Wednesday, April 3, 2013

The Circus Firemen Show

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...

Saya telah menyaksikan pertunjukan "The Circus Fireman" pada 2hb April 2013. Pertunjukan ini merupakan aksi-aksi akrobatik yang mempersonakan sambil diselang-selikan dengan lawak jenaka daripada ahli-ahli sarkas Firemen. Ada juga aksi-aksi yang menyeramkan dan kelihatan sangat merbahaya namun sebagai ahli-ahli sarkas yang profesional, mereka telah berjaya dalam setiap aksi yang dipertontonkan.

Boleh dikatakan rata-rata penonton sangat terhibur dengan pertunjukan tersebut. Saya kira persembahan mereka bolehlah dikategorikan cemerlang jika diukur dengan harga tiket dan 'setup' tempat persembahan. Walaupun aksi-aksi yang dipertontonkan agak terhad pada pergerakan akrobatik namun ia tetap menarik hati dan memuaskan para penonton.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang 'The Firemen Circus' bolehlah melayari laman web http://www.forevershinebrunei.com/.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertunjukan ' The Firemen Circus' untuk tatapan anda.

No comments:

Post a Comment