Tuesday, October 11, 2016

Resipi Sup Jagung (Corn Soup)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Di sini aku nak share resipi Sup Jagung yang aku buat sendiri. Aku dapat ilham resipi ni sewaktu Raya AidilFitri yang lalu tiba-tiba sahaja idea muncul dan last minute aku masak sup jagung. Then baru-baru ni Doa Selamat pun buat lagi hehehe.


RESIPI SUP JAGUNG (CORN SOUP)

BAHAN-BAHAN
1. 4 tin jagung (biji)
2. 2 tin jagung (hancur)
3. 4 kotak isi ketam - dipotong bulat atau memanjang
4. Sedikit isi ayam - dihiris nipis dan dipotong dadu
5. Sedikit lobak merah - dihiris nipis dan dipotong dadu 
5. Sedikit lada hitam - ditumbuk hancur
6. 4 ketul kiub ayam
7. 1 biji bawang merah besar - dihiris nipis dan dicincang halus
8. Sedikit kanji/tepung jagung
9. 8 biji telur
10. Serbuk perasa (garam dan gula)

OPTIONAL
1. Sos tiram - jika suka 
2. Lada sulah - jika suka
3. Daun sup/daun bawang - jika suka

(Bahan-bahan diatas adalah seperiuk besar - cukup untuk 60 orang makan)

CARA MEMASAK

1. Panaskan periuk tumiskan bawang besar yang dicincang halus
2. Tambahkan lada hitam yang ditumbuk hancur tadi
3. Masukkan isi ayam dan masak sebentar
4. Tambahkan air sehingga separuh daripada periuk dan biarkan mendidih
5. Masukkan kiub ayam
6. Masukkan jagung biji dan jagung hancur....kacau rata
7. Masukkan lobak merah
8. Biarkan mendidih dan tambah air lagi sehingga hampir memenuhi periuk
9. Masukkan isi ketam dan kacau rata
10. Perasakan dengan garam dan gula
11. Kecilkan api; adukkan 8 biji telur tadi dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau
12. Bancuh sedikit kanji/tepung jagung dengan air dan masukkan untuk memekatkan kuah
13. Reneh sebentar sehinga sebati
14. Tutup api dan sedia untuk dihidang 


Untuk bahan-bahan OPTIONAL:

Sos tiram dan lada sulah boleh ditambah selepas memasukkan ayam manakala daun sup/daun bawang bolehlah ditabur ketika menghidang.

Aku lebih suka tanpa bahan-bahan optional tu eheheee. Kalau nak ada rasa pedas boleh simpan lada hitam tu banyak-banyak ataupun tambah serbuk cili tapi nanti budak-budak susah nak makan. Kalau nak meriah lagi boleh juga tambah sosej (potong kecil-kecil) dan kalau yang kreatif tu boleh tambah apa-apa herba yang difikirkan sesuai. Aku rasa kalau simpan sedikit seledri pun (sikit saja jangan banyak2) sedap juga ni hehehe.

tadhaaaa....corn soup is ready


Monday, October 10, 2016

Family Gathering

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

The next day after our Doa Selamat (baca diSINI) , ada family gathering lagi syukur Alhamdulillah rezeki. Actually gathering ni adalah untuk menyambut advance birthday anak buahku, Nur Iman Qaleesya. I write it here in my blog cos nak story pasal tempat kitorang gathering ni di Mangrove Paradise Resort, Brunei. You may click this LINK to get more information about this resort. Aku sangat suka tempat ni (falling in love) cos berlatarbelakangkan 'kampung air' dan agak jauh dari bandar. I guess I prefer a quiet peaceful place like here rather than a crowded 5 star hotel in town hehehe.


Well back to the FG, myself, hubby and baby...we are the early bird yang paling awal sampai. Sengaja datang awal cos nak bergambar dulu. To be exact tempat kami mengadakan gathering tu ialah di Zyan Restaurant Mangrove Paradise Resort. Waktu kami tengah sibuk bergambar ada seorang pelancong dari China meminta tolong aku mengambil gambarnya. Katanya "I like this place very much" aku pun balas "same here" hehehe. Lepas tu dia offer untuk ambil gambar kami sekeluarga tapi aku menolak sebab tengok dia macam rushing nak pergi tempat geng dia yang sudah agak jauh berjalan meninggalkan dia.







Gambar-gambar di atas ni yang sempat kami ambil di luar sebelum masuk ke Restoran Zyan. Tak lama adik iparku sampai dengan birthday girl, si comel Iman. And the rest are the pic we took throughout the gathering. So fun, so happy, so many food....overloaded and sleepy hahaha.

The Birthday Cake...A Minion
The Birthday Girl....Happy 7th Birthday Iman



BTW sebelum event ni start, aku sempat posing dengan kek dan bergambar dengan cinta hati ini.


