Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
I'm back!!! dah lama tak ada entri baru kan since my last entry regarding my first trimester (pregnancy). Ni aku nak story mory pasal Hari Raya AidilFitri yang baru sahaja berakhir pada Ahad lalu, 16 Ogos 2015. Raya tahun ni aku sambut di tanah tumpah darah suami tercinta, Brunei Darussalam. Kebiasaan kitorang memang macam ni, bergilir-gilir. Tahun lepas dah beraya di kampung aku di Kg. Kebayau Telipok Kota Kinabalu Sabah. Tapi sebenarnya walaupun beraya di Brunei, kami tetap akan balik berziarah ke KK sweetkan my hubby dia OK jak yang penting isteri kesayangannya ni happy hehehe.
Yang bestnya tahun ni mak, adik dan anak-anak buahku datang beraya di sini. Jadi Raya kitorang memang meriah dan
havoc juga d
ue to my anak-anak buah yang comel-comel dan agak
hyper terutama yang sulung tu Abang Aiman. Seronok rasanya bila mak dan adik ada bersama-sama
feel like at home hiiiyyy (sengih lebar).
Well mak dan adik datang ke Brunei awal seminggu sebelum Raya. Jadi sempatlah kami berpuasa dan sungkai bersama-sama.
Ni dia gambar anak-anak buahku dan gambar kitorang
sungkai@iftar.
|
Abang Aiman |
|
Adik Haiqal |
|
Aminor Haiqal & Aminor Aiman |
Seperti biasa, di sini selepas sembahyang Raya, kitorang akan berkumpul ramai-ramai bersama semua ahli keluarga sebelah suami. Sudah menjadi tradisi mereka untuk berkumpul berbaris mengikut urutan yang paling tua ke muda untuk bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Selain itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan dikumpul untuk dinikmati bersama. Memang meriah dengan pelbagai jenis masakan. Kitorang
just bawa nasi manis, rendang ayam dan
butter prawn. Itupun
hubby yang masak. Aku yang tengah berbadan dua ni manalah larat nak masak lagipun
i'm still in my 1st trimester masih mabuk-mabuk (
morning sickness).
Yang ni gambar makanan yang kitorang bawa. Pandaikan
my hubby masak hehehe.
|
Nasi Manis |
|
Rendang Ayam |
|
Butter Prawn |
Yang ni pula gambar dengan
hubby, mama, adik dan anak buah.
Seterusnya gambar-gambar kitorang dengan keluarga
hubby di rumah nenek.
Selepas bermaaf-maafan, kami pun menjamu selera. Seronok rasanya makan ramai-ramai dengan pelbagai menu yang ada. Lebih-lebih lagi setelah sebulan berpuasa. Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
|
Yummy sedap-sedap semua |
Manakala sebelah petang pula kitorang beraya ke rumah keluarga
hubby sebelah bapa mertua. Lebih kurang 5-6 buah rumah juga sempat kitorang ziarah.