Monday, May 29, 2017

Throwback: Majlis Perkahwinan Anak Buahku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Seperti dijanjikan di entri ini http://yus-ain2.blogspot.com/2017/03/cuti-cuti-baby-kahfi-kk-lagi.html kali ini aku menulis tentang majlis perkahwinan anak buahku. Anak bungsu kepada kakak sulungku. Majlis perkahwinan anak buahku ini berkonsepkan tradisional dengan pakaian adat dan makanan yang dihidangkan juga masih mengekalkan tradisi gotong-royong walaupun sekarang ni banyak pilihan catering.

Majlis dimulakan dengan Akad Nikah pada 17 Mac 2017 yang lalu. Diikuti dengan Majlis Bersanding pada 18 Mac 2017. Jom sama-sama kita tengok gambar-gambar semasa majlis tersebut. Gambar-gambar di bawah ni gambar sewaktu Majlis Nikah.

Kreatifkan...macam mana entah gambar ni boleh jadi macam ni (aku yang ambil gambar)
Dengan anak-anak buah yang manis-manis semua

My adik bungsu

Alolo baby Kahfi cinonet jak di tengah2

Selepas selesai akad nikah

Eh ehh anak mama kenapakah???

Gambar ramai

My sis dengan anak2nya (baru lepas nangis ni)
  
Mama, adik & anak buah Haiqal


Seterusnya Majlis Bersanding pada 18 Mac 2017. Keluarga suami dari Brunei turut datang memeriahkan majlis, Alhamdulillah terima kasih semua. Di majlis ini pasangan pengantin menukar baju sebanyak 3 kali; pakaian Melayu, pakaian adat Dusun dan pakaian adat Bugis. Gambar-gambar dibawah ni ketika pengantin mengenakan pakaian Melayu berwarna hijau emas (temanya gold).

Pakaian Melayu

Akulah tu Makcik Pengantin Perempuan

Door Gift

Cantik bunga telur ni

From aunty to anak buah (Gift from Us)

My laukong

Mamaku sayang

Si comel Kahfi anakku

My adik bungsu

My anak buah Fiha

My anak buah Pipa

My anak buah from left Fifi, Azza & Redha

My lovely Sis in Law (2 dari kanan) Lisa
My adik bungsu lelaki (tengah) Soleh


My Brunei Family


Haaa yang dibawah ni pakaian adat Dusun. Since dah pakai baju Dusun tu mempelaipun kena paksa menari tarian Sumazau hahaha. You can watch the video by clicking this ig link:

https://www.instagram.com/p/BRx_y9-BAZB1eV8-RzZi6Yhi9-JsRg_K7Ir_EA0/?taken-by=krisyayusmira&hl=en

Pakaian Adat Dusun






Yang ini pakaian adat Bugis, Khabarnya ada kisah disebalik pakaian ini. Sebenarnya bukan ini baju yang awalnya dipilih pengantin tetapi baju yang dihantar salah. Memandangkan kesuntukan masa dan tiada pilihan lain pengantin terpaksa memakai pakaian ini. Tetapi pakaian ini sangat cantik dan padan pula dengan pengantin. Nasib baiklah mood pengantin tak spoilt kan.

Pakaian Adat Kaum Bugis




Antara makanan yang disajikan ketika majlis ini adalah kuih muih dan masakan kampung seperti kerabu pucuk betik, tuhau, sambal ikan masin dan banyak lagi. Tidak lupa juga sup bakso kakakku yang terlajaklah sedap.





Dari pagi sampai ke malam kami 3 beranak berkampung di sini badan mandi peluh, make up cair dan tudungpun biut sana sini hahaha. baby Kahfi pun kusut kepenatan kesian baby nak tidurpun payah sebab agak bising dengan karaoke dan orang ramai ke sana ke mari. Kami meninggalkan majlis sekitar jam 8 malam. Tak sempat melihat potong kek sebab tak larat sangat rasa nak pengsan pun ada hahaha. Tahniah anak buahku diatas mahligai yang dibina. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dapat cahayamata yang comel-comel Amiin ya Allah.


Throwback: Company Annual Dinner 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Dah lama tak ada entri baru kan? Dan masih ada entri yang dijanjikan belum dientrikan di sini lantaran kesibukan kerja. Sekarang ni baru ada masa free bolehlah melatih jari jemari untuk menaip setangkasnya hehehe. Kali ni nak story tentang Company Annual Dinner 2016 yang diadakan pada 8 April 2017 yang lalu. Alhamdulillah despite the decline of global economy we still blessed to have an annual dinner, walaupun simple sangat just makan dan lucky draw as usual, tapi tahun ni adalah peningkatan sikit cos ada karaoke; dulu-dulu tak pernah ada huhuuu. Dan yang paling bahagia akulah cos aku ni memang kaki karaoke (duluuu dizaman kegemilangan ngeee). Kali ini aku tak ketinggalan mengasah bakat yang telah lama tumpul dan berkarat hahaha.