Our small family





my handsome boy

this is so sweet hehehe

feeding time...baby Kahfi makan bubur nasi campur labu nyum nyumm

Baby Kahfi lucu tengok babahnya pakai mask


amboiii sempat lagi cek kak selfie yeeee
 Dan gambar-gambar lain sefamily.





Yang ni gambar makanan, tom yam seafoodnya sangat sedap. Menu yang lain pun agak sedap cuma dagingnya terlebih masin dan ayam panggang pula overcooked. And satu lagi nak complaint cheese cake tak sedap cos pakai cheese yang salted hmmm rosak rasa terus. Boleh tak aku bagi nama lain cheese cake tu as Kek Keju Masin??? boleh bah kalau aku!!! hahahaa....


   

Doa Selamat & Birthday

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

1 Oktober 2016 yang lalu, kami telah mengadakan Majlis Doa Selamat di rumah mertuaku. Tujuan utama doa selamat ini adalah untuk mendoakan anak kami Muhammad Quranizam Kahfi yang sering tidak sihat sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan setakat tidak sihat malahan baby Kahfi pun sudah 2 kali masuk wad. Selain itu kami juga turut menyambut harijadi encik suami (belated) yang jatuh pada 25 September 2016. Kami mengharapkan agar doa daripada saudara mara yang hadir dimajlis ini untuk kesihatan dan keberkatan buat baby, encik suami, keluarga kecil kami dan semua keluarga diterima Allah dan dimakbulkan Aamin Aamiin Aamiin.

Untuk Majlis Doa Selamat ini kami menempah katering dari Restoran KJ (Link) dengan pakej B$6.50 per pax. Pakej ini mengandungi:

Nasi Putih
Ayam Masak Kari
Daging Rendang
Ikan Mangga (Manggo Fish)
Pajeri Nanas
Buah-Buahan
Air Bandung & Mineral

Aku menambah hidangan dengan memasak sendiri sup jagung dan telur masin. Selain itu kami juga menempah sate ayam dan sate kambing dari Pondok Sari Julia (Link)  sebagai hidangan sampingan yang disajikan dengan kuah kacang dan roti. Kami juga ada membeli kuih muih seperti pulut panggang, kuih penjaram, apam, variasi tart, custard puff dan ada juga cheese cake yang disedekahkan oleh ipar-iparku. Terima kasih pada yang bersedekah makanan pada malam itu semoga kalian semua dimurahkan rezeki Aamiin. Terima kasih juga pada ipar-ipar dan anak-anak buah yang membantu menyusun kerusi meja, membersihkan ruang tamu, menghamparkan karpet, membungkus, menyusun dan menghidangkan makanan. Serta tidak lupa terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar Sam yang membacakan Doa Selamat. Hanya Allah lah yang membalas kebaikan anda semua dengan limpahan rezeki dan keberkatan Aamiin.

Ehh hampir terlupa, kami juga ada menempah baked potato (tuna & chicken flavour) dari kawan hubby; harganya B$10 untuk 30 pieces. According to my baby fruit it is super tasty (sangat-sangat sedap) so I highly recommend......to those yang nak cuba, you may order from Ig adizati_cuisine. 

Syukur Alhamdulillah, Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kali ini katering sampai awal seperti yang dijanjikan dan semua persiapan selesai sebelum majlis bermula. Begitu juga makanan semuanya sedap-sedap belaka. Memang puas hati dengan perkhidmatan Restoran KJ ni. Kami menempah 2 set kem (kerusi dan meja sahaja) kerana tempat letak kereta yang digunakan untuk acara ini sudah berbumbung. Harga sewa untuk 2 set meja dan kerusi (2 meja panjang + 60 kerusi) ialah B$40. Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum tetamu menjamu selera. Seterusnya upacara memotong kek hubby. Kek Oreo Cheese berharga $38 aku tempah dari Le Apple (Link) sedap juga kek ni not bad, macam kek aiskrim.

Happy Birthday Sayang...We Love You So Much Muaahhhh!


Oreo Cheese Cake (Yummy)





sate ayam & sate daging

my homemade corn soup

pulut panggang & penjaram

variasi tart

Apam & Penjaram

Haaa inilah baked potato yang sedap tu

custard puff & egg tart

cheese cake (yummilicious)
 



Haaa gambar-gambar crowd atas ni semua family kami, my mother-in-law side. Kalau semuanya datang ramai juga lebih dari 80 orang tapi malam ni ada yang tak dapat datang kerana ada commitment lain. Apapun sangat seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Selepas menjamu selera dan sesi memotong kek kitorang lepak-lepak santai (bedudun kata orang Brunei) sambil minum teh tarik dan nescafe panas dan makan kuih muih yang berjenis-jenis tadi hehehe. And you know what... to be honest I have cheated on my Atkins Diet hahaha kerja aku makan makan dan makan habis satu piring cheese cake aku pulun seorang huahuahuaa.