Monday, October 10, 2016

Doa Selamat & Birthday

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

1 Oktober 2016 yang lalu, kami telah mengadakan Majlis Doa Selamat di rumah mertuaku. Tujuan utama doa selamat ini adalah untuk mendoakan anak kami Muhammad Quranizam Kahfi yang sering tidak sihat sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan setakat tidak sihat malahan baby Kahfi pun sudah 2 kali masuk wad. Selain itu kami juga turut menyambut harijadi encik suami (belated) yang jatuh pada 25 September 2016. Kami mengharapkan agar doa daripada saudara mara yang hadir dimajlis ini untuk kesihatan dan keberkatan buat baby, encik suami, keluarga kecil kami dan semua keluarga diterima Allah dan dimakbulkan Aamin Aamiin Aamiin.

Untuk Majlis Doa Selamat ini kami menempah katering dari Restoran KJ (Link) dengan pakej B$6.50 per pax. Pakej ini mengandungi:

Nasi Putih
Ayam Masak Kari
Daging Rendang
Ikan Mangga (Manggo Fish)
Pajeri Nanas
Buah-Buahan
Air Bandung & Mineral

Aku menambah hidangan dengan memasak sendiri sup jagung dan telur masin. Selain itu kami juga menempah sate ayam dan sate kambing dari Pondok Sari Julia (Link)  sebagai hidangan sampingan yang disajikan dengan kuah kacang dan roti. Kami juga ada membeli kuih muih seperti pulut panggang, kuih penjaram, apam, variasi tart, custard puff dan ada juga cheese cake yang disedekahkan oleh ipar-iparku. Terima kasih pada yang bersedekah makanan pada malam itu semoga kalian semua dimurahkan rezeki Aamiin. Terima kasih juga pada ipar-ipar dan anak-anak buah yang membantu menyusun kerusi meja, membersihkan ruang tamu, menghamparkan karpet, membungkus, menyusun dan menghidangkan makanan. Serta tidak lupa terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar Sam yang membacakan Doa Selamat. Hanya Allah lah yang membalas kebaikan anda semua dengan limpahan rezeki dan keberkatan Aamiin.

Ehh hampir terlupa, kami juga ada menempah baked potato (tuna & chicken flavour) dari kawan hubby; harganya B$10 untuk 30 pieces. According to my baby fruit it is super tasty (sangat-sangat sedap) so I highly recommend......to those yang nak cuba, you may order from Ig adizati_cuisine. 

Syukur Alhamdulillah, Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kali ini katering sampai awal seperti yang dijanjikan dan semua persiapan selesai sebelum majlis bermula. Begitu juga makanan semuanya sedap-sedap belaka. Memang puas hati dengan perkhidmatan Restoran KJ ni. Kami menempah 2 set kem (kerusi dan meja sahaja) kerana tempat letak kereta yang digunakan untuk acara ini sudah berbumbung. Harga sewa untuk 2 set meja dan kerusi (2 meja panjang + 60 kerusi) ialah B$40. Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum tetamu menjamu selera. Seterusnya upacara memotong kek hubby. Kek Oreo Cheese berharga $38 aku tempah dari Le Apple (Link) sedap juga kek ni not bad, macam kek aiskrim.

Happy Birthday Sayang...We Love You So Much Muaahhhh!


Oreo Cheese Cake (Yummy)





sate ayam & sate daging

my homemade corn soup

pulut panggang & penjaram

variasi tart

Apam & Penjaram

Haaa inilah baked potato yang sedap tu

custard puff & egg tart

cheese cake (yummilicious)
 



Haaa gambar-gambar crowd atas ni semua family kami, my mother-in-law side. Kalau semuanya datang ramai juga lebih dari 80 orang tapi malam ni ada yang tak dapat datang kerana ada commitment lain. Apapun sangat seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Selepas menjamu selera dan sesi memotong kek kitorang lepak-lepak santai (bedudun kata orang Brunei) sambil minum teh tarik dan nescafe panas dan makan kuih muih yang berjenis-jenis tadi hehehe. And you know what... to be honest I have cheated on my Atkins Diet hahaha kerja aku makan makan dan makan habis satu piring cheese cake aku pulun seorang huahuahuaa.





No comments:

Post a Comment