Friday, December 19, 2014

THROWBACK: Raya 2012 & 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

YES throwback lagi. Ini entry pasal Raya 2012 dan 2013. Setiap kali Raya memang aku sangat-sangat excited sebab masa ni sajalah aku dapat bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman. Alhamdulillah syukur hubby sangat tolerate walaupun selang-seli beraya di Brunei dan KK tapi selepas beberapa hari beraya di Brunei kami tetap akan balik berziarah ke kampungku di Kg. Kebayau Telipok Tuaran Kota Kinabalu Sabah. Thank you hubby...you are awesomely wonderful great companion.

Raya tahun 2012 Raya pertama di KK cuti seminggu. Raya 2013 Raya pertama di Brunei tapi Raya ke-4 balik KK. Raya 2012 memang happening semua keluarga berkumpul tapi tahun ni lah bapa sudah mula sakit-sakit.

 
Raya di KK tahun 2012
 
 



 
Raya Di Brunei Tahun 2012
 
Yang ni pula gambar-gambar sekitar Raya tahun 2013.
 
 
Gambar terakhir arwah bapa semasa Raya tahun 2013...huarrghhh sedihnyaaaaaa (menitik airmata)

 
Kiranya inilah raya yang paling menyedihkan kerana rupanya inilah raya terakhir kami bersama bapa tersayang arwah Sulaiman bin Gadat yang telah pergi menghadap Illahi pada 10 Januari 2014 yang lalu. Al-Fatihah untuk bapa. Bertafakur sebentar sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapa...Mode: SANGAT SEDIH.......
 



No comments:

Post a Comment