Thursday, July 2, 2015

My Pregnancy: The First Trimester (Alhamdulillah)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Minggu ini berakhirlah episod Trimester Pertama kehamilan aku. Syukur alhamdulillah morning sickness itu beransur-ansur berlalu pergi menghilang bersama kenangan pahit dan manis. Bukanlah aku nak complaint yang buruk-buruk pasal trimester pertama ni tapi memang rata-ratanya kebanyakan bakal ibu akan mengalami segala macam ketidakselesaan dan keadaan yang tidak menyenangkan disepanjang tempoh 3 bulan pertama ini. Ya samalah juga halnya dengan diriku. Just maybe there are some different here and there. Pada bulan pertama kehamilan, keadaan ku boleh dikatakan gemilang selera makan masih seperti biasa cuma sedikit pening, lemah dan cepat penat. Aku lalui bulan pertama dengan penuh kebahagiaan. Tidak terbeban dengan rasa sakit apa-apapun. Hatiku sangat gembira kerana setelah menunggu hampir 4 tahun akhirnya aku mengandung. Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam dan mengurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

Masuk bulan ke-2 bermulalah episod yang kurang menyenangkan iaitu muntah-muntah, mual, sakit kepala yang kuat, sakit-sakit sendi, lemah badan, lebih cepat penat, sakit pinggang dan sakit belakang, sakit perut, gastrik dan perubahan emosi yang mendadak, mood swing turun naik, semuanya menyatu jadi satu. Waktu ni makan apapun akan muntah. Berdiri tak larat, berjalan tak larat, duduk tak selesa, tidur tak selesa ditambah lagi kerap ke toilet untuk wee wee. Nasib baiklah aku suka minum air kosong at least badan tak dehidrasi sangat. Tapi sempat juga aku dimasukkan air sekali di hospital waktu tu aku muntah-muntah teruk dan sakit perut kuat, salah makan agaknya. Satu hal yang agak pelik kulalui di bulan kedua ini ialah aku dilanda sindrom tidur hahahaa sindrom tidur ketika dan selepas makan. Memang pelik kerana berada di meja makan sambil memegang makanan atau ketika hendak menyuapkan nasi ke mulutpun aku boleh tertidur. Apatah lagi selepas makan kadang-kadang basuh tanganpun belum aku dah terlentok dimeja makan. Sampaikan kadang-kadang hubby sergah kejutkan aku uhhh buruknya perangaikan tapi lillah aku memang tak dapat control langsung, otomatik aku akan tertidur. Disebabkan inilah aku tidak dapat memandu ke office terpaksalah encik suami hantar dan jemput.

Tentang mengidam, firstly aku mengidam TUHAU. Masa tu tak tahu lagi sebenarnya yang aku ni dah berisi. Terbayang-bayang didepan mata sambal tuhau sampaikan termimpi-mimpi dan air liur rasa penuh didalam mulut. Agaknya itulah perasaan orang mengidam hehehee. Alhamdulillah kakak aku buatkan sambal tuhau ni all the way from KK. Time nak makan tuhau tu punyalah excited dalam hati melonjak-lonjak kegembiraan huahuahuaaa kalau ingat balik rasa lucu pula. Bila dah tahu aku mengandung baru realize yang aku tengah mengidam waktu tu hehehe comel kan??? Kiranya banyak juga makanan yang aku mengidam dan aku suka makan makanan yang dimasak oleh encik suami. Kasihan dia berusaha memasak apa saja yang aku idamkan, bubur kacang hijau, spagethi, mihun goreng Singapore, nasi ayam, bubur ayam kampung, ayam goreng madu, daging masak kunyit, daging masak kicap, mihun sup ikan dan macam-macam lagi hahahaa kuat makankan. Nak makan agar-agarlah, nak makan puding kelapalah, nak makan roti butterscotch Delicia Gardenia huhhhh banyak benor! Tapi encik suami kekal tabah dia layan jak semua kemahuan aku bestnya lah perasaan time ni. Biasanya kita yang sibuk memasak di dapur tapi since pregnant ni semua kerja-kerja dapur diambilalih oleh suami. Aku jadi allergic dengan dapur nak berdiri di dapurpun tak larat, mulalah sakit pinggang sakit belakang pening sampai rasa nak pitam. Memang pelik-pelik belaka lah! Yang di bawah ni gambar makanan-makanan yang aku mengidam mostly encik suami masak ehehehe cool huh!


