Wednesday, April 27, 2016

Cuti-Cuti Cinta: Kundasang Part 3 - Hotel

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sambungan dari SINI

Kami sampai di Kundasang waktu tengahari ketika perut sudah mulai berkeroncong so kami cari restoran makanan halal di Pekan Kundasang dan makan tengahari di sini. Oleh kerana agak lapar kami tidak berminat berfoto ketika itu. Selepas makan, kami bergegas ke hotel untuk check-in. Selepas check-in nanti ada lagi destinasi yang hendak kami lawati. 

Hendak ke hotel Mount Kinabalu Heritage & Spa ni kena naik bukit sedikit. Agak adventure juga jalannya. Tapi pemandangannya subhanAllah cantiknya; dengan Gunung Kinabalu yang tersergam megah dan indah. Just look at these pictures so beautiful right?



Rate semalam untuk standard room RM300+ with breakfast for two hmmm terlajaklah mahalkan. Nasib baiklah kami cuma stay disini untuk 1 malam. Sebenarnya ada banyak pilihan tempat tinggal di Kundasang ni, selain pelbagai pilihan hotel terdapat juga banyak homestay yang menawarkan harga murah dan berpatutan. Tapi konon-konon kami hendak cuba stay di MKH&S huhhh tak ada apa yang specialpun cuma yang agak menarik taman di hotel ni menyediakan ruang dan pelantar yang menghadap Gunung Kinabalu. So kalau nak special dinner atau nak celebrate something special boleh arrange dengan pihak hotel untuk buat di taman atas pelantar.

Haaa inilah pelantar tu terletak di luar hotel di bahagian taman




Hahahaha kesian hubby penat driving

Peace yooo (bayar mahal tapi TV masih style lama) huhhh

View dari bilik nampak gunung bestnya

Keesokan harinya pula kami melaram bergambar sakan di sekitar taman hotel ni selepas sarapan. Hmmm makananpun tak banyak pilihan dan tak sedap langsung (mungkin tekak aku yang bermasalah kot) hehehe.



Yang ni gambar-gambar kami di sekitar hotel. Best pemandangan cantik, cuaca agak sejuk dan banyak bunga-bungaan. Aku rasa hanya ini sebenarnya daya penarik untuk stay di hotel ni tapi kalau bercakap tentang value for money sejujurnya aku rasa tak berbaloi. OK jangan kecam aku....this is just my personal opinion.

Antara bunga yang ada di sekitar taman























Selepas kami check-in dan berehat sebentar, kami keluar lagi ke destinasi seterusnya iaitu Tagal Luanti dan Sabah Tea Garden. Ceritanya baca di entri seterusnya yaa. Thanks!


BACA SAMBUNGAN DI SINI

No comments:

Post a Comment