Thursday, June 4, 2015

The GIFT from ALLAH is DETECTED

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Ni nak story pasal my pregnancy. I think lepas ni confirm mostly my entry memang akan berkisar tentang kehamilan sahaja. Maklumlah super excited mommy to be ehem ehem (Alhamdulillah). Sekarang ni usia kandungan aku dah masuk 9 minggu (2 bulan 1 minggu). Kiranya aku ni masih didalam trimester pertama. Sejak aku tahu aku mengandung banyak sangat yang bermain di fikiran aku mostly tentang morning sickness yang macam mana akan aku lalui, alahan-alahan mengandung, emosi dan kadang-kadang over imagination (tak tahulah kenapa macam tu) tapi aku memang rasa berserabut seolah-olah terlalu banyak tekanan padahal sebenarnya tak banyak benda pun yang harus aku fikirkan. Mungkin kerana ini kehamilan pertama aku jadi I guess I think too much and imagine uncertain things........boleh jadi juga ini semua disebabkan perubahan atau ketidakstabilan hormon. Hmmm tapi memang berat menanggung perasaan sebegini seolah-olah kita melalui satu fasa yang bercelaru seperti menaiki jambatan yang terumbang-ambing perasaan tidak stabil, tidak selamat dan takut-takut...iya itulah sebenarnya yang aku rasakan.

Aku mendapat tahu tentang kehamilan ini seawal 4 minggu (ceritanya boleh baca di link ini http://yus-ain2.blogspot.com/2015/05/the-day-of-miracle-4052015.html). Maknanya dah sebulan berbadan dua, syukur Alhamdulillah. Tanda-tanda kehamilan ni memang langsung tidak terlintas di fikiran aku, begitu juga my hubby kerana selama hampir 4 tahun kami menunggu rezeki belum kunjung tiba sehinggakan kami tidak mahu terlalu berharap lagi dan berserah saja pada ketentuan Allah. Bukan bererti kami berputus asa namun kami hanya tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat seperti sebelum-sebelum ini dimana setiap kali upt negatif atau 'datang bulan' aku akan dilanda kesedihan dan kemurungan.

Well tanda-tanda aku hamil mungkin bermula daripada demam. Mula-mula hubby yang demam. Lebih kurang 3 hari. Selepas hubby sembuh 2-3 hari lepas tu aku pula demam. Demam yang sangat berlainan kerana aku tak lalu makan padahal biasanya kalau demam selera makan aku naik 3 kali ganda. Masa tu aku tak terfikir apa-apapun cuma rasa pelik sahaja kenapa tak lalu makan. Sempat juga aku complaint kat hubby pasal kelainan demamku kali ini tapi hubby kata memang macam tu kalau demam tekak rasa pahit. Yang hairannya demam aku ni sekejap-sekejap hilang bila siang aku ok tapi bila malam timbul balik sampai menggigil kesejukan tapi badan rasa panas. 2 kali pergi hospital, klink swasta dan klinik kerajaan. Habis 2 papan soluble, sepapan Panadol, ubat batuk uhhhh macam-macam ubat dah aku telan tak baik-baik juga. Pada mulanya aku fikir mungkin 'Miss P' aku nak datang sebab tanda-tanda tu memang sebiji sama macam nak datang bulan YES EXACTLY THE SAME tak ada kelainan langsung.

BTW berat aku memang dah naik berkilo-kilo sejak balik daripada bercuti ke Bandung bulan Febuari lalu. Punyalah susah aku turunkan berat dari 78kg ke 68kg dengan Atkin's Diet iaitu tak makan karbohidrat. Lebih kurang 3 bulan aku berusaha dan berdiet tapi bila pergi bercuti ke Bandung tu habis rosak binasa diet aku apa tidaknya makanan di Bandung tu sedap-sedap menggugat iman. Kononnya aku stop berdiet sementara waktu di Bandung saja. Kalau dah balik ke Brunei akan berdiet balik. Hmmmm sampai sudah diet aku ke laut. Sebulan lepas balik dari Bandung berat dah naik 2kg then masuk bulan 4 dah naik ke 74kg huarrghh. Betapa susahnya nak menurunkan tapi senang-senang jak berat naik semula. Mulanya aku ingat nak berdiet balik nak kumpulkan segala kekuatan dan berazam untuk tidak rebah lagi dengan godaan dan nafsu makan. Alih-alih aku dapat tahu aku hamil jadi planning nak diet tu pun terus dipadamkan dari kamus hidup aku eheheee. Tak apalah yang penting permata hati kami yang bakal menemani kami nanti, me junior or hubby junior???