Sambal Tuhau (Yang sebelah hujung kanan)

Tuhau yang belum dimasak (right side)

Bubur Kacang Hijau


Puding Kelapa








Nampak tak terror kan encik suami masak tak pernah sekalipun memasak tapi demi isteri tersayang dan bakal juniournya sanggup hubby berhempas pulas, bertungkus lumus di dapur hehehee. Besar tu pahalanya ngeehhh (sengih lebar) ehhh betullah!

Haaa satu lagi yang aku sangat-sangat mengidam ialah sambal ikan masin. Hubby masakkan then aku makan macam orang seminggu tak makan hahahaa. Bayangkan selama beberapa hari aku makan nasi berlaukkan sambal ikan masin tu saja sadis kan hahahaa bukan pasal tak ada makanan lain tapi sebab kemaruk sangat berhari-hari rasa mengidam tu tak hilang-hilang. Yang peliknya waktu ini makanan yang menjadi kegemaran aku iaitu soto langsung aku tak nak makan. Dengar perkataan soto pun benci hahahaa very the funny. Alkisahnya aku ada makan soto sebelum tahu diri ini hamil, masa tu memang rasa nak termuntah, rasa soto tu sangat pahit macam bercampur dengan sekilo serbuk kopi, perasaan yang sangat aneh sebab soto adalah makanan favourite aku mustahil aku tak nak makan. Aku memang hairan waktu tu tapi aku taklah fikirkan sangat. Rupa-rupanya itu adalah salah satu pembawaan mengandung.

Satu hal lagi aku sangat-sangat suka pada nasi, suka makan nasi dan tengok nasipun perasaan aku berkobar-kobar khakhakhaaa melucukan bangetttt!!! Dan iya aku sangat-sangat kuat makan setiap 3 jam rasa lapar dan nak makan nasi saja makanan lain tak mahu. Tapi yang hairannya berat aku tak naik-naikpun, mungkin sebab muntah-muntah tu kot. Bila aku bagitahu dokter berat badan aku tak naik dia boleh cakap VERY GOOD oh ok that means tak ada masalah lah berat badan tak naik. Actually I know why the doctor said so cos starting pregnant ni pun berat aku dah masuk kategori obese bayangkanlah 8 bulan ke depan macam mana huarrggghhh (menakutkan).


Sambal Ikan Masin Belimbing Buluh (Tersangatlah sedap)
Kemudian aku mengidam sambal sardin pula huhhh ada-ada saja kan. Memang seronok bila dapat makan apa yang kita nak makan tu. Rasanya ada 2-3 kali kot aku meminta hubby masakkan sambal sardin. Hubby pun dah geleng-geleng kepala, dia selalu pesan suruh aku makan makanan yang sihat. Tapi kemahuanku dituruti juga ehehehe.Lepas tu aku mengidam ikan Liking tapi aku nak makan yang Babu (Makcik) hubby buatkan saja tak nak makan yang jual di kedai tu. Macam mana aku boleh mengidam benda alah ni cos sebelum tahu aku mengandung ada majlis tahlil dan makan-makan di rumah nenek. Time tu ada ikan Liking babu buat sendiri (jeruk), aku makan sedap sangat rasanya. Haaa sebab tu lah aku mengidam nak makan yang itu saja. Selain tu aku pun mengidam sayur lada yang dimasak oleh mak mertuaku. Walaupun boleh masak sendiri tapi aku nak air tangan mak mertua hehehe manja overloaded huhuuu.

