Friday, April 29, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kundasang Part 4 - Tagal Luanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Selesai urusan check-in dan berehat sebentar, kami meneruskan misi Cuti-Cuti Cinta ke Tagal Luanti. Tagal Luanti ni merupakan salah satu tarikan di Sabah kerana di sini terdapat Spa Ikan semulajadi. Ikan-ikannya pula dilepaskan begitu sahaja di dalam Sungai. Spesies ikan ialah ikan Kelah. Kita hanya perlu merendamkan kaki ke dalam air sungai dan memberi makanan; dengan serta merta beratus-ratus ikan akan datang mengerumuni kita dan akan mengurut kaki kita. Bukanlah directly mengurut jangan lurus bendul pula tak kanlah ikan boleh urut pula kan. Maksud aku ikan-ikan akan memakan kotoran-kotoran, daki dan apa jua yang melekat di kaki kita so indirectly ikan-ikan ni mengurut kaki kita. Kalau pertama kali mencuba memang sangat geli tapi untuk mereka yang kurang deria geli tu mungkin tak rasa apa-apa kot (macam my hubby) hahaha.



Tagal Luanti ni terletak di Sungai Moroli Kampung Luanti Baru, Ranau. Kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu, lebih kurang 131 km. Agak-agak dalam 2 ke 3 jam jika menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu. Sungai ini terkenal kerana sistem 'Tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Tempat ini pernah memenangi "Malaysia River Care" pada tahun 2006. "Tagal" dalam Bahasa Kadazan Dusun bermaksud sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang sama sekali. Tujuannya adalah untuk menjaga alam sekitar dan ekosistem untuk warisan generasi akan datang. Ada juga yang memanggil "Tagal" ini dengan nama "Bombon".

Tiket masuk tak adalah mahal sangat. Cuma RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jika ingin mandi bersama ikan kena bayar lebih sikit RM10. Kamera juga dikenakan bayaran sebanyak RM3 untuk satu kumpulan. Manakala kanak-kanak dibawah 5 tahun tidak dikenakan bayaran masuk. 



Nah Nampak tarikh besar2 so inilah tarikhnya kami cuti-cuti cinta tu


Bagi makan ikan

Yaiiiii gelinya hahahaha

hubby suka sangat siap tangkap ikan tu dengan tangan


romantiknya berSPA ikan huhuhu

errrrrr pengotor ikan ni makan daki hahaha


Tunjuk ikan yang paling besar

Amboi sukanya dia



Tangkap syng jangan lepas




Display Gong di Information Centre Tagal Luanti
Di sini juga terdapat jambatan gantung tapi kami tak naikpun, tak sempat sebab kami hendak ke Kebun Teh pula. OK baca sambungan di entri yang seterusnya yaaa....bye bye!!!


BACA SAMBUNGAN DI SINI

No comments:

Post a Comment