Friday, October 23, 2015

Hari Raya AidilFitri 2015 - Raya Ketiga (20/07/2015)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
 
OK yang ni pula story Raya ke-3. Haaa hari ni special sikit cos kitorang beraya ke Istana Darul Iman, Istana Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Yang paling excited mestilah anak-anak buah aku. Dorang ni bukannya tau nak ke manapun bila suruh pakai baju cantik mesti dorang fikir jalan-jalan mestilah seronok. Tengok ni betapa happynya dorang.









Punyalah ramai orang nak pengsan rasanya lebih 30 ribu orang tau untuk sesi pagi tu. Istana dibuka selama 3 hari berturut-turut kepada orang ramai dari Raya ke-2 hingga Raya ke-4 dan ada dua sesi...sesi pagi dan sesi petang. Sebenarnya bukan rakyat Brunei sahaja yang datang ke Istana ni tetapi ramai juga dari negara luar yang mengambil kesempatan untuk datang dan bertemu dengan keluarga Diraja kerana cuma waktu ini mereka berpeluang untuk melihat Istana dan bersalaman dengan Sultan.
 
Masalahnya terlalu ramai orang dan terpaksa berjalan jauh. Yang paling kasihan mak aku kena jalan kaki jauh sebab parking yang dekat dengan istana dah penuh. Jauhnya nak menapak....kasihan mak.


Nasib baiklah di perkarangan pagar besar Istana, ada pegawai yang menyambut kami dan warga tua akan dibawa khas dengan menggunakan kereta limo wow!!! kami semua ikut dalam limo tu tak payah naik bas best hehehe. Bila sampai di hadapan dewan makan ada pegawai yang menawarkan kerusi roda untuk mak tapi mak tak mahu. Buat malu katanya ish ish ishhh hairan aku dengan mak ni sanggup dia menahan sakit kaki daripada disorong dengan kerusi roda. Puas aku memujuknya tetapi mak tetap berkeras hendak berjalan sendiri....hmmm aku susah hati menahan rasa sebenarnya. Bukan apa kasihan sangat sebab mak dah uzur memang tak larat berjalan jauh lebih-lebih lagi dia sakit-sakit sendi dan lutut malahan ada darah tinggi dan kencing manis. Siapalah yang tak risau tapi mak berdegil juga tak mahu dilayan seperti pesakit. Aku dengan berat hati terpaksa menurut kehendaknya. Kalau kuturutkan memaksa takut pula dia kecil hati.
 
Kitorang terpaksa beratur 2 kali untuk diperiksa sebelum masuk ke dewan makan. Bayangkan betapa penatnya berdiri dengan barisan yang panjang berjela-jela. Kasihan dengan mak dan anak-anak buahku sampai merengek kepenatan. Dah lah tu ada pula orang-orang yang tak bersopan main langar-langgar nak potong barisan grhhhh geramnya. Aku yang sedang mengandungpun beberapa kali ditolak. Lebih 2 jam kitorang berbaris untuk menunggu giliran makan sahaja. Sangat penat dan rasa nak pitam. Anak-anak buahku pun dah menangis. Memang sesak keadaan masa tu, orang berpusu-pusu datang dan barisanpun jadi tak menentu masing-masing nak ke depan. Serious aku betul-betul dah tak larat memang taubat lain kali aku tak mahu lagi tak sanggup!!!
 
Hmmm malas nak cerita panjang lebar keadaan waktu berbaris tu. Itu baru berbaris nak makan belum lagi berbaris untuk masuk ke dewan menunggu untuk berjumpa Sultan. Difahamkan kena beratur dan berpindah dewan 2 kali sebelum dapat masuk ke dewan khas bertemu Sultan dan Kerabatnya. Selepas makan kitorang berbaris untuk berjumpa dengan Sultan tetapi keadaan sangat sesak dan padat. Ditambah lagi dengan karenah-karenah orang-orang yang berbaris tu, ada yang bergaduh, bertolak-tolakan. Ya Allah seksanya jiwa. Anak-anak buahpun masing-masing dah menangis. Yang seorang tak mahu berjalan nak digendong saja. Kasihan pula adikku nak menjaga 2 orang anaknya dalam keadaan sesak macam tu. At last kami mengambil keputusan untuk keluar sahaja dan tidak bertemu dengan Sultan. Bayangkan masih ada 2 kali berbaris untuk ke dewan utama dan selepas itu harus menunggu giliran lagi. Kami dah give-up tak apalah tak dapat jumpa Sultan, dapat pijak kaki ke Istana pun dah syukur Alhamdulillah hehehe.

Gambar waktu berbaris
Yang di bawah ni gambar-gambar di ruang makan. Lega rasanya dapat duduk dan menikmati jamuan yang boleh tahan sedap juga, Alhamdulillah.





Selepas makan kitorang pun ambil peluang bergambar lagi di sekitar ruang legar ini



Yang ni pula gambar-gambar di luar istana, time ni memang dah low bat masing-masing sangat penat. Anak-anak buah sampai tertidur....kesian!!!





Keluar dari Istana, kitorang singgah ke rumah sepupu beraya fuhhh memang sangat penat tak dapat nak digambarkan kepenatan itu, aku hampir pengsan hahahaa.



 
 
Satu pengalaman yang cukup sadis buat aku kerana keadaanku yang sedang berbadan dua. Begitu juga dengan adikku yang membawa dua orang anaknya yang masih kecil dan apatah lagi mak aku yang sudah uzur dan sakit sendi. Bila mengenangkan mak terpaksa berjalan kaki jauh, aku rasa tak berbaloi sebenarnya tetapi ini juga merupakan pengalaman pertama kami ke istana, mungkin ada hikmahnya. Namun, jika diberi peluang untuk lain kali aku mungkin tidak sanggup lagi hehehee cukuplah sekali.
 
 
 


2 comments: