Monday, August 29, 2016

Raya 2016 - 2 Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

OK ini cerita tentang 2 Syawal pula.

Seperti biasa Raya kedua onwards kami akan beraya di rumah-rumah saudara mara sebelah mak mertua pula. Raya kedua ni memang semangat membara kami berjaya beraya ke 12 buah rumah semuanya ambik kau bukan alang-alang hahahaa.

Pink Theme
 

Rumah pertama wajib pergi rumah besar di Jangsak. Di sini memang special every year. Makanan semua sedap-sedap dan tiap-tiap tahunpun disediakan oleh Royal Brunei Catering (RBC). Menu yang paling aku suka tentulah soto, nasi beriani dan puding roti. That's why lah walaupun aku tengah berdiet Atkins tetapi I'll skip my diet for this particular house hohoho. Hmmm aku tak makan soto atau nasipun just meratah lauk pauk tapi the bread pudding memang I can't resist, aku cedok juga sikit (macam terbanyak tanpa sengajalah pula) hahaha.  

Dengan adik ipar & her hubby

Dengan Mak Mertua
Rumah seterusnya (rumah ke-2) kami beraya ke rumah kawan baikku dan kawan baik hubby juga. The wife is my good friend and the husband is hubby's good friend. Actually dorang ni lah 'telangkai jodoh' kami hehehe. Me and my hubby were introduced by them (thanks so much sahabat).

Yang tengah-tengah tu my good friend, yg tepi kiri anak dara dia

Yang ni pula hubby my friend & my hubby's friend as well
Seronok dapat beraya di rumah my friend ni cos lepas kahwin dah jarang jumpa. Kalau dulu sebelum kahwin dia ni lah teman lepak, teman berzumba dan teman makan. Thank you so much bagi angpau raya yang banyak to baby Kahfi Alhamdulillah rezeki baby mudah-mudahan sahabatku ini bertambah murah rezeki dan sentiasa didalam perlindungan Allah Aamiin. Btw since kami terpisah dengan group family cos beraya dirumah my friend, kami tidak sempat beraya ke beberapa buah rumah. Akan tetapi duit raya untuk baby Kahfi still ada (thanks to my mom in law) yang tak lupa pada cucunya ini hehehe.

Rumah ke-3 pula rumah suami adik ipar. Di sini kami banyak bergambar. Makananpun boleh tahan tapi perut sudah agak kenyang.






Gambar-gambar seterusnya ialah gambar-gambar rumah-rumah yang lain. Enjoy scrolling yaa....

Rumah ke-4

Rumah ke-5

Rumah ke-6

OK rumah ke-7 ni pula special sikit (kitorang bergambar sakan) hehehe. Yang ini rumah sepupu hubby baru siap hujung tahun lepas. Nah aku belanja gambar banyak-banyak hahaha.









Hahahaaa banyakkan gambar dirumah ke-7 ni. OKlah jom sambung lagi rumah ke-8 dan seterusnya....

Rumah ke-8


Rumah ke-9

Rumah ke-10

Rumah ke-11

Rumah ke-12

Fuhhh banyakkan rumah kitorang beraya 2nd day ni. Kitorang pun sempat bergambar berpasangan romantik gitu ehehehe, thanks to anak buah Amir yang jadi photographer.





sweet kan hehehe yang lain-lain pun bergambar berpasangan juga (adik beradik hubby dengan pasangan masing-masing). Begitulah berakhirnya Raya ke-2 kami yang sangat menyeronokkan dan memenatkan. Balik rumah memang sangat-sangat kenyang, penat dan mengantuk....zzzzzz











Raya 2016 - 1 Syawal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Wah dah lama tak update blog ni since my last posting di bulan Ramadan yang lalu. Lebih kurang 2 bulan blog ni tak berasap. Actually entri tentang 1 Syawal ni aku dah siap taip dan dah published pun kemarin tapi entah kenapa tiba-tiba boleh hilang pula. Mulanya aku nak edit sahaja but end up the whole article gone huaarrghhhh tention aku huhh!

So terpaksalah cik kak menaip semula. Well ini kisah tentang Raya 2016 yang sangat bermakna buat aku dan suami kerana ini kali pertama kami beraya bertiga dengan anakanda tersayang Muhammad Quranizam Kahfi. As per my last entry, the first week of Syawal kami akan beraya di Brunei dan the second week pula kami akan beraya di Kota Kinabalu Sabah.

Raya pertama seperti tahun-tahun yang sudah kami akan berkumpul di rumah nenek. Selepas solat sunat Aidilfitri semua keluarga akan berkumpul bersalam-salaman dan seterusnya menikmati jamuan (beraya) berkonsepkan 'potluck' dan bergambar ramai. Tahun ini kami tidak menyediakan apa-apa hidangan kerana baby Kahfi kurang sihat. Sebelum bertolak ke rumah nenek, aku sempat berpelukan, bersalaman dan bermaafan dengan hubby (ohh syahdunya) huhuhu dan kitorang pun bagi angpau raya yang pertama kepada baby Kahfi. Walaupun belum pandai bersalaman tapi baby dah pandai pegang sampul raya hehehe.

Wahh dapat duit raya...thank you babah thank you mama (muaaahh)
Our handsome little prince baby Kahfi
OK ready to go
Sebelum ke rumah nenek, kami singgah dahulu di rumah mak mertua. Semua ipar duai, biras, anak-anak buah berkumpul sama.
 
antara gambar yang sempat disnap di rumah mertua
Tema Raya pertama tahun ni ialah maroon. Tahun lepas warna merah. Kalau tengok gambar macam sama jak hahahaa.

2015 VS 2016
hahaha sama saja kan....the only different is last year kami ber2 and this year pula ber3 (Alhamdulillah)
Maroon Theme
Rumah Pertama (Rumah Nenek)





Baby Kahfi & anak-anak buah (hubby's side)


Selepas bersalam-salaman dan makan, kami bergegas ke hospital RIPAS bawa baby Kahfi masuk wad semula. Actually 2 days before Raya baby Kahfi was admitted to hospital due to high fever. Malam raya tu kitorang minta izin untuk home leave dan Alhamdulillah doktor izinkan kerana keadaan baby beransur pulih but we have to come back the next day for review. Syukur Alhamdulillah kerana baby discharged the same day (1 Syawal). Kesian baby beraya di wad tapi macam seronok jak si baby tau hehehe (look at these pictures)....



Menjelang tengahari kami selesai menguruskan formaliti keluar wad dan terus zoom menyertai rombongan family hubby beraya ke rumah-rumah saudara mara sebelah bapa mertua. Since kami beraya di hospital waktu pagi so kami missed out few houses. Jom tengok gambar-gambar kitorang beraya. Rumah nenek waktu pagi tu consider the first house.

Rumah Ke-2

Rumah Ke-3

Rumah Ke-4

Rumah Ke-5
Rumah Ke-6



Untuk Raya pertama ni kami cuma sempat beraya ke 6 buah rumah. Yang bestnya tahun ni aku start dapat angpau Raya semula yahoooo weeikksss perasan!!! angpau raya untuk baby Kahfi lah hehehe tapi mak dia pula yang excited hahaha.