Wednesday, March 16, 2016

Aqiqah & Kesyukuran Baby Kahfi (12/03/2016)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah kami telah selamat mengadakan Aqiqah dan Kesyukuran untuk putera sulung kami Muhammad Quranizam Kahfi bin Yusri pada 12/03/2016 baru-baru ini. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas anugerahNya yang tidak ternilai....mudah-mudahan sembelihan Aqiqah ini diterima disisi Allah dan segala doa dimakbulkan Aamiin Aamiin Aamiin. Lebih menggembirakan lagi kerana keluargaku dari KK pun ada sama di Majlis ini. Kebetulan mereka datang melawat.

Keluargaku dari KK - Mak, Kakak, Anak Buah & Cucu
Untuk Majlis Aqiqah ini kami cuma mengadakan Tahlil dan Doa Kesyukuran kerana baby Kahfi sudahpun bercukur ketika usianya 40 hari. Namun agak lama juga aku membuat persiapan untuk majlis ini kerana aku membuat sendiri DIY pelamin mini, candy bar, photo booth dan meja untuk door gift. Aku pun tak tahu dari mana idea DIY ni datang. Mungkin kerana terlalu excited jadi macam-macam idea timbul. Semangat aku berkobar-kobar nak membuat semuanya sampai sanggup bersengkang mata. Bermula daripada bunga kertas crepe, riben, kertas hiasan dinding, photobooth props dan macam-macam lagi. Selama 2 minggu aku berusaha menyiapkan projek DIY ini. Memang tak tidur malam jawabnya. Aku hanya dapat melakukan kerja-kerja DIY ini selepas baby Kahfi tidur lena. Mujurlah baby Kahfi tidak banyak meragam diwaktu malam. Biasanya dia akan tidur lena dan hanya terjaga sekali dua untuk menyusu. Cerita tentang DIY project ni boleh dibaca di SINI

Pada pagi 12 Mac 2016 tu kami ke pusat sembelihan di Tutong untuk melihat penyembelihan dan penyediaan daging Aqiqah. Kira-kira jam 9.30 pagi kambing disembelih dan mereka selesai memotong daging sekitar jam 10.15 pagi. Memang bagus servis mereka di sini; tidak rugi mengambil pakej keseluruhan kerana mereka memang profesional dalam menguruskan Aqiqah. Malah mereka juga sedekahkan besen besar tempat menyimpan daging kambing.





Daging kambing dipotong kecil untuk dimasak

Selesai semuanya, kami pun membawa daging kambing balik ke rumah untuk proses seterusnya. Daging kambing perlu direbus dahulu beberapa jam agar lembut dan mudah dimasak dry stew nanti. Lebih kurang jam 6 petang selesai memasak dry stew kambing, ikan tongkol masak lemak cili api dan aku juga sempat membuat agar-agar jagung.
Acara bermula sekitar jam 7.30 malam dengan bacaan Surah Yassin diikuti bacaan Tahlil dan kemudian doa kesyukuran. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar Samri yang mengetuai bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikan kepadamu Aamiin.
Membaca Surah Yassin beramai-ramai sebelum Tahlil dan Doa Kesyukuran
Makanan kami tempah katering saja untuk 80 orang. Menunya nasi putih, ayam masak kunyit, telur masak merah dan pajeri nanas. Kami menambah lauk Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api dan Dry Stew Kambing yang kami masak sendiri. Jemputan terdiri daripada ahli keluarga hubby. My hubby ni memang keluarga besar sama macam aku juga big family. Bila berkumpul memang sangat ramai dan meriah. 
Menu Katering + Masak Sendiri

Oleh kerana acara pada malam itu cuma tahlil dan doa selamat, jadi tidak banyak cerita yang dapat dikongsikan disini. Tapi biarlah aku gantikan dengan gambar-gambar kami yang cun melecun ni hahahaa perasan!!!

Mama, Babah & Baby Kahfi

We Are Happy Family

The 3 of us (Love u both to the moon and back)



Dengan mama tersayang


Alolooo comelnya si baby pakai baju Melayu muaahhhh sayang anak mama
Baby aktif sangat tendang2 macam main bola hehehe
Dengan anak buah dan cucu (aku dah jadi nenek hohoho)
Bergambar di PhotoBooth hasil DIY ku


Dengan kakak sulung @Kak Sitia


Sepupu2 dan Makcik2 sebelah hubby

Anak-anak buah (hubby's side)

My anak-anak buah yang gorgeous

Candy Buffet start selepas jam 8 malam sebab kami nak budak-budak makan nasi dahulu sebelum makan makanan ringan ni. Kesian pula tengok budak-budak ni menunggu green light dari encik suami; mundar-mandir mereka. Ada yang sekejap masuk dalam rumah sekejap keluar, sekejap datang ke Candy Bar melirik-lirik hahahaa. Hubby garang dia tak bagi budak-budak ambil junk food sebelum makan nasi hehehe tau takuuuuttt!!!

Antara snacks, candy dan dessert yang ada: buah tembikai & anggur, air mineral, bingka susu, agar-agar jagung, tart telur, kuih pinjaram, choki choki, variasi coklat, variasi gula-gula, lollipop, peanut bar, pop ice, rainbow sour sweet, jelly, ice gem biscuits, amplang, mamee monsters, durian balls dan potato chips.

Candy Bar & Dessert Corner




Yeahhh jom serbu!!!


Tapau jangan tak tapau hahaha

Gambar-gambar di bawah ni gambar DIY pelamin mini, candy bar, photo booth dan door gift corner yang aku buat. Mudah-mudahan dapat memberikan sedikit inspirasi dan ilham kepada sesiapa jua yang membaca entri ini. Sebenarnya DIY @ buat sendiri jauh lebih menjimatkan cuma perlukan kerajinan dan masa yang banyak untuk fokus dan menyiapkannya. Bagi yang single mingle tu tentu tak ada masalah tapi bagi yang dah beranak pinak sudah tentu menghadapi kekangan masa dan tugas-tugas harian di rumah ditambah lagi dengan penat bekerja di office bagi yang berkerjaya. Namun dimana ada kemahuan disitu ada jalan; kalau benar-benar mahu pasti boleh. Ya Aku Boleh! Kamu Boleh! Dia Boleh! Kita Boleh! Kami Boleh! Semua Boleh! Semangat! Semangat! Semangat! hahahaha......

My DIY Pelamin Mini

My DIY Candy Bar


My DIY Photo Booth

My DIY Door Gift Corner
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan dan melancarkan semua urusan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran baby Kahfi ini. Semoga Aqiqah untuk baby Kahfi ini diterima olehMu ya Allah, segala doa diterima dan diperkenankan. Begitu juga dengan Tahlil yang ditujukan kepada arwah bapa Sulaiman bin Gadat dan ahli keluarga yang lain yang telah kembali ke sisi-Mu ya Allah. Semoga roh mereka semua sentiasa didalam rahmat dan mendapat pengampunanMu Aamiin Aamiin Aamiin. Tarikh 12 Mac ini juga adalah tarikh lahir arwah bapa; rindu serindu rindunya pada arwah Al-Fatihah.



No comments:

Post a Comment