Monday, August 29, 2016

Raya 2016 - 1 Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Wah dah lama tak update blog ni since my last posting di bulan Ramadan yang lalu. Lebih kurang 2 bulan blog ni tak berasap. Actually entri tentang 1 Syawal ni aku dah siap taip dan dah published pun kemarin tapi entah kenapa tiba-tiba boleh hilang pula. Mulanya aku nak edit sahaja but end up the whole article gone huaarrghhhh tention aku huhh!

So terpaksalah cik kak menaip semula. Well ini kisah tentang Raya 2016 yang sangat bermakna buat aku dan suami kerana ini kali pertama kami beraya bertiga dengan anakanda tersayang Muhammad Quranizam Kahfi. As per my last entry, the first week of Syawal kami akan beraya di Brunei dan the second week pula kami akan beraya di Kota Kinabalu Sabah.

Raya pertama seperti tahun-tahun yang sudah kami akan berkumpul di rumah nenek. Selepas solat sunat Aidilfitri semua keluarga akan berkumpul bersalam-salaman dan seterusnya menikmati jamuan (beraya) berkonsepkan 'potluck' dan bergambar ramai. Tahun ini kami tidak menyediakan apa-apa hidangan kerana baby Kahfi kurang sihat. Sebelum bertolak ke rumah nenek, aku sempat berpelukan, bersalaman dan bermaafan dengan hubby (ohh syahdunya) huhuhu dan kitorang pun bagi angpau raya yang pertama kepada baby Kahfi. Walaupun belum pandai bersalaman tapi baby dah pandai pegang sampul raya hehehe.

Wahh dapat duit raya...thank you babah thank you mama (muaaahh)
Our handsome little prince baby Kahfi
OK ready to go
Sebelum ke rumah nenek, kami singgah dahulu di rumah mak mertua. Semua ipar duai, biras, anak-anak buah berkumpul sama.
 
antara gambar yang sempat disnap di rumah mertua
Tema Raya pertama tahun ni ialah maroon. Tahun lepas warna merah. Kalau tengok gambar macam sama jak hahahaa.

2015 VS 2016
hahaha sama saja kan....the only different is last year kami ber2 and this year pula ber3 (Alhamdulillah)
Maroon Theme
Rumah Pertama (Rumah Nenek)





Baby Kahfi & anak-anak buah (hubby's side)


Selepas bersalam-salaman dan makan, kami bergegas ke hospital RIPAS bawa baby Kahfi masuk wad semula. Actually 2 days before Raya baby Kahfi was admitted to hospital due to high fever. Malam raya tu kitorang minta izin untuk home leave dan Alhamdulillah doktor izinkan kerana keadaan baby beransur pulih but we have to come back the next day for review. Syukur Alhamdulillah kerana baby discharged the same day (1 Syawal). Kesian baby beraya di wad tapi macam seronok jak si baby tau hehehe (look at these pictures)....



Menjelang tengahari kami selesai menguruskan formaliti keluar wad dan terus zoom menyertai rombongan family hubby beraya ke rumah-rumah saudara mara sebelah bapa mertua. Since kami beraya di hospital waktu pagi so kami missed out few houses. Jom tengok gambar-gambar kitorang beraya. Rumah nenek waktu pagi tu consider the first house.

Rumah Ke-2

Rumah Ke-3

Rumah Ke-4

Rumah Ke-5
Rumah Ke-6



Untuk Raya pertama ni kami cuma sempat beraya ke 6 buah rumah. Yang bestnya tahun ni aku start dapat angpau Raya semula yahoooo weeikksss perasan!!! angpau raya untuk baby Kahfi lah hehehe tapi mak dia pula yang excited hahaha.


No comments:

Post a Comment