Friday, December 19, 2014

THROWBACK: UlangTahun Perkahwinan Mama & Bapa Yang Ke-50 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ini ThrowBack pasal majlis ulangtahun perkahwinan terakhir my mom and dad yang kami sambut tahun lepas tahun 2013. Masa tu memang bapa sudah sakit kuat. Bapa start sakit tahun 2011-2012 masuk wad lepas tu keluar wad keadaan dia semakin pulih tapi sakit balik pertengahan tahun 2013. Masa Raya tahun 2013 pun bapa kena pakai tongkat untuk berjalan. Banyak sebenarnya penyakit bapa. Dia ada darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang, dugal, sakit kepala,sakit dada dan masalah pencernaan. Lagipun bapa dari muda lagi terlampau kerja yang berat-berat jadi kesihatan bapa mulai menurun selepas bapa mencapai umur 60 tahun ke atas.

Biasanya memang setiap tahun kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan bapa dan mama iaitu pada 13 November. Dan tahun 2013 menyaksikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-50 tahun Alhamdulillah Allah sampaikan umur dan kesihatan kedua ibu bapa ku untuk menjalani kehidupan rumahtangga yang begitu panjang. Aku sendiri menjadi saksi pahir getir, susah senang, tangis ketawa, gembira derita, susah payah mereka selama 50 tahun bertungkus lumus membesarkan kami 9 beradik (10 semuanya tapi seorang meninggal-kembar abangku).

Walaupun bapa sakit kuat tidak dapat bangun dan berjalan tapi dia tetap mengikutkan kehendak kami yang ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Didalam benak hati kami menimbun kesayuan dan ada juga terdetik dalam fikiran mungkin inilah kali terakhir kami dapat menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Memandangkan kesihatan bapa yang tidak mengizinkan kami hanya menyambut ala kadar membaca doa selamat dan memanggil sanak saudara terdekat untuk sama-sama mendoakan dan meraikan mereka. Sungguh aku sangat terpukul melihat keuzuran bapa terlalu sedih untuk digambarkan. Kutahan airmataku yang hampir tumpah didepan mereka tidak sanggup rasanya melihat keadaan bapa yang tidak bermaya, pucat leci dan kurus.






Hadiah dariku untuk arwah bapa dan mama, lukisan potret mereka sewaktu muda yang aku tempah dari seorang pelukis dari Galeri Seni Kota Kinabalu. Lukisan potret ini dilukis berpandukan gambar mereka sejurus selepas bernikah, itulah satu-satunya gambar kenangan mereka di masa muda yang ada dalam simpanan kami. Thumbs up kepada pelukis, namanya Mastini thank you so much.

No comments:

Post a Comment