Annual Dinner ni diadakan di La Mee Restaurant Kiarong Brunei Darussalam. Rupanya selain daripada restoran biasa, La Mee ni ada menyediakan bilik khas di tingkat 1 untuk disewa bagi mereka yang ingin menyambut harijadi atau mengadakan gathering. Bilik tu boleh dikatakan agak luas dapat menampung 20-30 orang selain space untuk setup makanan dan backdrop atau pentas kecil. Karaoke juga ada disediakan dan pelanggan boleh membawa CD/DVD sendiri. Mereka ada juga menyediakan lagu-lagu karaoke tapi mostly lagu Chinese, English dan Tagalog. Kalau lagu-lagu Melayu memang tak ada langsung boring!!! hahaha.

OK lah jom tengok gambar-gambar sepanjang annual dinner tu. FYI kami tak ada theme bantai saja casual hahaha. Yang paling cantik pastilah lady boss kami Mdm. Goh (saja bodek hehehe).



The Juramas Group Management & Staff (Tu dia lady boss kami yang shining dengan blause biru skirt hitam)




Makanan malam tu kureeeeng sikit for me. Last year best makan sushi sedap-sedap belaka. Tapi tak apalah tak sedihpun pasal makanan tak sedap (ikut tekak akulah) sebab ada sesuatu yang membuatkan aku riang ria malam tu. Well nak tahu tak? Naaaaaak (versi Didie & Friends)....hahahaa tungguuu...as of now...biarlah rahsia...chehhh!!!

Muka macam tak semangat makan hahahaa


Haaa yang group ni sedap tak sedap pun semangat hehehe
Ikan stim apa entah namanya ni (for me tak sedap)

Kari Kambing...Ini boleh tahan sedap (for me ini jak yang sedap)

Itik Panggang (aku tak makan cuit sikit yaaakkk bidanya rasa)

Udang masak oyster (tak sedap juga)

Mix vege (Nampak sedap tapi bila makan tak ada rasa)
Disebabkan makanan tak sedap aku ambil peluang mengasah bakat menyanyi yang dah lama berkarat hahaha. Haaa inilah salah satu sebab kenapa aku tak kesahpun makanan tak sedap huhuuu. Berabis aku menyanyi non-stop lantak doranglah yang tengah makan tu bisingkah apa...adaku kesah??? hahahaa tapi dorang tu yang siram minyak tanah sebenarnya mengapi-apikan aku supaya terus nyanyi huahuahuaa. Siap request aku nyanyi itu nyanyi ini siap ada yang request berduet huhuuu popular aku sekejap khakhakhaa perasan!!!

Nyanyi lagu Zombie dengan penuh perasaan (hahaha)

Sempat lagi peace yo tengah nyanyi lagu Tagalog Sanay Wala Nang Wakas
Nahh aku belanja sikit video karaoke; klik link ini:


Duet dengan Technical Manager (Lagu: Beauty & The Beast)...ehh apa yg aku pegang tu??
Dah puas karaoke (sebenarnya tak puas lagi hahaha); tapi kena teruskan acara lucky draw. Aku telah dipaksa untuk menjadi MC malam tu tanpa notis, on the spot jadi MC huhhh adakah patut. Tapi tak apalah aku sahut cabaran itu dengan berani (macam si banar). Yang paling menggembirakan aku ialah tahun ni aku dapat HANDPHONE yeahhhh yeahhh yeahhhh yeahhh jerit lagi yeahh yeahh yeahh hahaha sakai kan. Tak adalah aku just over excited cos  every year asyik dapat barang dapur jak so bila tahun ni lucky dapat handphone memanglah gembira sakan hati berbunga-bunga dalam hati ada taman tu phewww!!!

The Lucky Draw Items

Muka ada senyum happy dapat handphone




Haaa inilah hadiah lucky draw yang aku dapat Handphone Samsung Galaxy A7 (bestnya) time menaip ni pun senyum-senyum simpul hahaha.



Selain dapat ni, everyone dapat angpau dari boss (for Chinese New Year) walaupun CNY sudah lama habis but better late than never kan? Thank you boss...xiexie we heart you...Gong Xi Fa Cai.

AngPau from boss
Then, sebelum balik kami photo2 lagi; with my colleague....thanks guys you all are awesome.











And that's all about my Company Annual Dinner...simple but fun...the food is not tasty for me but I don't mind about it due to the karaoke and most important is I got mobile phone for the lucky draw...yaiiii the best annual dinner ever (in this company lah) hehehe. Thanks to the bosses and all my sporting happening colleague. Tapi the biggest thank goes to my husband yang menjaga baby Kahfi di rumah sepanjang aku keluar dinner ni. Terima kasih sayang jasamu dikenang, the Samsung G A7 use by my hubby cos I just bought a new phone recently.  Kalau tahu nak dapat lucky draw HP tak lah melayang duit aku beli HP baru huhuuuu.