Fuhhh macam-macam jenis makanan kan aku mengidam. Haaa ada lagi satu KFC yang inipun aku mengidam sampaikan terbau-bau wangi ayam KFC tu di Office. Aku tanya kawan-kawan non-muslim kalau dorang ni ada tapau ayam KFC dorang pun pelik dengan aku hahahaa. Last-last hubby bawa ke KFC aku makan terketar-ketar bukan pasal tak sihat tapi sebab happy sangat makan tak bernafas one go hahahaa. Hubby pun macam cuak tengok aku makan terlebih berselera. Sorrylah aku pun tak tahu kenapa macam ni memang otomatik jadi begitu tau! Bukan dibuat-buat Haaa jangan korang kata tak percaya pula. Dulu di kampung aku ada orang mengandung tu dia mengidam nak makan tanah merah hari-hari laki dia carikan tanah merah. Dia kata dia nampak tanah merah tu nasi tapi nasi pula dia nampak tanah tak ke parah tu haaaa kiranya aku ni masih OK sangat mengidam KFC jak.

Ikan Liking (Jeruk Ikan@pekasam) Brunei style - Thanks Babu Icum

Sambal Sardin very the yummy
Baru-baru ni pula aku mengidam BOSOU. Bosou ni ikan sungai yang dijeruk dengan nasi sejuk campur lada putih, buah kepayang, lada dan bahan-bahan perasa yang lain. Ini adalah makanan etnik kaum Dusun Kadazan di Sabah sama seperti TUHAU. Tapi manalah nak cari Bosou dan Tuhau di sini. Nak buat sendiri tak reti. Akupun minta tolong kakak ipar buatkan di kampung, sanggup nak bayar semata-mata nak makan Bosou tu. Tapi kenalah tunggu time balik kampung nanti lagi seminggu lebih huaaarggghhh terpaksa menahan rasa sob sob. Oh yaa selain mengidam bermacam-macam jenis makanan, aku pun sangat suka makan yang masam tapi yang tidak terlalu masam yang cuma ada rasa masam-masam sedikit. Bila terlalu masam aku tak suka, sakit perut gastrik. Dan lagi satu aku tak boleh minum susu, mesti timbul gastrik dan sakit perut melampau. Hmmm agaknya berapa banyak nak mengidamlah aku ni hahahaa........

Gambar Bosou - Courtesy from Google (Sengih)

Emmm masuk bulan ke-3 aku semakin OK. Muntah-muntah dah berkurangan, mual dan sakit perutpun semakin berkurangan. Dan Alhamdulillah aku dapat berpuasa seperti biasa tanpa alahan-alahan yang teruk. Baby behaves so good inside, bila hari siang dia duduk diam-diam as if he/she knows that mummy is fasting (senyum lebar). Masa 1st day puasa tu everything is fine waktu siang tapi once berbuka (sungkai) lepas minum air saja terus timbul semua alahan-alahan, muntah, mual, pening, sakit perut; agaknya baby balas balik waktu malam kot hehehe. Penghujung bulan ke-3 ni semua alahan-alahan tu perlahan-lahan hilang cuma aku akan rasa sakit perut (kembung) selepas berbuka puasa dan harus berbaring sebentar untuk menenangkan perut hiiiyyy terlebih makan agaknya.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman Trimester Pertama aku. Secara keseluruhan aku merasakan pengalaman trimester pertama ini sangat membahagiakan. Walaupun dilanda morning sickness yang agak teruk tetapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui saat-saat manis ini. Lagipun tempoh melalui morning sickness ini tidaklah terlalu lama cuma lebih kurang sebulan. Memanglah setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza tetapi sebenarnya kesakitan dan ketidakselesaan itu juga merupakan satu rahmat. Kita cuma perlu melaluinya dengan kesyukuran, kesabaran dan memperbanyakkan doa kepada Allah. Mungkin ini salah satu cara untuk menunjukkan tanda terima kasih kita kepada Allah S.W.T. Iya TERIMA KASIH ALLAH Terima kasih diatas kurniaan yang tidak ternilai ini. Semoga kehamilan ini dipermudahkan sehingga sampai waktu melahirkan nanti Aamiin.

OK that's all for FIRST TRIMESTER.

Sambung lagi nanti selepas trimester kedua pula. Assalamualaikum.    


Baca Sambungan di SINI

1 comment:

  1. Maaf bu hajah saya numpang promosi hehe
    Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete