Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hari ini 4 May 2015 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup aku, penuh dengan keajaiban dan merupakan hari yang akan menjadi sejarah terulung didalam kehidupan aku cheewahhh. YES today is the day of Miracle. Ingat tak entri aku baru-baru ni pasal demam? Kan aku menulis pasal demamku yang sangat unik dan tentang doa ku agar Allah menjadikan demamku ini demam yang 'berisi'. Haaa yang itulah. Kiranya yang ini adalah kesinambungan kepada entri tu (baca DISINI).
Dipendekkan cerita sudah seminggu Miss P aku delay tak kunjung tiba. Aku memang berharap sangat-sangat untuk mengandung tetapi aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi sebab sebelum-sebelum ni pun pernah juga si Miss P ni delay sampai seminggu tapi tak ada apa-apapun, last-last datang juga dia hmmm so sad. Kadang-kadang over confident aku baru lewat sehari dah tak sabar-sabar buat upt dan bila keputusan negatif hanya Tuhan yang tahu betapa kecewa dan sedihnya aku....sakitnya tu di sini hehehee. So kali ni walaupun dah nak seminggu delay aku tak nak check. Aku buat don't know jak walaupun dalam hati perasaan meronta-ronta 'checklah checklah' macam tu hahahaa.
Nak dijadikan cerita, hari Minggu baru-baru ni aku dan hubby turun ke KK. Tujuan kami untuk mengambil barang (keropok) untuk dijual semula di sini. Dua hari sebelumnya aku message kakak aku minta masakkan Tuhau. Kononnya nanti aku nak ambil sekali hari Minggu. Tuhau ni sejenis makanan etnik Kaum Dusun/Kadazan di Sabah, merupakan tumbuhan seperti lengkuas. Cuma perlu ambil isi yang lembut di dalam batang dan bahagian pangkalnya, boleh ditumbuk dijadikan sambal atau dimasak bersama masakan lain. Memang sedap sambal Tuhau yang kakak aku masak ni sampaikan aku tak boleh tunggu sampai rumah. Aku bawa masuk dalam restoran dan makan sekali dengan Nasi Ayam Penyet. Punyalah kemaruk nak makan Tuhau tu macam orang mengidam ehehehe.
Sambal Tuhau (Yang sebelah hujung kanan) |
Aku postkan gambar ni ke wassap family di KK. Kemudian adikku tegur katanya 'mengidamkah?' Weird...baru aku terfikir memang dah lambat sangat ni Miss P tak datang-datang lagi mungkin ada baiknya aku check. Lepas habis makan tu aku terus ajak hubby ke farmasi. Dia tanya kenapa, aku cakap nak beli tester. Tiba-tiba pula aku naik semangat untuk buat upt. Aku plan nak buat waktu subuh time bangun Solat tapi entah kenapa dekat-dekat jam 2 pagi aku terjaga rasa nak 'wee wee'. Tak nak buang masa aku terus buat upt jam tu juga dan SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar pada mulanya hanya satu garisan yang timbul tapi tak berapa lama timbul lagi satu garisan yang sangat jelas. Ya Allah it's double line IYA ada 2 garisan maknanya positif, maknanya berisi, maknanya aku mengandung??? Kelopak mataku bergenang sungguh aku sangat-sangat terkejut, terkesima, terkedu tak terkata. Aku terus sujud syukur dan solat Tahajud. Aku kejutkan hubby yang sedang lena diulit mimpi. Dia pun terkejut dan berjanji akan membawaku ke klinik bila dah siang nanti untuk memastikan kesahihan upt ini.
Miracle from ALLAH...Alhamdulillah Thank You Allah |
This is really a miracle for me. Dah hampir 4 tahun kami menunggu dan berusaha tak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. 2 kali IUI tetapi gagal. Selain itu aku juga telah menjalani pembedahan LAPAROSKOPI dan disahkan tiub sebelah kiriku tersumbat dan hanya satu tiub disebelah kanan yang masih berfungsi. Menurut doktor harapan untuk kami mempunyai zuriat secara normal sangat tipis. Kami hanya dibenarkan untuk membuat IUI sebanyak 3 kali. Sekiranya tidak berjaya juga maka kes kami akan dirujuk ke pakar swasta di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan option terakhir kami ialah IVF (bayi tabung) yang menelan belanja lebih $15 ribu huaarggghh tak mampu. Akhirnya kami sepakat untuk berehat dari Gynae. Kami hentikan sementara proses rawatan kami kerana tidak betah lagi dengan ubat-ubatan dan sudah penat dengan rutin IUI yang agak menyakitkan buat aku. Tambahan pula kesihatan ku kurang memuaskan kerana dalam masa yang sama aku juga mengalami masalah sendi dan terpaksa berulang-alik ke rheumatology.
