan adalah bulan yang aku tunggu-tunggu kerana aku sangat seronok Terawih di Masjid dan dibulan Ramadhan seolah-olah ada 'Nur' yang datang pada diri kita untuk bersikap lebih baik, beramal dan memperbanyakkan ibadat. Inilah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan, ia menyucikan jiwa dan nurani kita, lebih-lebih lagi jika kita benar-benar menghayatinya dan mengharapkan pengampunan serta redha Allah. Aikkhhh keluar tajuk pula aku ni hohoho....
 
Hubby ada membuat permohonan rumah Skim Perumahan Negara (RPN) tetapi kami masih didalam senarai menunggu dan difahamkan list menunggu masih panjang. Jadi sementara menunggu giliran kami mendapat rumah RPN tu, kami decide untuk menyewa. Rumah yang kami sewa ni kecil sahaja, 3 bilik dan 2 tandas sesuailah untuk kami yang hanya berdua ini.

Our small Home Sweet Home
Inilah rumah sewa kitorang tu. Oklah kan yang penting ada rumah untuk tempat berlindung dan berehat. Lagipun kitorang berdua saja. Aku yang paling excited pasal pindah rumah ni. Kalau boleh semuanya aku nak settle dalam masa sehari (melampaukan) hahahaa. Dah lah masa kitorang nak berpindah ni aku tak berapa nak sihat, masih demam, batuk dan selesma (yang at last turn out to be pregnancy symptom ALHAMDULILLAH). Jadi bab angkat-angkat barang memang aku surrender nak mengemaspun tak larat. Hasilnya barang-barang kitorang just lambakkan dalam semua bilik, penuh 3 bilik dengan barang-barang kitorang yang sampai hari ini (dah tinggal 20 hari) masih dalam kotak belum dikemaskan kerana aku tak larat (bawaan morning sickness). Sebenarnya aku nak kemas tapi hubby tak bagi, dia risau aku penat takut effect kat kandungan pula. Aku pun ikut jak lah cakap hubby lagipun ini first pregnancy aku dan kami sangat-sangat mengharapkan kehadiran ahli baru dalam hidup kami (4 tahun menunggu dan berusaha) jadi memang patutlah dan seharusnya kami lebih berhati-hati.

Yang membuatkan aku 'jatuh cinta' dengan rumah ni adalah dapurnya. Maklumlah aku ni kan suka memasak cheewahh. Dapurnya agak luas dan menepati citarasa aku.

Inilah gambar dapur...cantikkan hiiyyy

Baru-baru ini adik beradik hubby datang ke rumah (bedudun dalam bahasa Kedayan, Brunei). Ruang tamu kitorang memang kecil jadi baru adik-beradik hubby dan anak-anak buah kitorangpun dah crowded and packed. Bayangkan kalau keluarga besar aku datang dari KK memang jadi 'sardin dalam tin' lah nampaknya hahahaha. Apapun seronok berkumpul ramai-ramai dan makan sama-sama. Anak-anak buah kitorangpun enjoy sakan dan ada yang nak bermalam di rumah, siap booking bilik dan kemaskan katil, bentangkan cadar dan selimut so cute hehehe.


Mesyuarat tergempar (bincang pasal bbq ke) hehehe


My adik-adik ipar & anak2 buah


kesian duduk atas lantai...sejuk tu


baby fruit Wisya


Takoyaki in da house


Nampak tu baby Fateha pun lapar hehehe


Santai

Tengoklah gambar-gambar kat atas ni bestkan? Walaupun sempit, tak cukup tempat duduk tapi dorang semua ni santai dan sporting. Bruneian culture is really inspiring especially the family bonding. Di sini ikatan kekeluargaan sangat dititikberatkan dan kanak-kanak diajar dari kecil untuk sentiasa bergaul rapat dengan ahli keluarga serta saudara mara terdekat. Ini memang satu budaya yang sangat bagus dan dapat memupuk nilai-nilai kekeluargaan yang baik dalam diri seseorang. Tidak hairanlah jika mereka selalu sepakat dalam apa jua aktiviti kekeluargaan dan sentiasa mengatur masa untuk berkumpul bersama. Berbeza dengan aku, kami sekeluarga jarang berkumpul. Masing-masing dengan urusan sendiri kerana telah berkeluarga dan tinggal berasingan. Kami hanya akan berkumpul apabila ada majlis atau acara-acara tertentu. Tapi bukan bermakna ikatan kekeluargaan itu longgar cuma kami jarang menghabiskan masa bersama-sama. Mungkin juga kerana kekangan waktu, jarak dan faktor-faktor lain seperti lebih inginkan privasi untuk diri sendiri dan keluarga. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mentadbir keluarga. Bagi aku yang paling penting adalah menghormati antara satu sama lain dan memahami kehendak serta keperluan orang lain kerana apa yang kita suka belum tentu disukai orang lain jadi setiap orang berhak memilih corak kehidupan untuk dijalani. Namun jangan sampai meminggirkan keluarga kerana tanpa mereka siapalah kita. 
 
 
 
 
 

Tuesday, May 5, 2015

The Day Of MIRACLE-4/05/2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Hari ini 4 May 2015 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup aku, penuh dengan keajaiban dan merupakan hari yang akan menjadi sejarah terulung didalam kehidupan aku cheewahhh. YES today is the day of Miracle. Ingat tak entri aku baru-baru ni pasal demam? Kan aku menulis pasal demamku yang sangat unik dan tentang doa ku agar Allah menjadikan demamku ini demam yang 'berisi'. Haaa yang itulah. Kiranya yang ini adalah kesinambungan kepada entri tu (baca DISINI).

Dipendekkan cerita sudah seminggu Miss P aku delay tak kunjung tiba. Aku memang berharap sangat-sangat untuk mengandung tetapi aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi sebab sebelum-sebelum ni pun pernah juga si Miss P ni delay sampai seminggu tapi tak ada apa-apapun, last-last datang juga dia hmmm so sad. Kadang-kadang over confident aku baru lewat sehari dah tak sabar-sabar buat upt dan bila keputusan negatif hanya Tuhan yang tahu betapa kecewa dan sedihnya aku....sakitnya tu di sini hehehee. So kali ni walaupun dah nak seminggu delay aku tak nak check. Aku buat don't know jak walaupun dalam hati perasaan meronta-ronta 'checklah checklah' macam tu hahahaa.

Nak dijadikan cerita, hari Minggu baru-baru ni aku dan hubby turun ke KK. Tujuan kami untuk mengambil barang (keropok) untuk dijual semula di sini. Dua hari sebelumnya aku message kakak aku minta masakkan Tuhau. Kononnya nanti aku nak ambil sekali hari Minggu. Tuhau ni sejenis makanan etnik Kaum Dusun/Kadazan di Sabah, merupakan tumbuhan seperti lengkuas. Cuma perlu ambil isi yang lembut di dalam batang dan bahagian pangkalnya, boleh ditumbuk dijadikan sambal atau dimasak bersama masakan lain. Memang sedap sambal Tuhau yang kakak aku masak ni sampaikan aku tak boleh tunggu sampai rumah. Aku bawa masuk dalam restoran dan makan sekali dengan Nasi Ayam Penyet. Punyalah kemaruk nak makan Tuhau tu macam orang mengidam ehehehe.

Sambal Tuhau (Yang sebelah hujung kanan)

Aku postkan gambar ni ke wassap family di KK. Kemudian adikku tegur katanya 'mengidamkah?' Weird...baru aku terfikir memang dah lambat sangat ni Miss P tak datang-datang lagi mungkin ada baiknya aku check. Lepas habis makan tu aku terus ajak hubby ke farmasi. Dia tanya kenapa, aku cakap nak beli tester. Tiba-tiba pula aku naik semangat untuk buat upt. Aku plan nak buat waktu subuh time bangun Solat tapi entah kenapa dekat-dekat jam 2 pagi aku terjaga rasa nak 'wee wee'. Tak nak buang masa aku terus buat upt jam tu juga dan SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar pada mulanya hanya satu garisan yang timbul tapi tak berapa lama timbul lagi satu garisan yang sangat jelas. Ya Allah it's double line IYA ada 2 garisan maknanya positif, maknanya berisi, maknanya aku mengandung??? Kelopak mataku bergenang sungguh aku sangat-sangat terkejut, terkesima, terkedu tak terkata. Aku terus sujud syukur dan solat Tahajud. Aku kejutkan hubby yang sedang lena diulit mimpi. Dia pun terkejut dan berjanji akan membawaku ke klinik bila dah siang nanti untuk memastikan kesahihan upt ini.

Miracle from ALLAH...Alhamdulillah Thank You Allah


This is really a miracle for me. Dah hampir 4 tahun kami menunggu dan berusaha tak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. 2 kali IUI tetapi gagal. Selain itu aku juga telah menjalani pembedahan LAPAROSKOPI dan disahkan tiub sebelah kiriku tersumbat dan hanya satu tiub disebelah kanan yang masih berfungsi. Menurut doktor harapan untuk kami mempunyai zuriat secara normal sangat tipis. Kami hanya dibenarkan untuk membuat IUI sebanyak 3 kali. Sekiranya tidak berjaya juga maka kes kami akan dirujuk ke pakar swasta di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan option terakhir kami ialah IVF (bayi tabung) yang menelan belanja lebih $15 ribu huaarggghh tak mampu. Akhirnya kami sepakat untuk berehat dari Gynae. Kami hentikan sementara proses rawatan kami kerana tidak betah lagi dengan ubat-ubatan dan sudah penat dengan rutin IUI yang agak menyakitkan buat aku. Tambahan pula kesihatan ku kurang memuaskan kerana dalam masa yang sama aku juga mengalami masalah sendi dan terpaksa berulang-alik ke rheumatology.

Lebih kurang setahun kami stop ke Gynae. Sepanjang tempoh berehat tu ada juga kami amalkan supplement yang berlambak di pasaran seperti Biodex, Shaklee, Gaia, Al-Khisbun, Buah Zuriat, DHerbs, Harum Malam dan macam-macam lagi. Selain itu kami juga mencuba kaedah sendiri iaitu minum madu bercampur jus delima. Selama itu, rezeki masih belum berpihak kepada kami. Sehinggalah pada penghujung Mac 2015, aku dan hubby balik ke kampung di KK. Sebelum balik KK aku ada terfikir kenapa selama ini aku tidak pernah meminta mak untuk mengurut perutku padahal merata-rata tempat aku pergi berurut. Itulah sebabnya bila balik KK tu 'besar' hatiku untuk meminta mak mengurut perutku. Aku meminta mak untuk mendoakan aku sambil memegang perutku. Kemudian mak menyuruh kami mencuba minum air rendaman kulit buah MAHKOTA DEWA. SubhanAllah, Maha Suci Allah berkat doa mak dan izin-Nya akhirnya penantian kami berakhir. Aku disahkan hamil 4 minggu lebih pada hari ini, 4 May 2015. Ya Allah hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami dengan rahmat ini. Rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah kebesaran Allah S.W.T yang Maha Mendengar segala doa permohonan.

Selesai kitorang berurusan di klinik, aku menelefon mak di kampung dan memaklumkan berita baik ini. Emak tak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah. Aku berterima kasih pada mak yang sentiasa mendoakan aku. Sesungguhnya kasih sayang mak tidak ada tolok bandingannya. Selepas itu, kitorang singgah ke rumah mertua untuk menyampaikan berita yang sama. Mak mertua aku pun sangat gembira dan mengucapkan syukur serta berpesan padaku untuk menjaga makan minum dan tatatertib kebiasaan bagi orang yang mengandung. Kami juga berkongsi berita gembira ini dengan keluarga terdekat di KK dan adik beradik hubby. Semuanya sangat teruja dengan berita ini dan mendoakan yang baik-baik buat kami. Syukur Alhamdulillah I feel so blessed.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini, begitu juga Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan peluang pada diriku sendiri dan kami berdua suami isteri untuk membina keluarga. Terima Kasih Ya Allah atas kasih sayang-Mu yang memberikan kami rezeki zuriat ini. Lindungilah diriku dan janin yang ada didalam rahimku Ya Allah. Sempurnakanlah kejadiannya dengan cukup sifat, keimanan, ketakwaan, ketampanan, kecantikan dan kebijaksanaan. Juga peliharalah kesihatan dan keselamatan kami berdua Ya Allah. Jadikanlah zuriat kami ini hambaMu yang beriman dan beramal soleh, yang soleh yang soleha, yang mudah menghafaz Al-Quran, yang mudah memahami tafsir Al-Quran, yang mampu membaca Al-Quran dengan sebaik mungkin, juga petah berbahasa Arab dan menjaga serta memperjuangkan Agama-Mu Ya Allah berkat Nabi Muhammad S.A.W. Permudahkanlah dan lancarkanlah proses kehamilan ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu lah tempat kami meminta pertolongan dan perlindungan.

Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim  allazilailahailla huwalhaiyulkaiyum waatubuilaik.SubhanAllah Walhamdulillah walailahaillAllahhu wallahuakbar. Hasbunallahuwani'malwakiil Rabbilatadzarni fardhan wa antakhoirulwarisin Rabbihabli milladunka zuriat toiyibatan innakasamiudduaa Allahumagfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kamarobayanisogiro. Lailahaillaanta subhanakainni kuntuminazzolimin. LailahaillAllah Lahaulawalakuwata illahbillahilaliyulazim. Rabbana latuzikhkulubana ba'daizhadaitana wahablana milladunkarahmatan innakaantalwahab, Rabbana aatinafiddunyahasana wafilakhiratihasana wakinaazzabannar Wa sallallahuala khoirokhalkihi Saidina Muhammad waalaalihi wasohbihiwassalam subhanarobbika robbil izzati amma yasifun wasalamunalalmursalin walhamdulillahirabbilalaamin Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbil Alamin.

Friday, May 1, 2015

Demam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Demam telah melanda diri ini hisk hisk sedih. Dah nak seminggu aku demam bukan setakat demam saja tapi selesma dan batuk juga. Kali ni memang agak berlainan demam aku ni, tak macam yang biasa-biasa seperti selalu. Sebab itulah aku entrikan dalam blog aku ni. Kononnya demam yang uniklah hohoho. Biasanya kalau aku demam selera makan aku naik 3 kali ganda, kuat makan dan macam-macam aku nak makan. Tapi demam kali ni satu apapun aku tak selera makan kecuali mangga dan aku suka minum air 'manisan' (air merah/ros). Kalau minuman lain semua rasa pahit. Hmmm macam demam berisi pula kan??? Tapi demam kosong jak pun. Alangkah baiknya alangkah bahagianya kalau demam ni demam berisi. Ya Allah kurniakanlah isi pada demamku ini Ya Allah semoga berisi Ya Allah Aamiin Ya Rabbal Alamin. Tak salah berdoa dan mengharapkan rezeki dari Allah siapa tahu betul-betul ada nanti kan kan kan Aamiin Aamiin Aamiin.
Hubby pula berpendapat aku ni demam 'keteguran'. Mungkin ada betulnya juga sebab kitorang dalam proses nak pindah rumah. Rumah yang kitorang nak pindah masuk tu dah 3 tahun kosong. Al-kisahnya hari Jumaat minggu lepas aku dan hubby ke rumah tu waktu malam (lepas Maghrib), tak buat apapun saja tengok-tengok. Keesokannya aku terus demam. Memang masa malam tu waktu di sana aku rasa lain macam tapi aku tak layan sangat perasaan. Jadi ada kemungkinan juga pendapat hubby tu betul.
Dipendekkan cerita, aku ke Hospital hari Isnin baru-baru ni 27 April 2015. Dah tak boleh tahan kepala pening tahap gaban, badan menggigil, batuk-batuk. Nak pergi kerja tak larat memang tak boleh memandu langsung. Aku tahu paling-paling doktor akan bagi ubat batuk dan Panadol hmmm memang sah kena bagi 2 ubat jak ubat batuk dan Panadol. Di rumah berlambak Panadol tapi yang penting dapat cuti rehat 2 hari. Jadi 2 hari tu kerja aku tidur jak sampai sakit-sakit belakang hehehe.
Kalau nak ikutkan aku, hari ni pun nak sambung cuti lagi. Aku masih tak larat nak pergi kerja tapi cuti 2 hari dah habis. Kalau nak cuti lagi kenalah ke hospital balik hmmm tak larat aku. Dahlah kena tunggu lama doktorpun endah tak endah. Kadang-kadang rasa macam malasnya nak pergi hospital kerajaan lebih baik ke private clinic tapi kalau nasib tak baik di klinik swasta pun kena tunggu lama bila ramai patient. Kelebihannya ubat-ubat di private clinic lebih bagus mungkin kerana berbayar jadi kualiti ubatpun lebih baik. Tapi ubat-ubatan di Hospital Kerajaan pun tak kurang bagusnya kalau kena dengan doktor yang serius memeriksa pesakit.
Bukan macam doktor yang check aku 2 hari lepas. ihhhh geram aku, dah lah bila sampai giliran aku dia boleh selamba keluar pergi minum. kita tunggu bagai nak rak dari pagi last-last bila sampai turn kita, doktor pula M.I.A hmmm tak logik betullah kan. Terpaksa aku menunggu lebih setengah jam tunggu doktor tu habis break (rehat). Kalau pesakit yang ada penyakit kronik entah apa yang dah jadi agaknya. Doktor atau pembantu doktor untuk mengganti sementara pun tak ada. Klinik Flu tu dibiarkan macam tu saja. Doktor dengan nurse pun sama semua hilang just like that.....sungguh tak patut kan???? Memanglah doktor dan nurse pun manusia dorangpun pandai lapar, pandai penat, perlu rehat tetapi memang profession mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat iaitu pesakit jadi sudah menjadi keutamaan mereka untuk fokus kepada pesakit terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya perlulah ada sistem gantian (shift) atau bergilir-gilir mengambil masa rehat. Ini tidak semua pakat ghaib serentak 'Missing in Action' hahahaa.

Ok lah till to date dah seminggu lebih aku demam tau. Panas badan dah turun cuma masih batuk dan selesma. Yang dua ni memang lambat nak sembuh. Sabar jak lah banyak-banyak. Sakit itukan kifarah.  Semoga menjadi pembersih dosa dan segala dosa-dosaku diampunkan Allah S.W.T Aamin Aamiin Aamiin....ehh BTW dah nak seminggu Miss P aku lewat adakah ini suatu petanda rezeki??? I really hope so...hoping for miracle...YES miracle do happen with GOD's will. Please Allah pleaseeeeeeeeeee...I LOVE YOU ALLAH THE ALMIGHTY.


Jangan Lupa Baca THE DAY OF MIRACLE