Emmm cerita pasal percutian ke Bandung ni aku teringat satu kejadian sewaktu dalam flight menuju ke Jakarta dari Brunei. Flight ke Jakarta tu rupanya connecting flight untuk Jemaah Haji yang transit di Brunei daripada Mekah. Kebetulan yang duduk di sebelah aku ialah seorang makcik yang lengkap berpakaian telekung katanya baru balik daripada mengerjakan Haji di Mekah. Entah kenapa makcik ni sangat mesra dengan aku dan kami bersembang disepanjang penerbangan. Dia juga bertanya kalau aku sudah mempunyai anak. Kataku belum sampai rezeki. Tanpa diminta makcik tu terus mengelus-elus perutku dan berdoa agar aku dikurniakan zuriat. Waktu itu aku agak terkejut. Terpaku aku seketika merasa sungguh syahdu hampir menitik airmata. Aku langsung tidak menyangka seorang makcik yang baru balik dari Mekah masih lengkap bertelekung secara tiba-tiba mendoakan aku dengan begitu khusyuk. Perasaanku sangat terharu dan tak henti-henti mengucapkan terima kasih padanya. Sekarang, bila teringat kembali detik itu hatiku merasa sangat rindu pada makcik itu. Kalau berpeluang berjumpa ingin aku memeluknya dan berterima kasih atas doanya dan memberitahu bahawa aku kini sedang berbadan dua. Mungkin itu adalah aturan Allah betapa dia ingin memperlihatkan doa orang-orang yang beriman dan doa mereka yang mengerjakan Haji adalah sangat mustajab wallahualam.

Kalau ikutkan due period aku 28 April 2015, aku ni memang regular 28 hari. Kadang-kadang terlambat 2-3 hari, seminggu dan pernah hampir 2 minggu sampai aku dah excited ingatkan mengandung tapi check upt negatif maknanya belum ada rezeki. Tapi 28hb tu aku tak period, aku fikir mungkin delay 2-3 hari it happened before so aku tak adalah fikir yang berbunga-bunga dalam hati ada taman takut nanti kecewa lagi. Lagipun aku dah sakit-sakit senggugut tanda-tanda nak menses. Kemudian 29hb pun tak keluar lagi aku buat don't know saja. 30hb, 1hb dah berlalu masih tak datang-datang aku dah mula rasa lain macam tapi naluri aku kuat mengatakan aku nak datang bulan sebabnya memang yang aku rasa hanya tanda-tanda nak period saja. Then 3hb Mei tu aku dan hubby travel ke KK (by land) pergi balik pula tu. Time tu memang perut aku dah sakit-sakit macam tiap-tiap bulan aku rasa waktu Miss P nak datang sampaikan aku standby pakai pad takut bocor dalam kereta nanti tak pasal-pasal cover seat kereta kesayangan encik suami 'bercat' merah ehehehe.

Keesokan harinya 4hb Mei aku buat upt sekitar 2 pagi. Mulanya plan nak check waktu subuh. Tapi alang-alang dah terbangun pukul 2 tu checklah terus (tak sabar sebenarnya) huhuuuu. Alhamdulillah positif ada 2 garisan memang sangat-sangat gembira dan bahagia, hati berbunga-bunga kali ni memang dalam hati ada taman ehehehe. Selepas dah tahu pregnant tak lama mulalah tak sedap badan emosi pun serba tak kena. Mungkin inilah yang dikatakan pembawaan mengandung. Dari minggu ke 4 sampai minggu ke 8 keadaan aku masih terkawal. Hanya rasa pening, mual, sakit-sakit perut, pedih ulu hati sakit pinggang dan sakit belakang. Ramai yang bertanya sama ada aku experience morning sickness (muntah-muntah) atau tidak. So far memang tak ada muntah langsung tapi rasa mual nak termuntah tu ada. Aku tertunggu-tunggu juga bila nak muntah kononnya nak merasa pengalaman muntah macam orang lain. Aku fikir kalau tak muntah kot kot something wrong hahahaa adakah patut macam sakai kan huahuahua. Selera makan aku pula tip top macam-macam aku nak makan. Syukur Alhamdulillah sejak tahu pregnant ni my hubby yang memasak. Dia siap tanya aku nak makan apa. Semuanya dia akan masakkan dari nasi ayam, bubur kacang campur ubi manis, spagethi dan lauk-pauk yang semuanya first time my hubby masak aduiii touchinglah pula terharu dengan pengorbanan encik suami....terima kasih sayang jasamu dihargai dan dikenang cheewahh.

Tiba-tiba 18hb Mei tu aku sakit perut kuat time tu kat office. Masuk toilet tengok ada spoting darah warna coklat terus aku panic dan bagitahu hubby. Hubby cadangkan kitorang ke hospital, Emergency. Masa tu aku rasa sangat-sangat sakit seperti ada sesuatu yang akan keluar dari dalam perut. Perasaan takut menyelubungi diriku. Tak putus-putus aku berdoa kepada Allah untuk menjaga dan menyelamatkan kandunganku. Hubby pun cemas melihat keadaanku. Aku memang kesakitan yang amat waktu itu tak mampu berjalan malahan berdiripun aku seperti nak rebah. Kemudian aku ditahan di wad Emergency (bed rest) sehingga waktu petang. 2 kali doktor datang memeriksa keadaanku tapi doktorpun tak pasti keadaan aku kerana dia bukan pakar Gynae. Aku sepatutnya dirujuk ke Gynae untuk membuat scanning bagi mengenalpasti masalah didalam rahim. Tetapi Gynae masih full dan aku harus menunggu jika mahu membuat scanning hari itu juga ataupun datang semula keesokan harinya. Waktu tu kesakitan perutku dah semakin berkurangan jadi aku dan hubby memutuskan untuk kembali esok pagi. Dah tak sanggup menunggu sebab daripada pagi menunggu di Emergency tu. Doktor memberikan surat rujukan untuk diserahkan ke bahagian Gynae. Selepas itu kamipun balik ke rumah dan aku berehat sepenuhnya.

Esoknya kami ke Gynae. Ingatkan dengan ada surat rujukan tu kami akan diberikan priority tetapi rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Kami harus beratur sama seperti orang lain dan mengambil nombor giliran seperti biasa. Tak apalah kami terima dengan senang hati. Ini semua ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran dan kekuatan semangat kami dalam melalui masa-masa untuk bergelar ibu bapa. Menunggu hampir 2 jam, akhirnya unit khas EPAU tu dibuka hampir pukul 10 pagi. Lebih kurang setengah jam selepas itu baru ada doktor dan tak berapa lama kemudian namaku dipanggil. Nasib baiklah doktor yang memeriksa aku tu sangat lemah lembut persis wanita Melayu terakhir ehehee dah lah cantik berbudi bahasa pula tu memang kelas doktor tu tau. Mula-mula doktor interview aku (chehhh interview) ahahaha iya lah doktor tanya-tanya pasal spotting dan rasa sakit macam mana yang aku rasa dan macam-macam lagilah. Lepas tu aku disuruh baring atas katil ingatkan doktor nak buat scanning rupanya bukan. Doktor nak masukkan alat dalam miss V nak tengok dalam ada pendarahan lagi atau tidak. My God masa tu memang ngeri aku tengok alat besi tu semacam, bentuk spesies alien pun ada siap dengan besi panjang. Dalam hati aku kalau besi panjang tu dia cucuk ke dalam memang matilah takut weii jantung aku macam nak terhenti berdegup hahahaa. Tapi aku kuatkan semangat dalam hati aku berbisik ''bayiku ibu akan kuat menghadapi apa juga dugaan dan cabaran demi engkau anakku jadi tolonglah support ibu please be strong too" yeah inside my heart I'm talking to my baby and I believe it will echoes to him through Allah.

Sekejap saja prosedur tu doktor senyum pada aku dan meminta aku relax jangan takut. Katanya so far ok dalam tak ada bleeding which is a good sign. Aku tersenyum, lega rasanya hati ini. Selepas tu doktor kata nak scan baby pula so aku disuruh masuk ke bilik yang lain untuk TVS. Dan inilah detik yang paling terindah dalam hidup aku bila melihat sendiri janin berada didalam kantungnya dan denyutan jantung juga sudah kelihatan. Malangnya hubby tidak ada sama untuk melihat keajaiban ini. Lain kali bila ada scan lagi aku akan meminta kebenaran doktor untuk merakam video supaya hubby pun dapat tengok. Kata doktor semuanya normal tidak ada yang perlu dibimbangkan cuma aku perlu lebih rehat dan kurangkan pergerakan kerana badanku agak lemah, antibodi kurang dan aku juga mengalami masalah sendi (arthritis). Sangat mengujakan bila pertama kali melihat ada janin yang sedang berkembang didalam rahimku. The feeling is MAGIC. Sewaktu aku memberitahu keputusan scan pada hubby aku menangis dan hubby juga menangis. Reaksi spontan dari kami berdua, tangisan kesyukuran dan kegembiraan...hanya Allah yang maha mengetahui getar dihati kami waktu itu.


Gambar Scan baby...first time detected (Alhamdulillah) segala puji bagi Allah
Nah sekarang ni bila dah masuk 8 minggu betul-betul pada hari yang menggenapkan kehamilan aku 8 minggu iaitu pada 27 Mei  akupun start muntah-muntah. Ingatkan aku terlepas dari mengalami morning sickness ni. Namun kes aku agak unik kerana aku hanya muntah pada waktu malam. Siangnya aku ok cuma seperti biasa pening, mual, sakit-sakit perut, sakit pinggang dan sakit belakang. Lebih kurang seminggu aku muntah-muntah then now suddenly stop dah tak muntah lagi cuma aku lebih sering pening di bahagian depan kepala, rasa pahit yang melampau dalam mulut, kerap buang angin dan kerap sakit-sakit perut. OKlah I think that's all for now. Sekarang masih di trimester pertama, nanti aku update lagi bila dah masuk trimester kedua In shaa Allah dengan izin dan rahmat Allah. Chaooo.....