Lebih kurang setahun kami stop ke Gynae. Sepanjang tempoh berehat tu ada juga kami amalkan supplement yang berlambak di pasaran seperti Biodex, Shaklee, Gaia, Al-Khisbun, Buah Zuriat, DHerbs, Harum Malam dan macam-macam lagi. Selain itu kami juga mencuba kaedah sendiri iaitu minum madu bercampur jus delima. Selama itu, rezeki masih belum berpihak kepada kami. Sehinggalah pada penghujung Mac 2015, aku dan hubby balik ke kampung di KK. Sebelum balik KK aku ada terfikir kenapa selama ini aku tidak pernah meminta mak untuk mengurut perutku padahal merata-rata tempat aku pergi berurut. Itulah sebabnya bila balik KK tu 'besar' hatiku untuk meminta mak mengurut perutku. Aku meminta mak untuk mendoakan aku sambil memegang perutku. Kemudian mak menyuruh kami mencuba minum air rendaman kulit buah MAHKOTA DEWA. SubhanAllah, Maha Suci Allah berkat doa mak dan izin-Nya akhirnya penantian kami berakhir. Aku disahkan hamil 4 minggu lebih pada hari ini, 4 May 2015. Ya Allah hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami dengan rahmat ini. Rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah kebesaran Allah S.W.T yang Maha Mendengar segala doa permohonan.
Selesai kitorang berurusan di klinik, aku menelefon mak di kampung dan memaklumkan berita baik ini. Emak tak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah. Aku berterima kasih pada mak yang sentiasa mendoakan aku. Sesungguhnya kasih sayang mak tidak ada tolok bandingannya. Selepas itu, kitorang singgah ke rumah mertua untuk menyampaikan berita yang sama. Mak mertua aku pun sangat gembira dan mengucapkan syukur serta berpesan padaku untuk menjaga makan minum dan tatatertib kebiasaan bagi orang yang mengandung. Kami juga berkongsi berita gembira ini dengan keluarga terdekat di KK dan adik beradik hubby. Semuanya sangat teruja dengan berita ini dan mendoakan yang baik-baik buat kami. Syukur Alhamdulillah I feel so blessed.
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai ini, begitu juga Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan peluang pada diriku sendiri dan kami berdua suami isteri untuk membina keluarga. Terima Kasih Ya Allah atas kasih sayang-Mu yang memberikan kami rezeki zuriat ini. Lindungilah diriku dan janin yang ada didalam rahimku Ya Allah. Sempurnakanlah kejadiannya dengan cukup sifat, keimanan, ketakwaan, ketampanan, kecantikan dan kebijaksanaan. Juga peliharalah kesihatan dan keselamatan kami berdua Ya Allah. Jadikanlah zuriat kami ini hambaMu yang beriman dan beramal soleh, yang soleh yang soleha, yang mudah menghafaz Al-Quran, yang mudah memahami tafsir Al-Quran, yang mampu membaca Al-Quran dengan sebaik mungkin, juga petah berbahasa Arab dan menjaga serta memperjuangkan Agama-Mu Ya Allah berkat Nabi Muhammad S.A.W. Permudahkanlah dan lancarkanlah proses kehamilan ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu lah tempat kami meminta pertolongan dan perlindungan.
Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim allazilailahailla huwalhaiyulkaiyum waatubuilaik.SubhanAllah Walhamdulillah walailahaillAllahhu wallahuakbar. Hasbunallahuwani'malwakiil Rabbilatadzarni fardhan wa antakhoirulwarisin Rabbihabli milladunka zuriat toiyibatan innakasamiudduaa Allahumagfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kamarobayanisogiro. Lailahaillaanta subhanakainni kuntuminazzolimin. LailahaillAllah Lahaulawalakuwata illahbillahilaliyulazim. Rabbana latuzikhkulubana ba'daizhadaitana wahablana milladunkarahmatan innakaantalwahab, Rabbana aatinafiddunyahasana wafilakhiratihasana wakinaazzabannar Wa sallallahuala khoirokhalkihi Saidina Muhammad waalaalihi wasohbihiwassalam subhanarobbika robbil izzati amma yasifun wasalamunalalmursalin walhamdulillahirabbilalaamin Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbil Alamin.
No comments:
Post a Comment