Friday, December 19, 2014

THROWBACK: Raya 2014

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Raya 2014...another Throwback....

Tahun ni Raya yang pertama kami sambut tanpa bapa. Memang sangat sedih dan perasaan masih hambar. Namun kami tidak boleh tenggelam dalam kesedihan atau kemurungan. Kami perlu meneruskan kehidupan kerana tidak ada jalan lain untuk melupakan kehilangan melainkan meneruskan hidup dengan sebaik mungkin dan berusaha saling membahagiakan. Lebih-lebih lagi kami masih ada mak tanggungjawab kami terhadap mak adalah kekuatan kami adik-beradik untuk terus tabah. Lagipun kehilangan itu tidak mungkin dapat dilupakan kerana yang pergi memang sudah pergi namun ingatan terhadapnya akan tetap terus berjalan seiring hembusan nafas kami, arwah bapa sentiasa didalam hati kami didalam fikiran kami didalam ingatan kami selamanya. Al-Fatihah untuk arwah bapa.

Di sini aku kongsikan gambar-gambar sepanjang Raya di kampung. Banyak juga tempat-tempat kami beraya dan berjalan jauh juga memenuhi keinginan mak untuk berjumpa sanak saudaranya. Kami beraya sampai ke Ranau, Kundasang, Papar dan Keningau hmmm boleh tahan juga jauhnya kami beraya berkonvoi berkereta. Dan ada pengalaman yang super adventure kami lalui semasa balik beraya dari keningau. Dua buah kereta iaitu kereta abangku dan kereta anak buahku mengalami masalah brek. Nasib baiklah tiada kemalangan atau perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah semuanya selamat tetapi disebabkan masalah itu kami tidak jadi beraya di kampung abang iparku di Kimanis Papar. Kami terus balik tetapi sempat juga singgah beraya di rumah adik Mak di Telipok.

 
 









 

No comments:

Post a Comment